Monday, 16 May 2016
NUS
Sehari bersama Presiden dan Provos NUS. Sesi pagi bersama Provos dan petang bersama Presiden. Banyak yg dipelajari dr aspek pengurusan, perancangan dan tadbir urus universiti. Detail saya akan cerita di forum yg sesuai nanti. Apa yg saya nak kongsi ialah mengenai dua personaliti tersebut. NUS sebuah universiti hebat, kedudukan ke 12 ranking dunia QS tahun 2015. Namun, mereka tidak sedikit pun menyentuh mengenai kehebatan NUS dlm sesi perkongsian bersama peserta. Tiada slides statistik hebat atau video korporat ditayangkan. Hanya fokus pada tajuk perbincangan iaitu 'Major Opportunities and Challenges for Universities in Southeast Asia'. Kedua2 mereka juga sgt merendah diri, saya lihat tiada protokol menyambut ketibaan mereka. Tiba2 saja mereka muncul. Semasa lunch, Prof Tan Presiden NUS bersama Bernedict BOD NUS/CEO Temasek bergerak dari meja ke meja menyapa setiap peserta. Pelbagai soalan dari peserta semasa sesi dialog dijawab dengan tenang dan agak detail. Juga tidak nampak mereka cuba menyembunyikan rahsia kejayaan NUS. Banyak yang dikongsi bersama hampir 30 peserta dr 14 buah universiti ASEAN yang kesemuanya ditaja oleh Temasek. Tidak nampak juga riak bangga di wajah mereka bila mana dipuji peserta2. Namun berdasarkan jawapan2 yang diberikan, ternampak ketegasan di sebalik kesederhanaan mereka. Mungkin itulah sebenarnya rahsia kehebatan mereka. Alahai orang hebat jarang bercerita kehebatan mereka. Sedikit pengajaran manusiawi. Selamat malam. Moga tidur lena
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment