Thursday 29 September 2016

Passion

Passion...

11 thn lalu aku hadir bengkel business intelligence (BI). Istilah baru business analytic, fintech dll. Ia membuka mata. Fakulti takde duit. Jadi aku deal dgn organiser untuk terus hadir bbrp bengkel lanjutan scr percuma.

Jika layak aku akan beri training percuma untuk bayar balik hutang. Selepas bengkel aku spent beberapa bulan untuk mahirkan diri. Akhirnya aku diterima sbg certified trainer dan pernah diberi award.

Dalam tempoh 3 tahun selepas itu aku diberi peluang melatih berbelas GLCs dan MNCs dari pelbagai industri, antaranya Bank, O & G, Telekomunikasi, IT, Port, Hospital dll.

Sebahagiannya tanpa bayaran bagi membayar balik hutang kepada software provider. Ia pengalaman menakjubkan. Sebagai orang akademik ia membuka mata. A shift from theory to practice.

Di universiti aku anjurkan beberapa bengkel untuk latih pensyarah. Aku juga integrate BI dalam pengajaran. Semuanya percuma. Ia memang susah dan memerlukan passion.

Namun pelajar nampak bagaimana teori yang dipelajari dalam kelas dilaksanakan di alam pekerjaan. Bila aku keluar dari fakulti maka integrasi BI turut terkubur.

Di sekolah siswazah aku bawa pula SAP dgn sokongan Kementerian dan MDEC. Ia juga percuma. Namun sambutan agak kurang terutama anak2 melayu. Kita memang tidak suka benda susah wpun ia bermanfaat.

Maka kita masih kekal begitu...

posted from Bloggeroid

Monday 26 September 2016

Do we have what it takes?

Do we have what it takes?

Aku follow facebook Clement Hii. Usahawan cina berjaya. Dia banyak tulis pasal kehidupan dan perniagaan yang menarik dan positif. Banyak ilmu boleh belajar dari dia.

Aku juga suka perhati jiran cina aku. Ah Ho bela ayam. Dia kerja kuat. Bangun jam 4 pagi tiap hari pergi tgk ayam. Satu musim 40 hari dia untung 40 ribu. Tp dia humble ja.

Ah Ho ada byk rumah kedai disewa. Dia juga ada kedai jual makanan ayam dan binatang lain. Makin lama makin besar. Dia juga berjaya walau tak sekaya si Clement tadi.

Aku juga kenal cina pompuan. Jasmin tukang jahit. Kedai dia biasa saja tapi dia ada banyak rumah kedai. Mcm Ah Ho dan Clement dia juga kerja kuat. Kdg sampai tgh mlm.

Ah Ho dan Jasmin tiap tahun melancong ke luar negara. Jasmin alim selalu ke Tibet sembahyang. Ah Ho pergi merata dunia. Luas pemandangan byk ilmu kata mereka.

Jadi bila aku baca komen orang agama psl Yahudi dan Freemason nak musnahkan orang Islam aku gelisah. Gelisah sbb kita suka salahkan orang kecuali diri sendiri.

Dulu aku beli buku Start-Up Nation di India. Buku wajib pelajar MBA di sana. Cerita pasal Israel dan kenapa mereka hebat dan inovatif. Kita baca buku pun malas.

Letak tepi dulu cerita jahat mereka. Dulu Islam pun hebat dan kuat juga. Bukan hebat agama pakai serban saja tapi Ekonomi, Sains, Teknologi, Politik dan Pendidikan dll.

Universiti pertama dunia pun lahir di negara Islam. Org bukan Islam belajar dr kita. Kenapa sekarang kita lemah. Bila baca OIC annual economic report aku rasa sedih.

Selagi kita nampak salah orang selagi itu kita buta. Buta lihat kelemahan sendiri. Lihat diri kita. Lihat sekeliling kita. Kemudian tanya diri sendiri.

Do we really have what it takes?

posted from Bloggeroid

Saturday 24 September 2016

Kriteria

Bulan lepas jumpa sahabat lama di kota metropolitan. Dia orang hebat. Sedang cari calon utk satu jawatan penting. Sambil hirup kopi dia tanya aku apa kriteria yg sesuai.

Kalau kau apa 3 benda yg kau cari, dia cuba uji orang akademik. Kena jawab juga sebab dia belanja. Ikut pengalaman aku pilih integrity, humility dan passion.

Jauhkan yg pandai tapi sombong, tambah aku. Kenapa kau pilih yg 3 tu, tanya dia lagi sambil sedut karbon monoksida. Kalau ada 3 kriteria tu yg lain2 datang sendiri.

Wallahuaklam...

posted from Bloggeroid

Friday 23 September 2016

Kita Berbeza

Aku suka baca buku Mohammed Khalid Khazanah. Aku juga suka buku Saiful Nang. Personaliti mereka berbeza. Cara fikir tidak sama. Mereka celik di kala gelap.

Pagi ni aku beli buku SN, Mat Jenin Sebenarnya Hero. Orang biasa mungkin fikir dia pelik. Mulut pun kadang brutal. Brutal itu juga passion. Ambil saja yg elok dari dia.

Dia yakin dan buat apa dia percaya. Dia rajin kuat berusaha. Juga berani tidak bergantung harap ehsan orang. Beri lebih harap tiada. Bukan itu teladan kita?

MK dan SN tidak make up dengan kepuraan. Aku undang ke UUM bicara intelektual. Bukan pembesar bukan kenamaan. Tiada pemberita hanya idea kita damba.

SN kini pelajar PhD UUM. Penyelia dan profesor nasihat jangan buat benda pelik. Dia tidak setuju. Nasihat itu bukan utk ke depan. Penyelia biasa pelajar pun biasa.

Kita memang suka benda biasa2 dan tidak menyusahkan. Kita hanya mahu rezeki naik pangkat mudah cepat tapi tidak mahu fikir dan usaha lebih. Hanya kita rasa layak.

Kerana itu kita kekal sekadar biasa2 saja walau mungkin berpangkat. Salam jumaat semua...

posted from Bloggeroid

Leadership

We organised a Creative Leadership Retreat last week. The programme was attended by senior managers from both public and private sectors, a small focused group.

There are several take away lessons to be brought back by the participants. First, unlike in traditional hierarchies, autocratic leaders are no more relevant in a networked or social organisations.

In reality, some leaders are too arrogant, they enjoyed being a celebrity like CEO, always in the limelight and gave instructions from the comfort of their offices. They often ignored or downplayed contributions made by his/her followers. But they forget that the world has changed.

Remember a classic New Yorker cartoon with Rover sitting in front of a computer? which read, “On the Internet, no one knows you’re a dog.” On the web, no one knows or cares you’re a senior manager either. Leadership today is simply the reciprocal of followership.

New leaders need to adopt a down to earth strategy, humble, be more appreciative, listen more, and give everyone the chance to lead if they are capable...money and technology are nothing compared to the "natural resource"...people that shared the values and principles of common good...a leader is nothing without good followers...a great reminder for us all...wallahuaklam
posted from Bloggeroid

Thursday 22 September 2016

Kehidupan

I work hard all my life...

Ayah aku meninggal masa aku 13 tahun. Hidup kami susah tapi kami survive. Kepayahan jadikan kami lebih kuat. Kami tak gadai maruah minta ehsan sesiapa.

Cuti penggal/sem paling best. Sampai saja rumah dgn bas terus tukar baju turun ke bendang. Takpun bantu mak kutip getah yg dia toreh. Kalau aku toreh jahanam pokok.

Paling seronok kayuh basikal pergi jual getah. Kebun getah sekangkang kera. Sehari dapat sekeping. Sekeping harga RM5. Kesian mak. Tersepak tunggul getah tumpah.

Bulan puasa kami jual ais. Kayuh basikal 5 km. Beli satu papan 60 sen potong 10. Jual satu 10 sen. Kalau habis jual kami untung 40 sen buat duit raya. Sebulan byk juga.

Orang kampung bendang luas. Bendang kami sekangkang kera. Aku dan abang aku boleh usahakan berdua. Mak senyum bila kami cuti. Tak perlu upah.

Habis musim menuai anak2 orang kg dapat upah. Bapak belikan motor. Hasil kami cukup untuk makan ja. Aku tak cemburu. Aku kayuh lagi laju. Lbh semangat bantu mak.

Belajar di UKM 4 tahun aku menapak. Mula kerja di UUM sebagai tutor pun setahun aku menapak ke pejabat. Aku tak rasa malu dan sedih pun jalan kaki dgn pelajar.

English aku tak pandai aku pulun. Aku nak gi sambung belajar di US aku pulun GMAT pula. Aku tak kisah pada orang lain yang kata susah. Aku mesti cuba.

Balik US ada duit sikit buat hantaran aku menikah dgn buah hati aku. Kami sama2 orang susah kawin tiada pelamin. Jemputan pun 100 orang saja. Kami bahagia.

Mula kerja pensyarah tak ramai buat research/publish. Aku cari guru pulun sendiri. Aku hanya buat kerja aku tak kisah tiang gol berubah. Kerja bukan semata ganjaran.

Aku mohon profesor 8 tahun lepas. Itu pun bekas bos aku paksa. Tenkiu sbb paksa. Bila tengok CV rupanya aku dah 3 kali lebih dari syarat. Aku tak minta ehsan sesiapa.

Aku suka kerja. Lagi susah lagi semangat. Tapi aku ada cara aku. Aku bukan khadam. Ya kadang aku pemarah sebab aku benci pemalas, pembodek dan penyombong.

Aku balik kerja biasa jam 6. Jarang lewat. Malam aku baca. Macam2 aku baca pengurusan sejarah agama. Ilmu aku sikit. Aku perlu baca utk diri kerja agama dan bangsa.

Ada masa aku lawan arus. Kerana langgar aruslah kami capai apa yang kami sasarkan. Ya ada masa aku juga gagal. Kita semua belajar dari kesilapan.

Jadi jangan hina kata aku tak reti dan tak usaha. Mungkin kau yang tolol dan angkuh. Buka mata bukalah hati...

posted from Bloggeroid

Tuesday 20 September 2016

Beruk

Cerita dongeng

Ada sebuah kg yg diberi nama kg beruk kerana banyaknya beruk di kg berkenaan. Beruk2 di kg tsbt tiadalah tinggi pendidikan mereka. Sekadar jaguh kg saja.

Raja beruk yg sedikit cerdik menggaru2 kepala berfikir camana nak melahirkan beruk2 yg lebih cerdik. Jika terus tinggal di kg tsbt tiadalah mereka menjadi pandai.

Dikumpulnya wang ringgit yg ada di klgn beruk2 di kg tsbt. Kemudian dipilih bbrp ekor beruk betina dan jantan utk dihantar berkursus di tempat yg jauh penuh berilmu.

Habis sepurnama pulanglah beruk2 tsbt dgn sijil masing2. Raja beruk sgt gembira dan berharap beruk2 tsbt akan menjadi cth teladan dan dpt pula melatih beruk2 lain menjadi pandai spt mereka.

Fikirnya mereka juga boleh memberi latihan kpd beruk2 di kg2 berdekatan dan membantu menjana pendapatan kpd kg berkenaan selain utk diri mereka sendiri.

Lagipun pemergian mereka dulu ditanggung hasil wang yg dikumpul dari kalangan beruk2 di kg tersebut jua. Jadi apalah kiranya mereka kembali menabur bakti.

Maka dipanggilnya mengadap beruk2 tsbt. Dgn senyum raja beruk menyampaikan hasratnya. Tlg sediakan modul teknik memetik kelapa moden yg kamu pelajari utk latih beruk2 di kg kita dan kg berdekatan.

Si beruk betina dgn bangga berkata ianya mudah saja tapi berapa tuan mahu bayar atas usaha2 saya. Si beruk jantan pula menambah modul tsbt nanti adalah hak kami kerana kami lah yg akan mengusahakannya.

Maka terperanjat beruklah raja beruk mendengar kata2 beruk betina dan jantan tsbt. Sungguh tidak mengenang budi. Sambil berlalu kecewa berkatalah raja beruk di dalam hati NATE BERUK SUNGGUH MU BERUK

Selamat malam...

posted from Bloggeroid

Sunday 18 September 2016

Aku dan Bos

Masa belajar PhD dulu aku selalu juga tak sependapat dengan penyelia aku. Aku cuba kenali perwatakan dia melalui pemerhatian dan juga bertanya pada senior termasuk yang dah tamat belajar. Mengenali watak seseorang sangat penting supaya kita dapat guna pendekatan yang sesuai.

Biasanya aku akan cuba terangkan secara baik pandangan aku. Kalau dia masih tak setuju walaupun aku rasa aku betul aku akan beralah dulu. Bila balik aku akan buat rujukan tambahan dan cuba terangkan sekali lagi dalam pertemuan seterusnya. Biasanya aku berjaya yakinkan dia.

Masa kerja pun sama juga. Aku juga selalu tidak sependapat dengan bos aku. Aku akam suarakan pandamgam aku dan biasanya kami akan berhujah.

Kalau dia berkeras dan aku rasa aku betul aku akan balik buat rujukan tambahan untuk hasilkan cadangan yang lebih baik dengan pelbagai maklumat sokongan.

Kadang2 aku minta diberi peluang untuk buktikan apa yang aku fikir tu betul. Banyak kali juga aku berjaya buktikan. Yang penting kena kenal watak bos dan hormat pandangan dia.

Bila aku jadi bos aku juga harapkan perkara yang sama. Aku harap anak2 buah aku akan datang dengan pelbagai cadangan dan berhujah dengan cadangan aku jika mereka rasa pandangan mereka lebih baik.

Untuk berbincang tentulah mereka perlu bersedia dengan maklumat lengkap bagi menyokong hujah mereka. Jika tidak hanya membuang masa saja.

Namun nampaknya ia jarang berlaku dan tidak sepertimana aku harapkan. Kemana agaknya hilang budaya intelektual kita. Jika berbincang kita mudah mengalah.

Adakah kerana kurangnya ilmu atau kerana kurangnya kemahuan. Seolah budaya angguk semakin menguasai kebanyakan kita. Jika berterusan ke mana hala tuju kita.

Tidak mudah mengubah budaya.

posted from Bloggeroid

Saturday 17 September 2016

Murah dan Kualiti

Cerita pasal takut.

Kawan saya profesor dalam bidang pemasaran. Mengikut teori pemasaran, kata beliau harga yang murah selalu dikaitkan dengan kualiti yang rendah.

Produk berkualiti jika dijual pada harga yang murah dari segi persepsi pembeli kualitinya masih dianggap rendah. Penetapan harga juga berkait dgn brand/image/reputasi.

Dalam realiti ramai peniaga walaupun mahu keuntungan besar masih ragu untuk meletakkan harga sesuai dengan kualiti produk. Sebab utama takut kehilangan pelanggan.

Begitu juga dalam kehidupan. Kita mahu berubah tetapi pada masa sama takut pula kehilangan apa yang sedia ada. Dalam isu politik dan pendidikan pun agaknya begitu juga.

Takut untuk berubah dan takut untuk mengubah. Maka kekal begitulah kita selamanya...

posted from Bloggeroid

Orang Besar II

Cerita hal politik dan ekonomi negara islam. Saya sering merujuk OIC Annual Economic Outlook/ Report sejak 2010. Umumnya negara2 islam masih jauh ketinggalan dlm banyak aspek terutama ekonomi dan pendidikan.

Dulu saya pernah usahakan biasiswa utk pelajar dari Mindanao supaya mereka dapat belajar dan pindah balik ilmu baru. Usaha dibuat dgn kerjasama pejabat Gabenor Mindanao dan Kedutaan Filipina.

Daripada 20 biasiswa ditawarkan hanya 2 pelajar sahaja datang mendaftar dan telah tamat. Yang lain tidak datang kerana berlaku perebutan tempat antara bbrp puak.

Semasa ke Manila dulu wakil bbrp pihak mahu berjumpa. Saya tolak kesemuanya dan beritahu selesaikan sendiri masalah dalaman. Hingga kini tiada penyelesaian dan tawaran pun telah ditutup.

Saya juga pernah usahakan kerjasama dgn Acheh selepas bencana Tsunami. Diskaun yuran PG untuk pegawai2 baru kerajaan dan latihan eksekutif kpd 40 juruaudit. Alhamdulillah semua tamat.

Namun bbrp pelajar PhD mereka tidak menamatkan pengajian. Bila dilihat kembali kebanyakan mereka mempunyai pertalian dengan orang besar/berpengaruh.

Semasa ke Bangladesh juga ramai yang datang berjumpa untuk bekerjasama. Wakil dari Maldives juga pernah bertemu. Namun terpaksa ditolak kerana saya melihat tiada kejujuran.

Dalam proses tersebut saya berkesempatan mengenali ramai orang2 besar mereka. Ia suatu pengalaman berharga dalam mengenal erti perjuangan, kejujuran dan amanah...

posted from Bloggeroid

Orang Besar

Kawan kepada sahabat datang jumpa semasa hari raya. Beliau pengetua sebuah sekolah menengah, isteri bekerja dan ada anak tiga.

Anak pertama belajar di UA tak dapat biasiswa. PTPTN pun dapat sikit, rungut beliau. Anak kedua dapat biasiswa selepas jumpa orang besar, rezeki anak katanya.

Keluhan beliau seolah tidak adil kerana sebagai pengetua dan bergaji besar maka anak2 susah dapat biasiswa/pinjaman.

Teringat semasa ke Bangladesh 3 tahun lepas. Beberapa orang datang jumpa minat nak sambung belajar di UUM. UUM bagus bodek mereka.

Mereka semua berjawatan agak besar namun tanpa segan minta diberikan biasiswa. Aku hanya senyum tanpa memberikan jawapan.

Fikir aku jika orang2 besar berfikiran begitu bagaimana pula nasib orang2 kecil yang tidak mengenali orang2 besar.
posted from Bloggeroid

Pengorbanan

Sedikit petikan dari khutbah hari raya qurban.

Hidup akan lebih bermakna jika kita bersemangat untuk melakukan pengorbanan.

Pengorbanan yang dilakukan adalah untuk mendapat redha Allah dan bukan ganjaran dunia.

Orang yang mendapat nikmat dari pengorbanan itu pula perlu bersyukur dan turut sama berusaha melakukan kebaikan megikut kadar kemampuan masing2

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.

posted from Bloggeroid

Monday 12 September 2016

Tidak Sedar

Ada satu perkara yang sering aku perhatikan. Selalunya kita tidak sedar apa yang kita ucap kadang tidak selari dengan perbuatan.

Baru2 ni dalam satu mesyuarat CIO di kementerian pengerusi bercakap panjang lebar mengenai kepentingan IT dalam pembuatan keputusan. Dengan IT sepatutnya banyak perkara dapat disegerakan dan produktiviti dapat ditingkatkan katanya. Namun mesyuarat yang sepatutnya boleh dihabiskan dalam masa kurang 2 jam jadi hampir 4 jam.

Begitu juga aku perhati orang besar2 selalu bercakap pentingnya masa. Kata mereka tiadalah rugi kecuali orang2 yang membazir waktu. Namun dari segi amalan seringkali pula mereka terlewat.

Mereka juga sering bercakap mengenai pengorbanan dan kepentingan kerja berpasukan. Namun mereka jugalah yg kelihatan mementingkan diri.

Begitu juga integriti. Tidak ramai yang amalkan walau sering menyebut. Aku fikir mungkin mereka tidak sedar. Yelah bila berada di atas tak ramai yang berani menegur. Kalau sedar mungkin mereka tidak begitu.

Bila melihat semua tu aku cuba menilik diri sendiri. Takut juga aku dilihat begitu. Tidak sedar kesilapan sendiri. Kalau ada salah silap jangan segan jangan takut untuk tegur.

Jom kita niat puasa sunat Hari Arafah esok. Waktu wukuf dikatakan waktu paling mustajab untuk berdoa. Apa pula doa kita.

posted from Bloggeroid

Pengorbanan

Sedikit petikan dari khutbah hari raya qurban. Hidup akan lebih bermakna jika kita bersemangat untuk melakukan pengorbanan. Pengorbanan yang dilakukan adalah untuk mendapat redha Allah dan bukan ganjaran dunia. Orang yang mendapat nikmat dari pengorbanan itu pula perlu bersyukur dan turut sama berusaha melakukan kebaikan megikut kadar kemampuan masing2

Selamat hariraya aidil adha kepada semua.

posted from Bloggeroid

Sunday 11 September 2016

Tak Sedar

Ada satu perkara yg sering aku perhatikan. Kita mungkin tidak sedar apa yg kita ucap kadang tidak selari dengan perbuatan. Baru2 ni dlm mesyuarat berkaitan IT pengerusi bercakap panjang lebar mengenai kepentingan IT dlm pembuatan keputusan. Dgn IT sepatutnya byk perkara dpt disegerakan dan produktiviti menjadi lebih baik katanya. Namun mesyuarat yg blh dihabiskan dlm masa kurang 2 jam jadi hampir 4 jam. Begitu juga aku perhati orang besar2 selalu bercakap mengenai kepentingan masa. Kata mereka tiadalah rugi kecuali orang2 yang membazir waktu. Namun dari segi amalan seringkali pula mereka terlewat. Mereka juga sering bercakap mengenai pengorbanan dan kepentingan kerja berpasukan. Namun mereka jugalah yg kelihatan amat mementingkan diri. Begitu juga integriti. Tidak ramai dilihat mengamalkannya walau sering menyebut. Aku fikir mungkin mereka tidak sedar. Yelah bila berada di atas tidak ramai yg berani menegur. Kalau sedar mungkin mereka tidak begitu. Bila melihat semua tu aku cuba menilik diri sendiri. Takut juga aku dilihat begitu. Tidak sedar kesilapan sendiri. Kalau ada salah silap jangan segan jangan takut untuk tegur.

Jom kita niat puasa sunat Hari Arafah esok. Waktu wukuf dikatakan waktu paling mustajab untuk berdoa. Apa pula doa kita.

posted from Bloggeroid

Saturday 10 September 2016

Jangan Taksub

Masa buat PhD di UK dulu ada dua kump akademik berbeza school of thoughts pendokong kuantitatif dan kualitatif. Pernah di satu konferen saya berbcg dgn seorang profesor terkenal dlm bidang AIS. Beliau pendokong kuat kualitatif.

Bila saya beritahu penyelia hasil perbincangan tersebut, dgn nada agak keras dia kata rubbish dan suruh saya ignore semua cdgn profesor tersebut. Lepas itu baru saya faham betapa kuat dua kump tsbt berbeza pendapat.

Semlm hadir meeting CIO. Sbg TNC PnI saya juga menjalankan tugas sbg CIO selain pelbagai tugas lain. Ada sesi pembentangan hasil kajian sistem IT di UA. Simple survey Ada atau Tidak.

Teringat 16 tahun dulu kami buat satu projek perundingan. Kaji tadbir urus dan sofistikasi sistem maklumat kampus. Simple survey juga. Responden hanya perlu jawab Ya atau Tidak. Project funder nak tahu itu saja.

Berdsrkan analisis kajian hampir semua jawab Ya. Ini menimbulkan persoalan. Maka kami ambil keputusan interview responden utk dptkan maklumat lanjut. Hasilnya kami dpt gambaran yang berbeza (substance vs form).

Sbg cth semua ada JK Pemandu IT. Tp bila diteliti keahlian dan kekerapan mesyuarat maka ceritanya lain pula. Begitu juga bila ditanya jenis aplikasi/modul. Kebanyakan ada namun tidak memberi jwpn kpd isu integrasi sistem dll. Moralnya jangan taksub dgn mana2 kaedah.

Begitu juga semasa pembentangan semlm hasil kajian menunjukkan scr keseluruhan sistem IT adlh baik. Namun berdsrkan pengalaman di UUM saya berasa sedikit ragu.

Saya juga sempat menimbulkan isu mengenai peranan CIO dan kedudukan mereka dlm institusi. Wpun ada garispanduan dikeluarkan MAMPU supaya setiap agensi kerajaan mempunyai CIO namun aspek perlaksanaannya masih samar dan wujud kepelbagaian.

Artikel di bawah merujuk kepada perubahan dlm peranan CIO selari dgn tuntutan semasa. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Friday 9 September 2016

Koyak

Meeting pagi tadi agak mencabar. Bukan cabaran minda tapi kesabaran. Meeting 2 jam jadi 3.5 jam. Aku memang alah dengan meeting panjang dan merapu meraban. Jadi habis ja meeting aku terus bergegas keluar lagipun perut dah mula menyanyi. Dalam tergesa2 nak duduk dalam kereta tiba2 terdengar bunyi prap. Cantik ja bontot seluar aku koyak memanjang. Nasib baik pakai seluar kecik dan boleh cover dgn kemeja. Dalam banyak2 seluar yg ni lah favorite aku. Sedih tamat juga riwayat seluar kesayangan aku selepas hampir 5 tahun berbakti. Cerita pasal koyak teringat pula pesanan penjual kain tenun di Pengkalan Chepa. Dia kata rahsia kain tenun ni makin lama dipakai makin sedap. Tapi bila dah rasa sedap sangat kenalah beringat sebab masa tulah dia akan koyak dan boleh memalukan kita. Begitu juga kita bila berada di atas kenalah beringat selalu dan kerap menunduk ke bawah sebab bila dah naik tinggi sangat jatuhnya tentu parah.

posted from Bloggeroid

Thursday 8 September 2016

Bridging Gap

It is a long debated issue. Both sides are shouting from their ends yet fail to bridge the gap. There will be no perfect bridge but at least we need to build one that we can comfortably pass thru. Academicians live in a world where PhD matters more than professional qual for their career development. At my university we do have a good number of lecturers with prof qual and with more than 3 years audit/tax experience. Not sure whether it is a wise decision they made as most later struggle career wise. Maybe it is a sacrifice they made leaving the lucrative salaries offered by the corporates. At our end, we have tried to bridge the gap by having PT lecturers from industry (unfortunately not many are willing to take part - bz is the common reason heard), organise biz talks/forums, write cases to make things relevant, industry attachment scheme for lecturers, even introduce a fellowship scheme for practitioners (salary equivalent to a professor for a senior fellow - which may not yet attractive to many). Honestly donno the effort from the other end.

posted from Bloggeroid

Akal

Petang ni ke KL. Bawa 2 buku yang dah agak lama tak baca, Hamka dan Perakaunan. Boleh buat teman antara tido dan jaga 5 jam perjalanan. Berkongsi sedikit hasil bacaan.

Empat saat yang selalu di awasi oleh orang yang berakal. Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai dia menjaga yang empat saat itu.

1. Saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya
2. Saat untuk menilik dirinya sendiri
3. Saat untuk membukakan rahsia diri kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib2 dan celanya supaya dapat dinasihati oleh teman setia itu secara terus terang
4. Saat dia bersunyi-sunyi diri, duduk bersoal jawab dengan dirinya, menanyakan mana yang halal dan mana yang indah, mana yang jahat dan mana yang baik

Maka saat yang keempat ini adalah saat yang paling penting di antara keempat saat itu. Karena jiwa dan hati mesti satu saat wajib diistirehatkan.

Orang yang berakal hanyalah merindui tiga perkara.
1. Pertama, menyediakan bekal untuk hari kemudian
2. Kedua, mencari kelezatan buat jiwa
3. Ketiga, menyelidiki arti hidup

(HAMKA, Falsafah Hidup)

posted from Bloggeroid

Kemaluan

Pagi ni selesai tulis report tesis. Pastu join anak2 buah main futsal sekejap. Kudrat dah takde tapi main sajalah bagi anak2 buah hepi. Rehat sebentar sebelum sambung kerja. Petang ni pula ada meeting board anak syarikat.

Nak sentuh sikit pasal potensi sebab ramai dok sembang bab ni. Cuma soal aku potensi apa yang nak diserlahkan. Kalau macam sifat2 Nabi jujur, amanah, fatonah dan tabligh aku setuju lah. Aku bukan ustaz tapi aku fikir ini sifat2 asas yang perlu ada utk bentuk jati diri. Perkara lain tentu akan jadi lebih mudah jika sifat2 tadi terbentuk indah. Kalau setakat nak serlah potensi hebat bercakap tonjol diri bagi kat orang politik sudah la. Juga soal metod bagaimana untuk serlahkan potensi. Bab ni aku tak pandai tapi ada yang aku setuju dan ada yang tidak.

Kawan aku dulu pernah tulis sajak. Dia budak sastera. Menarik gak tajuk dia tak silap aku pasal kemaluan. Aku tak berapa nak ingat sangat tapi lebih kurang macam nilah.

Kita tiada kemaluan...
Kita tidak malu mengambil perkara yang bukan hak
Kita tidak malu mengadu domba meraih simpati
Kita tidak malu menipu diri dan orang lain
.
.(bait2 lain aku dah lupa)
.
Kita semakin hilang kemaluan...

Teringat juga komen seorang profesor dari barat. Dia kata dia hairan kenapa isu rasuah banyak berlaku di negara2 islam sedangkan di kebanyakan negara islam rakyatnya patuh pada agama tidak sepertimana di negara2 barat. Macam cerita dalam artikel di bawah lah. Silap kita di mana...

posted from Bloggeroid

Sunday 4 September 2016

Masa Depan

Baru2 ni baca berita pasal CIMB dah tutup 23 cawangan sejak setahun lepas. Bank2 lain pun dah kecilkan saiz juga. Kilang2 pun katanya banyak juga dah pindah ke negara2 jiran yang kos buruh nya lebih rendah macam Vietnam dan Myanmar. Kilang2 tempatan lebih suka ambik buruh asing. Katanya orang tempatan tak mau kerja kuli. Lebih suka jadi drebar UBER/GRAB. Aku perati majlis daerah/bandaran pun dah gaji mat bangla potong rumput dan kutip sampah. Sambil kutip sampah sempat juga kenyit mata kat bibik dok sidai kain. Gatal depa2 nih. Gomen pun banyak dah beku pengambilan kakitangan baru. CUEPECS pula nak tambah usia persaraan. Lagu mana gamaknya masa depan. Kalau ikut Maybank IB Research kadar pengangguran tahun 2016 purata 3.5% banding 3.2% tahun 2015. Naik sikit tapi masih ok rasanya.

Dulu aku rajin ke India. Ada sekali tu aku tanya kawan India aku pasal apa aku tengok kerja yang mudah pun depa guna ramai pekerja. Sambil senyum dia kata di India ni ramai orang tapi kerja sikit. Jadi depa upah ramai orang supaya ramai dapat merasa gaji walaupun sorang dapat sikit ja. Gitu lah ceritanya. Faham ka kaitan dengan cerita kat atas tadi? Jadi bos kat sana macam best jer. Nak order apa2 depa tekan loceng ja. Berdesup porter mai tanya dengan sopan. Walaupun nasi beriyani depa sedap tapi aku tak mau pi dah India sebab kaciwa. Tiga kali pi sekali pun tak jumpa awek yang macam Kajol ka Rani Mukerjee ka. Lekeh2 pun nak tengok yang macam Karisma Kapoor...

posted from Bloggeroid

Kejujuran

Masa di UK dulu kemaruk juga shopping online. Sejak balik dah 12 tahun lebih tak shop online. Tiba2 minggu lepas berkenan pula satu barang terpakai. Tengok gambar mmg cantik lagi. Bila tanya owner dia kata condition sgt baik rating 9/10. Kita pun percayalah. Bila barang sampai sgt mengecewakan. Condition barang aku rate paling tinggi pun 4/10 ja. Aku bagitau penjual tu aku dah doakan yang terbaik untuk dia lepas solat tadi dan nasihatkan dia untuk tidak menipu lagi dalam mencari rezeki. Berniaga online ni perlukan kejujuran. Masa di UK dulu kalau barang ada cacat macam calar ke apa ke owner akan bagitau bakal pembeli. Kita di sini nampaknya masih jauh lagi.

Bercakap pasal kejujuran teringat masa aku jadi Dekan dulu. Ramai juga pelajar dan rakan pensyarah yang minta aku jadi penilai untuk macam2 tujuan. Banyak juga aku terpaksa tolak terutama yang aku rasa tak dapat beri rekomendasi baik. Aku minta cari orang lain kerana aku tak boleh menipu. Memang aku akan tulis apa yang betul samada kekuatan juga kelemahan. Ada sekali aku terima email dari luar negara. Dia ucapkan terimakasih kerana beri ulasan yang jujur, katanya susah nak dapat ulasan begitu dari tempat kita. Biasanya semua akan tulis elok2 belaka. Terkedu juga aku baca email tu. Itulah persepsi orang luar terhadap kita. Nampak kecil tapi signifikan.

Petang tadi aku cuba uji kiki. Aku tanya abah encem tak? Dia kata abah comey encem. Pastu dia kata nanti abah beli toys kat kiki ok. Bertuah punya budak. Selamat malam...

posted from Bloggeroid

Saturday 3 September 2016

Mak Mertuaku

Masuk hari ni dah 3 minggu mak mertua dok rumah. Biasa paling lama pun 3 hari ja. Jadi adalah peluang kami jaga dia yang dah makin uzur. Alhamdulillah setakat ni dia belum bersungut lagi nak balik kampung. Weekend ni anak mak mertua gi kursus. Aku pun free tak outstation mana2. Jadi boleh la sembang macam2 cerita termasuk pasal kerja. Dia tanya tak penat ke sebab selalu nampak aku sibuk? Nak buat camana dah tanggungjawab. Kerja pun ibadah. Ni kira jawapan beradab menantu la. Tak rasa nak tukar balik kampung ke? Gulp soalan cepumas ni. Fikir juga jawab aku pendek. Boleh makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi tumpang hari2. Lama lagi ke kena jadi bos? Tak lama dah lagi 23 bulan habislah kontrak. Lepas tu boleh jadi pensyarah biasa balik mengajar macam orang lain. Molek la tu kata dia. Jadi oghe besa ni payoh silap gak oghe pakat maroh. Aku bagitau aku cadang nak ambik cuti 9 bulan habis kontrak nanti. Nak buat apa cuti lama2? Macam2 boleh buat. Dok cadang nak tulis buku. Nok tulih pasa gapo? Tulis pasal macam2 dah siap dalam 100 mukasurat. Ado ko oghe nok baco? Harap2 adalah. Tak pun rasa nak merantau ke luar cari pengalaman dan angin baru tapi tak tau lagi ke mana. 23 tahun kerja di UUM belum pernah cuti sabatikal lagi. Seronok juga sembang dengan orang tua. Banyak juga dapat nasihat untuk bekalan kita yang juga semakin berusia...

posted from Bloggeroid

Friday 2 September 2016

Beza

Susah juga bila sering berbeza pandangan. Di kala ramai memuji kehebatan seseorang berpidato aku tidak pula melihatnya begitu. Jika hanya kepetahan berbicara diambilkira ianya sudah bagus. Juga jika puji-pujian yang didambakan pendengar bicara itu tentu menenangkan. Namun aku merasa kosong kerana tiada provokasi ilmu yang aku harapkan. Mungkin juga aku yang tidak arif menilai dalam kebodohan dunia aku sendiri. Selamat malam

posted from Bloggeroid

Mat Saleh

Hujung 70an dulu ada couple mat saleh dari Jerman menyewa di kg aku. Hampir setahun juga mereka buat kajian pasal tanaman padi. Riuh jugalah orang kg aku dan kg bersebelahan. Masing2 kemaruk nak tengok rupa mat/minah saleh. Maklumlah tak biasa jumpa. Minah saleh tu pulak rambut perang. Lebih manis bila berkain sarong batik. Ada yg cuba2 nak berborak sambil tersengih2 menampakkan gigi yang rongak sebab tak faham butir bicara. Kami budak2 pun tumpang seronok. Zaman tu belum ada lagi bekalan air paip. Mandi pun guna air telaga di luar rumah yang ditutup zink berlubang sana sini. Jadi ada jugalah yang mencuba nasib melakukan intipan. Apapun zaman dulu mat/minah saleh memang jadi sebutan dan sanjungan. Minda penjajah masih tebal. Kalau sebut mat/minah saleh ja mesti hebat. Kalau ada anak belajar luar negara semua berebut nak jadikan menantu. Lagi hebat kalau boleh bermenantukan mat/minah saleh. Itu dulu lah. Zaman dah berubah. Orang kita pun ramai dah hebat malah dalam sesetengah perkara mungkin lebih hebat dari mereka. Jadi kalau zaman sekarang pun kita masih lagi menyanjung mat/minah saleh ni secara berlebihan maka rasa aku kita masih ketinggalan dan belum merdeka lagilah.

posted from Bloggeroid