Monday, 12 September 2016

Tidak Sedar

Ada satu perkara yang sering aku perhatikan. Selalunya kita tidak sedar apa yang kita ucap kadang tidak selari dengan perbuatan.

Baru2 ni dalam satu mesyuarat CIO di kementerian pengerusi bercakap panjang lebar mengenai kepentingan IT dalam pembuatan keputusan. Dengan IT sepatutnya banyak perkara dapat disegerakan dan produktiviti dapat ditingkatkan katanya. Namun mesyuarat yang sepatutnya boleh dihabiskan dalam masa kurang 2 jam jadi hampir 4 jam.

Begitu juga aku perhati orang besar2 selalu bercakap pentingnya masa. Kata mereka tiadalah rugi kecuali orang2 yang membazir waktu. Namun dari segi amalan seringkali pula mereka terlewat.

Mereka juga sering bercakap mengenai pengorbanan dan kepentingan kerja berpasukan. Namun mereka jugalah yg kelihatan mementingkan diri.

Begitu juga integriti. Tidak ramai yang amalkan walau sering menyebut. Aku fikir mungkin mereka tidak sedar. Yelah bila berada di atas tak ramai yang berani menegur. Kalau sedar mungkin mereka tidak begitu.

Bila melihat semua tu aku cuba menilik diri sendiri. Takut juga aku dilihat begitu. Tidak sedar kesilapan sendiri. Kalau ada salah silap jangan segan jangan takut untuk tegur.

Jom kita niat puasa sunat Hari Arafah esok. Waktu wukuf dikatakan waktu paling mustajab untuk berdoa. Apa pula doa kita.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment