Sunday 18 September 2016

Aku dan Bos

Masa belajar PhD dulu aku selalu juga tak sependapat dengan penyelia aku. Aku cuba kenali perwatakan dia melalui pemerhatian dan juga bertanya pada senior termasuk yang dah tamat belajar. Mengenali watak seseorang sangat penting supaya kita dapat guna pendekatan yang sesuai.

Biasanya aku akan cuba terangkan secara baik pandangan aku. Kalau dia masih tak setuju walaupun aku rasa aku betul aku akan beralah dulu. Bila balik aku akan buat rujukan tambahan dan cuba terangkan sekali lagi dalam pertemuan seterusnya. Biasanya aku berjaya yakinkan dia.

Masa kerja pun sama juga. Aku juga selalu tidak sependapat dengan bos aku. Aku akam suarakan pandamgam aku dan biasanya kami akan berhujah.

Kalau dia berkeras dan aku rasa aku betul aku akan balik buat rujukan tambahan untuk hasilkan cadangan yang lebih baik dengan pelbagai maklumat sokongan.

Kadang2 aku minta diberi peluang untuk buktikan apa yang aku fikir tu betul. Banyak kali juga aku berjaya buktikan. Yang penting kena kenal watak bos dan hormat pandangan dia.

Bila aku jadi bos aku juga harapkan perkara yang sama. Aku harap anak2 buah aku akan datang dengan pelbagai cadangan dan berhujah dengan cadangan aku jika mereka rasa pandangan mereka lebih baik.

Untuk berbincang tentulah mereka perlu bersedia dengan maklumat lengkap bagi menyokong hujah mereka. Jika tidak hanya membuang masa saja.

Namun nampaknya ia jarang berlaku dan tidak sepertimana aku harapkan. Kemana agaknya hilang budaya intelektual kita. Jika berbincang kita mudah mengalah.

Adakah kerana kurangnya ilmu atau kerana kurangnya kemahuan. Seolah budaya angguk semakin menguasai kebanyakan kita. Jika berterusan ke mana hala tuju kita.

Tidak mudah mengubah budaya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment