Monday, 16 May 2016

MAS

Teringat perbualan dengan seorang bekas pengurusan kanan MAS. Katanya apa yang CEO Mueller buat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Jadi kenapa masih perlukan orang luar. Kerana orang kita sendiri tidak mampu atau tidak boleh buat apa yang dia buat. Kurangkan belanja dengan membuang begitu ramai pekerja, banyak implikasinya, dari sudut sosial dan politik. Idris Jala dulu hanya jual aset umtuk kurangkan belanja. Mueller yang hebat juga berundur selepas tidak lagi mampu buat apa yang dia nak buat, tambahnya lagi. Saya hanya berkelip. Fikir saya, akhirnya, nasib MAS masih akan ditentukan oleh orang kita sendiri. Dalam konteks akademik, ramai juga cuba bandingkan pencapaian UA kita dengan Singapura seperti NUS. Semasa forum di AKEPT ada juga peserta yang cuba bandingkan pencapaian UA dengan US seperti Taylors yang katanya lebih bijak berbelanja. Mungkin dia lupa model UA dan US tidak serupa. Berbalik pada contoh NUS, NUS pun buat apa yang Mueller buat sebelum ia jadi hebat. Bezanya ia dilakukan oleh orang Singapura sendiri, bukan orang luar. Dalam konteks Malaysia, bolehkah kita? Dapat yang baru tentu akan hilang yang lama/lain. Sanggupkah kita? Orang ekonomi pasti tahu pasal kos melepas. Juga hebat bagaimana yang kita mahu? Itu contoh dan persoalan yang saya lontarkan semasa forum. Saya sendiri tiada jawapan jelas, walaupun mungkin ada sedikit pecahan yang tersorok tersimpan di dalam hati. Selamat malam

No comments:

Post a Comment