Monday 18 July 2016

Bersemuka

Masa saya di SM La Salle PJ dulu kalau ada masalah tak puashati sama2 member biasanya depa akan bertumbuk satu lawan satu. Kawan2 lain boleh tengok tapi tak boleh masuk campur. Lepas puas bertumbuk mereka akan salam dan berbaik2 semula. Masa di SDAR pun ada juga begitu. Bertumbuk di belakang kantin lepas prep malam. Silap haribulan merah pipi kena penampar dengan warden. Tapi hari ni saya bukan nak cerita atau galakkan orang bertumbuk kalau tak puashati. Itu cerita zaman budak2 hingusan yang rasa diri mereka langsing sangat walau kencing masih bercabang. Ceritanya masih isu tak puashati. Dua pihak gagal mencapai persetujuan. Masing2 mengadu dengan hujah masing2. Kita di tengah mula pening. Jalan mudah panggil kedua2 pihak bersemuka. Keluarkan saja segala apa yang terbuku dalam hati secara berdepan. Syarat satu saja jaga adab dan bahasa ketika berbincang. Saya tidak mahu komen siapa lebih betul dan siapa lebih salah. Punca utama tak puashati selalunya kerana salah faham dan ego. Bila diselidiki lebih mendalam kebanyakan salah faham berlaku disebabkan persepsi atau andaian semata2. Andaian seperti 'ramai' sebenarnya bila diselidik jadi tidak ramai dan 'selalu' jadi jarang2 saja. Jarang yang dapat kemukakan bukti secara jelas. Lepas melemparkan apa yang terbuku kedua2 pihak perlu berlapang dada dan melihat ke dalam diri sendiri. Kalau masih mahu menuding jari masalah tidak akan selesai. Moga kedua2 pihak berpuashati dan keadaan akan lebih baik. Saya moderator saja yang sekali sekala teruji juga kesabaran 😎

posted from Bloggeroid

Sunday 17 July 2016

Sedikit Ujian

Hari terakhir ramadhan di kampung kira2 sejam sebelum berbuka turun hujan lebat bersama ribut. Setengah jam kemudian bekalan elektrik terputus kerana banyak pokok tumbang menimpa talian. Maka berbuka puasa lah kami beramai2 bersama pelita dan lilin. Satu pengalaman yang dah lama dilupakan tetapi sangat berharga bagi anak2. Boleh lah bercerita pada mereka bagaimana suasana kehidupan ketika mak ayah membesar dulu. Bulu mata menjadi hitam kerana membaca buku di bawah cahaya pelita. Walau bergelap cuaca dingin selepas hujan memberi kedamaian selepas beberapa hari berpuasa dalam bahang panas. Jangan dilupa pada ketika orang ramai berbuka puasa pekerja2 TNB tentu bertungkus lumus menyelesaikan masalah pokok tumbang dan menyambung kembali bekalan elektrik dalam keadaan hujan dan tentunya merbahaya. Selepas 2 jam lebih bekalan eletrik kembali pulih. Tahniah TNB. Semasa belajar di US dulu pun biasa juga bekalan eletrik terputus. Pernah sekali semasa musim sejuk pokok2 tumbang selepas ribut ais. 2 hari tanpa eletrik dan tanpa heater terasa amat siksa. Itu juga pengalaman berharga. Bencana boleh berlaku di mana2 dan bila2 masa dan menjadi peringatan kepada kita yang sering lalai. Tidak perlu lah menyalahkan sesiapa dan menjadi komentar tidak bertauliah si anu tidak cekap dll dengan sedikit ujian yang Allah diberikan lalu hilang segala kebaikan dan sumbangan si anu sebelum ini. Begitu mudah kita hilang pertimbangan. Tiba2 saja kita juga menjadi pekerja yang sangat rajin yang merungut tidak dapat bekerja kerana bekalan elektrik tiada. Seolah2 kita menyalahkan takdir dan yang maha berkuasa. Sejak semalam UUM diuji tiada bekalan eletrik. Hanya bekalan minima sahaja yang ada dengan menggunakan back up. Semua pihak sedang bertungkus lumus siang malam cuba menyelesaikan masalah. Berlapang dadalah dengan sedikit ujian dariNya. Doalah yang terbaik. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Saturday 16 July 2016

Persepsi

Nak pi KL cari duit untuk UUM sat. Tercuri dengar pulak perbualan hangat semasa menunggu di airport.

A: Tak adil betoi. Depa buat keputusan ikut suka hati depa ja...

B: Awat pulak?

A: Ya la 'setahu aku' prosedur tu tak betoi. Nak aniaya orang ja. Geram betoi...

B: Hmm...tapi tang mana yang tak betoi?

A: Ishh hang ni. Memang tak betoi. Tak caya tanya C dan D. Depa kata memang prosedur tu tak betoi...

Bla bla bla...

Biasa kita dengar perbualan macam tu kan? Contoh lain. Susah deal dengan si E tu...'ramai' kawan2 dok kata camtu. Sedangkan pengadu belum pernah pun berurusan dengan si E. Keputusan kita banyak bersandarkan andaian dan kata2 orang semata2. Pengalaman saya, selepas diselidiki 90% andaian sebegitu adalah tidak tepat...wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Niat

Semasa saya pensyarah muda2 dulu saya teringin nak hadir seminar atau persidangan dalam bidang saya. Saya akan cuba tulis paper sebaik mungkin supaya diterima penganjur. Tujuan utama nak jumpa guru2 dalam bidang saya. Saya nak bentang hasil kajian di hadapan mereka. Saya akan rasa bangga bila otai2 berminat dengan kajian saya dan berikan komen dan input. Banyak boleh belajar dari mereka terutama aspek penulisan untuk diterbitkan dalam jurnal terbaik dalam bidang saya. Ianya tidak mudah kerana memerlukan usaha yang lebih. Namun bila saya teliti permohonan2 menghadiri seminar sekarang terdetik di hati adakah pemohon2 masih berniat begitu atau sekadar mencari peluang makan angin sambil memenuhi KPI saja. Tempat2 seperti Marakeh, Moscow, AlMaity, Istanbul, Venice, New York dan Los Angeles tampak menggiurkan. Moga saya silap

posted from Bloggeroid

Budaya Tak Sama

Dua malam lepas masa di KL saya sempat ngeteh dengan seorang sahabat lama. Lama juga dia bekerja di luar negara sebelum pulang bekerja di Malaysia beberapa tahun lepas. Saya tanya apa beza budaya kerja di tempat lama berbanding tempat sendiri. Sambil senyum dia jawab aku masih cuba suaikan diri. Kemudian dia tambah, skop kerja aku sebemarnya masih sama tapi aku rasa kerja di sini lebih stress. Saya cuba korek lagi. Dia kata budaya kerja di Eropah, dia orang kerja betul2 masa kerja. Bila cuti dia orang cuti betul2 juga dan tiada siapa ganggu. Dia orang juga tak ada banyak peraturan macam kita sebab konsep 'trust' dan 'accountability' mereka sangat tinggi, tambahnya lagi. Mereka lebih berterus terang bila berbincang. Yang penting mereka juga tidak perlu risau menjaga hati orang2 tertentu. Kali ni senyum dia lebih lama sebelum menambah kita sembang cerita lainlah bro, katanya sambil ketawa. Banyak juga saya belajar dari sembang santai malam tu. Orangnya sempoi ja wpun berjawatan

posted from Bloggeroid

Sunday 10 July 2016

Sejarah

Jumpa sahabat lama. Sama2 belajar di UKM dulu. Saya budak sains dia budak sastera. Seronok sembang2 santai mengenai isu semasa terutama ekonomi dan politik. Saya kurang arif dan banyak ketinggalan hal politik berbanding sahabat saya ni. Jadi saya ambil peluang tanya beberapa soalan. Umumnya saya kata saya tidak faham dan keliru dengan apa yang berlaku. Kenapa itu kenapa ini. Dia senyum panjang dengar soalan2 cepumas saya. Itu la korang budak2 sains lagak je lebih tapi buta sejarah. Cuba kau baca buku2 sejarah lama. Apa yang berlaku sekarang dah berlaku ratusan tahun dulu sejak zaman melayu Melaka lagi. Malangnya kita tak pernah nak belajar dari kesilapan. Sebab tu penting belajar sejarah supaya kita sedar dan dapat belajar dari kesilapan lampau dan berusaha untuk tidak mengulanginya. Dah kena syarah pulak aku. Teh tarik pun dah rasa tawar

Selamat berbuka puasa

posted from Bloggeroid