Tuesday 31 May 2016

Bersederhana

Coret Pagi

Berdasarkan pengalaman, orang yang hebat pidatonya jarang melakukan apa yang dihujahkan. Orang yang mudah berjanji juga jarang menepati janjinya. Begitu juga orang yang dilihat terlalu memuji mudah pula berpaling muka di belakang. Jadi bersederhana dan berhati2lah

posted from Bloggeroid

Wednesday 25 May 2016

Sikap

Tahun 2005-2007 dulu saya banyak terlibat sbg trainer/consultant business intelligence dgn BI software provider terkenal. Lebih 10 companies yg saya sempat trained, GLCs dan MNCs. Saya perhatikan perbezaan sikap peserta agak ketara. Kalau dgn MNC saya akan diasak dgn pelbagai soalan dan biasa dikerah hingga luar waktu training dan adakala di luar skop kerja. Tea/coffee break pun sekejap saja. Kalau break 30 minit 15 minit peserta dah masuk. Masa break pun masih dok tanya macam2 soalan. Memang berbaloi fees yg dia orang bayar. Kalau dgn GLC, break biasa melebihi masa diberi. Kalau break 30 minit jadi sejam Jenuh ketuk gelas/loceng panggil masuk. Malah ada yg datang pagi tapi petang hilang dan sebaliknya. Kalau dgn agensi kerajaan lebih lagi. Suka borak bukan tumpu perhatian. Bila kita tanya soalan baru terkial2. Perbezaan komitmen antara kaum juga agak ketara. Peserta cina memang bersungguh2. Kisah kehadiran yg spt biskut sekejap ada sekejap hilang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab. Apa kisah kerja gomen tiap tahun gaji masih naik. Keinginan menimba ilmu seolah tiada. Mungkin tidak semua tapi itu berdasarkan pengalaman sebenar. Bila orang kita nak berubah?

posted from Bloggeroid

Bos

Aku pernah dijemput sebagai ahli panel forum mengenai kepimpinan. Pandangan aku hanya bersandarkan sedikit pengalaman dan pembacaan sebab tidak pernah hadir kursus atau latihan kepimpinan secara formal. Sejak mula2 jadi pensyarah tahun 1995 dulu adalah perkara biasa bagi aku menegur dan memberi cadangan balas kepada bos jika ada yang aku rasa kurang sesuai. Biasa aku pergi jumpa bos lepas meeting dengan hujah2 aku. Ya lah dalam meeting tak boleh nak lebih2 dgn bos. Memang aku keras kepala. Namun hubungan aku dgn kesemua bos tidak pernah ada masalah. Kalau ada perbezaan pandangan ia hanya berkait soal kerja bukan peribadi. Bila aku sendiri mula dilantik memegang jawatan pentadbiran bermula sebagai penyelaras tahun 1999, aku masih melakukan perkara sama dengan bos2 yang lebih besar. Kalau bos tak setuju aku balik buat homework lagi cuba yakinkan dia. Begitu juga sebagai bos aku mengharapkan anak2 buah aku melakukan perkara yang sama. Bukan main angguk ja atau sekadar komen dari jauh tetapi turut memberi cadangan balas yang lebih baik. Bos tentu tidak arif dalam semua perkara. Aku fikir hubungan pekerja dengan bos perlu ada kejujuran dan interaksi timbal balik secara profesional untuk kebaikan organisasi bukan loyal membabi buta. Bagi aku tak salah untuk sekali sekala rasa geram dan marah kat bos. Lepaskan kegeraman kat bos secara positif dgn berusaha lebih kuat. Aku mungkin salah tapi itu cara aku. Sebenarnya aku dah malas nak menulis sebab dah beberapa kali di salah petik dan tafsir. Baca fikir baru hadam. K bye

posted from Bloggeroid

Friday 20 May 2016

Amanah

Aku diberi amanah selama 3 tahun. Amanah yang tak pernah dipinta apatah lagi dimimpi. Akhir bulan ni cukup 10 bulan aku pegang amanah tersebut. Terasa begitu cepat masa berlalu sedangkan masih terlalu banyak yang perlu difikir, dirancang dan dilakukan. Tidak mungkin dapat dilakukan sendirian tanpa bantuan, sokongan dan kepercayaan rakan sahabat. Hidup ini satu perjalanan yang penuh dugaan. Kesilapan juga satu pelajaran dan kejayaan bukan untuk dimegahkan. Moga dipermudahkan urusan untuk memberi sedikit sumbangan dalam masa yang berbaki. Aku sentiasa percaya jika dilakukan dengan ikhlas tentu diberkatiNya

posted from Bloggeroid

Monday 16 May 2016

Sedar

Teringat perbualan dgn seorang otai lama dulu. Saya ni suka bertanya. Soalan saya mengenai tingkah manusia. Beliau kata manusia sering berada di luar sedar dan selalu dalam angan. Katanya orang gila tidak sedar dirinya gila. Begitu jugalah orang sombong tidak merasa dirinya angkuh. Orang bakhil tidak merasa dirinya kedekut. Orang malas masih merasa dirinya rajin. Pemfitnah mungkin merasa dirinya hanya penyampai berita. Orang jahat pun punyai pelbagai alasan untuk masih mengatakan dirinya orang baik. Jika diperhati mereka ini sering pula memberi nasihat yang baik2 jua. Jadi bagaimana, tanya saya lagi. Tegur seadanya, selepas itu terima seadanya, jawabnya. Manusia punya mata untuk memerhati dan membanding, telinga untuk mendengar dan menghayati, mulut untuk diam sebelum berkata2 dan tentunya akal untuk berfikir, tambahnya lagi. Wallahuaklam

Yakin

Seronok tengok persembahan teater anak sulong di UiTM pagi tadi. Sama seperti saya dia juga sangat pemalu. Ternampak gugup di riak wajah dan getar suaranya namun jauh lebih yakin berbanding saya pada usia 18 tahun yang masih terkial2 mencari yakin dan sering berlindung di balik bayang. Bahasa Inggerisnya juga jauh lebih baik berbanding bapanya. Saya memberi komen positif padanya. Dia tersenyum dan kemudian berbisik bangga dengan dirinya. Itu keyakinan dan saya fikir dia tentu akan terus berusaha dan lebih yakin selepas ini. Apabila tiada lagi pilihan dan terpaksa maka kita tentu akan berusaha. Kegagalan mematangkan dan menimbulkan keyakinan diri. Itu perubahan yang saya lihat pada dirinya. Maka peluang (paksaan) perlu dicipta untuk mengubah karakter dan membina keyakinan. Peluang saya bermula agak lewat dan mengambil masa yang agak panjang dan masih terus belajar dari pelbagai kesilapan dan kegagalan. Dalam konteks pendidikan saya fikir kaedah mencipta peluang melalui paksaan mungkin berkesan bagi mengubah minda terutama di kalangan anak melayu. Tumpuan harus beralih dari akademik semata kepada membina keyakinan diri demi kelangsungan bangsa dan negara. Apabila timbul keyakinan yang lain tentu akan tercipta sendiri. Wallahuaklam

Kita Yang Berdosa

Kita hamba yang banyak berbuat dosa, samada kecil atau besar dan secara sedar atau tanpa sedar. Adakah Allah akan mengampunkan dosa2 dan menerima taubat kita?
“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54)

Being Meaningful

Done with the opening speech for International Conference on ICT for Transformational at UMS this morning. I didn't read the prepared text which I found a bit too long and academic. Speaking from the heart I briefly touched on the purpose of a university in changing the way people live, work and behave and the rapid progress of ICT over the last 3 decades. I also quoted what the YAB Minister Idris said few days ago about the impactful and meaningful research and knowledge generated in our universities. He questioned about how we can better share it with members of the public. The minister was referring to an article entitled "academicians can change the world if they stop talking only to their peers". The article mentioned about the issue of overwhelming majority of academic research are not shaping today's public debate. Most of the works are largely sitting in academic journals read almost exclusively by their peers (if they do). The number of academic articles published have increased dramatically over the last few years, averaging 1.5 million articles annually. However, 82% articles published in Humanities journals, for example, are not even cited (may not even read). So the question is how we academicians can address the relevant issues, share them with the public and in the context of ICT how can we change or bring better insights into the way people live, work and behave. How can we make academic conferences more lively and meaningful beyond the academic boundary. That is the message to the organiser. Wallahuaklam

Kecukupan

Petang tadi selesai baca buku Tuan Direktur karya Buya HAMKA. Pengajaran dari buku ini bolehlah dirumuskan seperti petikan perenggan di bawah:
"Sesungguhnya dunia ini tidak pernah mempunyai kecukupan. Jika orang berlari mengejar kekayaan wang, dengan tidak merasa orang telah miskin dalam perkara budi. Kalau orang berlari mencari sahabat yang akan mengangkat-angkat, dengan tidak sedar dia pun telah miskin dari sahabat yang sanggup menunjuk menyantuninya. Kalau orang berlari mencari pergaulan di kalangan orang tinggi-tinggi, dengan sendirinya, orang itu pun kehilangan teman dalam kalangan orang rendah-rendah. Padahal jika sekiranya, orang beroleh nikmat hidup dalam kemewahan, di dalam harta yang banyak, hendaklah orang insaf pula bahawa di sebalik itu terdapat nikmat hidup yang lebih indah lagi iaitu nikmat jiwa, di kalangan orang-orang miskin terutama kalau sekiranya orang yang meningkat naik itu dahulunya dari barisan orang miskin pula"
Selamat malam. Moga kita tidur nyaman

NUS

Sehari bersama Presiden dan Provos NUS. Sesi pagi bersama Provos dan petang bersama Presiden. Banyak yg dipelajari dr aspek pengurusan, perancangan dan tadbir urus universiti. Detail saya akan cerita di forum yg sesuai nanti. Apa yg saya nak kongsi ialah mengenai dua personaliti tersebut. NUS sebuah universiti hebat, kedudukan ke 12 ranking dunia QS tahun 2015. Namun, mereka tidak sedikit pun menyentuh mengenai kehebatan NUS dlm sesi perkongsian bersama peserta. Tiada slides statistik hebat atau video korporat ditayangkan. Hanya fokus pada tajuk perbincangan iaitu 'Major Opportunities and Challenges for Universities in Southeast Asia'. Kedua2 mereka juga sgt merendah diri, saya lihat tiada protokol menyambut ketibaan mereka. Tiba2 saja mereka muncul. Semasa lunch, Prof Tan Presiden NUS bersama Bernedict BOD NUS/CEO Temasek bergerak dari meja ke meja menyapa setiap peserta. Pelbagai soalan dari peserta semasa sesi dialog dijawab dengan tenang dan agak detail. Juga tidak nampak mereka cuba menyembunyikan rahsia kejayaan NUS. Banyak yang dikongsi bersama hampir 30 peserta dr 14 buah universiti ASEAN yang kesemuanya ditaja oleh Temasek. Tidak nampak juga riak bangga di wajah mereka bila mana dipuji peserta2. Namun berdasarkan jawapan2 yang diberikan, ternampak ketegasan di sebalik kesederhanaan mereka. Mungkin itulah sebenarnya rahsia kehebatan mereka. Alahai orang hebat jarang bercerita kehebatan mereka. Sedikit pengajaran manusiawi. Selamat malam. Moga tidur lena

Kain Tenun

Saya pernah beli kain pelikat tenun di jalan PCB. Kainnya sejuk dan memang sedap dipakai terutama di musim panas. Almarhum TGNA pun katanya suka pelikat tenun. Kain tenun ni jenis yang makin lama dipakai makin rasa sedap. Bila dah sedap sangat nanti dia koyaklah, saya ingat lagi gurauan tuan kedai yang mesra senyuman tu. Saya fikir ia pesanan yang sangat baik. Seringkali bila syok sangat kita terlupa bahawa ia boleh 'terkoyak' bila2 masa. Renung2kan dan selamat beramal

Saying NO

Remember having a good discussion with few friends about us Malaysians and in particular Malays on being too nice, too accomodative, too flexible, too loyal and sometimes maybe too political. While they are all good values, having those at the wrong place/situation and at the wrong time can be fatal. Often, we put ourselves in a mess and wasted so much time for being too nice and not abiding to the rules and regulations we set forth. We should know when is the time to say no (in a nice way), though bitter, and to stand up to the course when needed. It is time to charge ahead. Just a thought

Garden with Different Roses

Had good discussions during lunch after the forum. Tan Sri Zul asked about the definition and roles of a university. After quite a long pause I said I imagine a university like a knowledge valley. A colourful and beautiful valley with different groups of plants and flowers. Even within the same group of plants or flowers there are varieties. A group of different roses is better than just one type of red roses. Each group of plants or flowers are taken care by a team of dedicated gardeners who specialised in the specific type of plant or flower. They know the type of seeds and fertilisers needed to grow the plant or flower and at times share the tips and tricks with other teams of gardeners. Some gardeners want to produce the most beautiful flower or decorated plant. Another group may focus on the formula for a new type of fertiliser or soil while others focus on reengineering of seeds. While the former may yield quick outcomes, the latter will contribute to the sustainable growth and future of the valley. Continuously innovating by creating new and different types of plants and flowers will ensure its competitive edge against other valleys. Despite that all gardeners possess the basic skills in gardening and nurturing the plants and flowers. Every gardener wants to play a part and contribute to the beautiful valley. The design and concept of the wonderful valley is masterminded by a chief gardener. He creates the vision, share it with the teams of gardeners, listens to their feedbacks and then together via his visionary leadership translates the vision into actions. So a university should be a place where noble ideas flourish and where great minds meet, innovate and create without fear and restrictions. Selamat malam jumaat

Innovation

Excerpt from Harvard University President's speech, June 30, 2010, Trinity College Dublin
"As stewards of centuries-old traditions of higher learning, we must work to assure that the understandable effort to promote what is valuable not eclipse our support for what is invaluable. When we define higher education's role principally as driving economic development and solving society's most urgent problems, we risk losing sight of broader questions, of the kinds of inquiry that enable the critical stance, that build the humane perspective, that foster the restless skepticism and unbounded curiosity from which our profoundest understandings so often emerge. Too narrow a focus on the present can come at the expense of the past and future, of the long view that has always been higher learning's special concern. How can we create minds capable of innovation if they are unable to imagine a world different from the one in which we live now?"

MAS

Teringat perbualan dengan seorang bekas pengurusan kanan MAS. Katanya apa yang CEO Mueller buat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Jadi kenapa masih perlukan orang luar. Kerana orang kita sendiri tidak mampu atau tidak boleh buat apa yang dia buat. Kurangkan belanja dengan membuang begitu ramai pekerja, banyak implikasinya, dari sudut sosial dan politik. Idris Jala dulu hanya jual aset umtuk kurangkan belanja. Mueller yang hebat juga berundur selepas tidak lagi mampu buat apa yang dia nak buat, tambahnya lagi. Saya hanya berkelip. Fikir saya, akhirnya, nasib MAS masih akan ditentukan oleh orang kita sendiri. Dalam konteks akademik, ramai juga cuba bandingkan pencapaian UA kita dengan Singapura seperti NUS. Semasa forum di AKEPT ada juga peserta yang cuba bandingkan pencapaian UA dengan US seperti Taylors yang katanya lebih bijak berbelanja. Mungkin dia lupa model UA dan US tidak serupa. Berbalik pada contoh NUS, NUS pun buat apa yang Mueller buat sebelum ia jadi hebat. Bezanya ia dilakukan oleh orang Singapura sendiri, bukan orang luar. Dalam konteks Malaysia, bolehkah kita? Dapat yang baru tentu akan hilang yang lama/lain. Sanggupkah kita? Orang ekonomi pasti tahu pasal kos melepas. Juga hebat bagaimana yang kita mahu? Itu contoh dan persoalan yang saya lontarkan semasa forum. Saya sendiri tiada jawapan jelas, walaupun mungkin ada sedikit pecahan yang tersorok tersimpan di dalam hati. Selamat malam

Thursday 12 May 2016

Produk Tempatan

#CoretanPetang

Aku graduan dari universiti tempatan dan aku bangga dengan status tersebut

Kini aku pensyarah di universiti tempatan, aku juga bangga dengan status tersebut

Bukan kerana universiti tempatan telah setaraf dengan universiti2 tersohor luar negara seperti Harvard, Cambridge, Oxford dll. Hakikatnya perjalanan kita masih jauh berbanding mereka yang telah melalui evolusi ratusan tahun

Tapi

Aku bangga menjadi sebahagian pasukan yang berusaha keras meningkatkan mutu pendidikan tinggi negara

Aku bangga menjadi sebahagian pasukan yang berusaha keras meningkatkan tahap pendidikan anak2 tempatan terutama bangsa aku yang masih ketinggalan

Aku bangga melihat anak2 tempatan terutama bangsa aku berjaya

Aku bangga kerana memahami permasalahan pendidikan anak2 tempatan terutama bangsa aku

Aku bangga kerana TIDAK menjadi sebahagian anak tempatan terutama bangsa aku sendiri latihan luar negara yang mengutuk, memperlekeh dan mencari kesalahan produk tempatan

Aku juga bangga kerana TIDAK terpengaruh dan terasa dengan kenyataan2 sinikal

Turunlah ke padang

posted from Bloggeroid

Wednesday 11 May 2016

BTN

Buat ke sekian kalinya esok aku dgn berat hati terpaksa turun ke BTN lagi. Aku mula hadir BTN sejak dari zaman UKM lagi, tak silap aku kali ni kali ke enam. Aku setuju tujuan BTN itu murni, untuk kuatkan jati diri melayu. Cuma aku fikir kaedahnya perlu berubah mengikut arus semasa. Melayu tidak boleh lagi bermelankolik. Aku pernah bertengkar dgn faci masa di UKM dulu. Bagi aku melayu tidak boleh lagi sekadar merenung nasib. Melayu perlu berani untuk berubah dan bersaing dengan bangsa lain. Isu ketuanan dan kesetiaan Hang Tuah mungkin sudah tidak relevan. Melayu perlu bertuhankan tuhan dan bukannya tuan. Beberapa tahun lepas aku bertengkar lagi dgn faci seorang ahli politik. Bagi aku melayu perlu bersatu sebagai satu tanpa mengira fahaman politik sepertimana persatuan pendidikan dan perniagaan cina memperjuangkan kepentingan bangsa mereka. Mungkin faci juga perlu dikursuskan supaya lebih terbuka dalam menerima pandangan. Wallahuaklam
posted from Bloggeroid

Kita Berubah

Dah 6 hari aku berteman demam dan selsema, menemani tidur bangun aku. Sambil melayan sengal2 badan aku belek2 koleksi buku bukan akademik. Masih banyak yang aku belum khatam.

Suatu ketika dulu dunia aku hanya akademik. Di kala penyelidikan dan penerbitan masih asing di kalangan pensyarah, aku yang masih muda mentelaah sendirian dan mencari guru yang hanya segelintir sebagai rujukan. Aku memilih kepayahan dari alasan. Hampir setiap hari selepas isyak aku sambung mentelaah, mengkaji dan menulis hingga lewat malam.

Dunia berubah aku pun mula merubah. Banyak persoalan kehidupan mulai muncul. Dunia akademik aku lihat semakin berbeza. Mudahnya begitu mudahnya begini. Cepatnya begitu cepatnya begini. Di kala kegilaan ramai aku ternampak virus mula menular dan ikhlas makin menjauh.

Aku cuba mencari dan membaca buku2 tentang manusia. Ilmunya masih banyak berkiblat barat. Pengurusan, kepimpinan, tadbir urus, motivasi dan pembangunan diri segala bagai. Persoalan semakin banyak dan aku mula gatal menulis namun selalu terhenti di separuh jalan.

Aku mula mencari dan membaca buku2 agama. Terasa sukar bagi si jahil memahami pengkisahan dan terjemahan berat2. Sekitar 2008 aku terjumpa koleksi buku Life is an Open Secret karya Zabrina. Buku pengkisahan kehidupan yang disokong ayat2 al-quran dan hadis2 sahih. Ia mudah dan menusuk kalbu. Karya Zaaba lebih menggetar jiwa berbanding karya Dale Carnegie.

Perjalanan ke Manila 2009 menjadi detik bersejarah. Menjadi satu2nya muslim di persidangan yang dihadiri ratusan ahli akademik katolik seluruh dunia. Mereka begitu kuat di kala kita berpecah terbelah atas pelbagai isu remeh. Tiba2 si jahil jadi bersemangat...

Aduh hidung mula tersumbat lagi. Sambung lain kali lah
posted from Bloggeroid