Tuesday 25 October 2016

Adab dan Hati II

Saya hanya menerima satu atau dua pelajar PhD saja setahun disebabkan kekangan masa. Sejak 2009 sebelas pelajar PhD saya telah lulus, 70% dengan perubahan kecil dan selebihnya dengan perubahan besar.

Saya terima semua keputusan tersebut dengan hati terbuka. Tiada komplen. Namun hari ini perasaan saya sangat berbeza. Sukar digambarkan. Marah kecewa sedih bercampur baur. Bukan dengan keputusan viva tapi cara ia dikendalikan.

Pengerusi memulakan sesi dengan membaca peraturan. Kemudian memberitahu beliau akan kendalikan sesi 'without fear and favour' dan akan turut bertanya soalan2 yang dirasakan perlu. Saya terpegun. Tiada kata aluan yang boleh menenangkan pelajar.

Pemeriksa pertama memulakan sesi dengan soalan dan kritikan yang agak keras. Disambung pula oleh pemeriksa kedua. Beberapa soalan di luar konteks kajian turut dihamburkan. Saya terfikir adakah pemeriksa memahami konteks kajian. Juga tiada sebarang kata aluan untuk menenangkan pelajar.

Pusingan kedua turut bermula dalam tempo yang sama. Tiada ruang langsung diberikan kepada pelajar untuk bertenang. Alhamdulillah pelajar dapat menjawab soalan dengan baik walau jelas nampak getar suara kegugupan beliau.

Dipertengahan sesi pemeriksa mula mengakui kebaikan dan potensi kajian pelajar. Namun mereka masih memilih untuk memberi tumpuan dan membesarkan isu2 kecil dan remeh yang saya fikir timbul disebabkan ketidakfahaman pemeriksa atau keegoan mereka. Lebih mengecewakan apabila pengerusi turut melontarkan pelbagai soalan tambahan.

Beberapa penjelasan tidak diterima walaupun rujukan dibuat kepada sumber yang credible. Pemeriksa kedua walau bersetuju dengan penjelasan diberikan namun mengambil sikap berdiam diri apabila disanggah pemeriksa pertama.

Sebagai penyelia saya terpaksa menahan sabar. Peraturan tidak membenarkan saya masuk campur kecuali diminta berbuat demikian. Sesi soal jawab tamat selepas hampir 4 jam. Kemudian saya dan penyelia bersama diberi peluang memberi penjelasan.

Tidak banyak boleh saya katakan kecuali melahirkan sedikit rasa kecewa. Saya telah mempengerusikan banyak sesi viva dan menjadi pemeriksa tesis bukan saja di Malaysia tetapi pernah juga dilantik di luar negara namun inilah pengalaman paling teruk saya.

Alhamdulillah beliau lulus. Mereka memilih lulus dengan perubahan besar walaupun ianya boleh diperbetulkan dalam tempoh kurang sebulan. Yang penting saya sangat berbangga dengan pelajar saya. Dalam lebih 20 pelajar PhD saya inilah tesis terbaik pernah saya selia yang mempunyai impak bukan saja kepada teori tetapi juga praktikal.

posted from Bloggeroid

Adab dan Hati I

Adab dan Hati I

Beberapa hari sebelum viva PhD saya berbincang dengan penyelia saya mengenai soalan2 yang bakal dikemukakan oleh pemeriksa.

Habis berbincang beliau menyuruh saya pulang dan memberi nasihat tiada apa perlu dirisaukan. Get a good rest and sleep well, katanya.

Tiba hari viva, saya diperkenalkan kepada kedua2 pemeriksa oleh penyelia saya. Tiada pengerusi tiada pencatat. Hanya saya, penyelia dan dua pemeriksa.

Kami berbual mesra beberapa minit sebelum pemeriksa bertanya adakah saya telah bersedia. Selepas itu barulah sesi viva dimulakan.

Sesi berjalan baik. Soalan2 ditanya dengan lembut dan sopan. Mereka juga amat prihatin. Sesekali bertanya jika saya mahu berehat sebentar.

Selepas sejam saya diminta keluar dan dipanggil kembali 5 minit kemudian. Mereka bertiga dengan senyum lebar memberi ucapan tahniah.

Pengalaman ini mengingatkan saya untuk sentiasa cuba memberi pengalaman yang baik kepada pelajar ketika sesi viva.

Pengalaman kedua ketika saya membentangkan kertas kerja di European Conference on Accounting Information Systems.

Ia persidangan berprestij dihadiri ramai pakar dalam bidang saya. Bil kertas kerja terhad kepada 30. Rupanya saya seorang saja pelajar PhD yang terpilih.

Ada seorang profesor bertanya kepada saya satu soalan. Oleh kerana gugup berdiri di hadapan ramai profesor saya gagal menjawab dengan baik.

Habis sesi beliau datang berjumpa saya memohon maaf berkali2 kerana soalanya telah menyusahkan saya. Kami kemudian menjadi rakan baik.

Begitulah mereka. Bagaimana kita? Tunggu bahagian II...

posted from Bloggeroid

Sunday 23 October 2016

Colourful Sunday

Colourful Sunday

Breakfast with nasi air dingin (lauk ikan) to start the day - imported from Tumpat Kelantan

Briefing on RnI meeting - few issues to be addressed tomorrow

Officiated Forum on Budget 2017 at TH Hotel - great discussion with the panellists. I hope I did not disappoint the organiser for not reading the pre-prepared text

Briefing on COE and RU agenda - feeling optimistic

Interesting discussion on data science research

Look at the pile of letters but already exhausted because of the late night futsal and teh tarik session last nite

Go go MU

posted from Bloggeroid

Saturday 22 October 2016

Perangkap

Arwah bapa saya dulu berkhidmat dalam askar melayu. Sebagai anak askar saya juga pernah bercita2 menjadi askar seperti bapa saya. Paling tidak pun polis.

Semasa sekolah menengah saya pernah masuk kadet polis selain dari silat gayung. Seronok dan terasa hebat bila ada perbarisan dan pertandingan menembak.

Itu cerita lama. Yang saya nak cerita sebenarnya mengenai speed trap. Saya perasan trip ke KL kali ni banyak pula abang2 polis segak memegang kamera.

Speed trap saya kira penting bagi mengurangkan kadar kemalangan. Maka di luar negara kamera diletakkan di tempat2 yang berisiko tinggi kemalangan.

Kawasan2 sekolah dan tumpuan orang ramai, jalan2 kampung atau persekutuan. Selekoh2 merbahaya juga di simpang tiga atau empat. Kalau saman tiada diskaun.

Di negara kita lain pula ceritanya. Kamera diletakkan di lebuhraya lurus. Tidak nampak pula di selekoh2 bahaya seperti di Jelapang yang banyak meragut nyawa.

Keluar dari Smart Tunnel semalam pun terkejut beruk saya tengok abang polis duduk mencangkung sambil membelek kamera. Nasib baik patuh had laju.

Memang sukar memandu 110km/j di lebuhraya sebaik lebuhraya negara kita. Selamat berhujung minggu dan berhati2 bila memandu.

posted from Bloggeroid

Ilmu Ekonomi

Saya perlu belajar lagi ilmu ekonomi. Sedikit keliru bila dengar ulasan bajet 2017 di TV1 malam ni mengenai petunjuk ekonomi Malaysia sejak 2009.

Teringat buku bertajuk Malaysia: Beyond 2020 yang ditulis oleh seorang bekas profesor dari Harvard Business School yang tersohor itu.

Buku tersebut ditulis hasil kajian komprehensif oleh 20 pelajar MBA di bawah seliaan beliau dgn merujuk kepada data2 ekonomi sejak merdeka hingga 2013.

Hasil kajian tersebut menjadi asas kepada projek PPRN yang dilancarkan PM awal tahun lepas di mana saya turut terlibat dalam projek rintisnya.

Mungkin ahli panel malam ini dan kumpulan profesor dan pelajar2 HBS tersebut merujuk kepada data yang berbeza. Wallahuaklam.

posted from Bloggeroid

Mukabuku

Saya terima banyak permintaan untuk menjadi rakan mukabuku saya samada dari orang yang saya kenali atau tidak kenali. Friend base saya tidak ramai.

Ia terhad kepada ahli keluarga, rakan sekampung, sekolah, universiti dan sekerja, bekas guru dan pensyarah yang saya hormati dan anak didik yang saya kenal saja.

Posting saya pun terhad kepada rakan mukabuku saya sahaja kecuali posting ini dan beberapa yang lain yang telah diset sebagai public.

Jadi saya mohon berbanyak maaf jika ada permintaan yang tidak dapat saya penuhi walaupun mungkin kita saling mengenali atas alasan2 tertentu.

Namun mukabuku rasmi saya (Prof. Dr. Noor Azizi Ismail) terbuka kepada semua. Saya juga ada akaun LinkedIn, Twitter selain Insta dan blogspot. Yang tu semua public.

Terimakasih.

posted from Bloggeroid

Stand by your men

"Guardiola defends goalkeeper and tactics after Barca thrashing" - The Star

Take the blame but share the victory. That's what true leadership is all about.

Tidak perlu mengembara ilmu hingga ke negeri China atau Harvard di negeri Uncle Sam. Cukup hanya dengan bertanya pada hati...

posted from Bloggeroid

Open Mind

Taking a coffee break after reading the summary of 2017 budget presented today. However my posting below is not about the budget but human.

Remember an email sent by a colleague few months ago. She started by emphasising her right to voice her opinions.

That is OK with me as I believe everyone has the right to do so though I also believe that is not a good way to start an email conversation.

She emphasised that again midway and also at the end of her email. The way she put her opinions were also strong amd maybe can be classified as rude.

You may have came across this type of persons. Those who always stick to their own way of thinking and often forget the right of others to say their opinions.

They normally don't take criticisms very well too.

I think these are narrow-minded individuals who are not open to new ideas. Always only look at one side of the story, their own story and put deaf ears and blind eyes on others.

As a person we may think we are always right. That is normal. However, it is not healthy to always judge things based on our, often limited, experiences in life.

To be fair we may need to consider other options, look at things from every angle and make an effort to understand the other side of the coin too.

Having said that we should not also base our opinions and pass our judgments of certain issues on what others think or perceive, and adopt the herd mentality.

It always makes sense and wise to do our own research and look at issues from different perspectives, besides our very ownself.

Yes we are all grown up in certain environments with certain type of people, which often shaped our outlook and mindset.

But we can also decide how open we are to learning different personalities and different ways of life. Life is always colourful as it is meant to be.

I believe open-minded persons are easier to deal with. This evening I am happy to have an open conversation and listen to advice from someone I respect and admire. Good night.

"Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself" - Jalaluddin Rumi

posted from Bloggeroid

Friday 21 October 2016

Sabar II

Jadual hari ni. Sambungan dari cerita naik turun Pejabat Imigresen petang semalam.

06.30am Solat subuh

07.00am Bergerak ke Putrajaya (tidak sempat bersarapan pagi)

07.45am Beratur bersama pekerja2 asing untuk dapatkan nombor giliran (terdengar jeritan beberapa kali mengarahkan supaya berbaris dengan lurus)

09.00am Nombor giliran dipanggil. Saya berikan salam (tiada salam balas) dan serahkan semua dokumen di kaunter 4 dan diminta tunggu

10.00am Sekali lagi dipanggil ke kaunter 4. Diminta mengisi borang kenyataan pula

10.10am Serah borang yang siap diisi ke kaunter 1

10.30am Dipanggil ke kaunter 1. Saya berikan salam (juga tiada salam balas). Tanpa senyum saya diminta membuat bayaran. Saya tanya adakah rayuan saya telah diambil kira (rupanya mereka tidak baca dan rujuk pun dokumen2 yang disertakan termasuk surat dari KDN). Air mula mendidih

10.40am Diambil cap jari pembantu rumah. Juga cap jari saya

11.00am Sekali lagi dipanggil ke Kaunter 1. Diberitahu perlu tunggu surat yang akan dihantar kepada saya dalam tempoh sebulan sebelum datang kembali

Saya ucapkan terimakasih dan berikan sedikit nasihat dan diakhiri dengan ucapan salam dan semoga kita jumpa lagi, mungkin bersama Ketua Pengarah kamu pula.

Tidak pasti berapa markah ujian kesabaran hari ini. Selepas jumaat perlu tunaikan temujanji mengenai kerja pula. Salam jumaat semua.

posted from Bloggeroid

Thursday 20 October 2016

Value

On Monday Oct 17th, 10pm I posted the following question:

What is ONE value that you hold as most important both in your day-to-day work and your life?

As promised, here is the summary as at 11am today (Oct 19th):

Honesty (7)/Sincerity (5) - 12
Integrity - 7
Humanity (1)/Love (4) - 5; Trust - 5
Wisdom - 4
Empathy - 3; Respect - 3; Accountability - 3
Responsibility - 2; Passion - 2; Humility - 2
Decency - 1; Justice - 1; Patience - 1; Reliability - 1; Timeliness - 1

Total count 53

Note: Few answers are combined as I think they have about the same meaning while few others are unclassified thus not counted

posted from Bloggeroid

Diam

Kita selalu dengar pesanan setiap hari jumaat supaya 'jangan berkata2 ketika khatib sedang membaca khutbah'. Pesanan ini turut terpakai dalam majlis2 lain.

Perbuatan bersembang walau secara berbisik apatah lagi bergelak ketawa bukan sahaja menganggu penceramah tetapi juga orang lain yang mahu mendengar.

Saya fikir ramai yang tidak perasan perbuatan mereka sangat menganggu kerana ia mungkin tidak kedengaran jelas pada mereka tetapi sebaliknya pada orang lain.

Kalau kita biasa memberi ucapan atau mempengerusikan mesyuarat sedikit bunyian sememangnya jelas kedengaran berbanding bila berada di belakang/bawah.

Perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai sangat biadap apatah lagi jika dilakukan oleh VIP yang berada di barisan hadapan.

Saya selalu berpesan pada diri sendiri untuk tidak bercakap atau melayan orang bercakap ketika mendengar khutbah ataupun ketika hadir majlis atau mesyuarat.

Namun kita sering terlupa. Sama2lah kita saling memperingati dan menghormati perasaan orang lain. Selamat malam

posted from Bloggeroid

Bawah

Bila selalu sangat dirai kalau sekali sekala letakkan diri di bawah pun bagus juga. Boleh merasa sedikit kepayahan serta menguji tahap kesabaran.

Hari ini turun naik di pejabat imigresen untuk urusan visa pembantu rumah Indonesia. Masih belum selesai sepenuhnya. Perlu lagi ke sana awal pagi esok.

Terpaksa ditunda sedikit temujanji lain. Alhamdulillah ujian kesabaran lulus petang ni. Esok belum tahu lagi tapi mohon dimudahkan urusan.

Sedikit pelajaran hari ini. Setiap orang sebenarnya mempunyai kuasa tanpa mengira pangkat samada besar atau kecil mengikut bidang tugas masing2.

Samada mahu memudahkan atau sebaliknya adalah pilihan seseorang individu. Moga kita diberikan sifat pemurah selagi tidak melanggar peraturan.

posted from Bloggeroid

Saturday 15 October 2016

Usahawan

Corat Coret Dalam Kereta

Sambil menyusun idea yang ingin dikongsi petang nanti saya teringat cerita tahun 2012 dulu. Dapat undangan istimewa dari sahabat saya Chong Li Director EFMD Asia untuk ikut trip Alliance of Chinese European B-School Deans Forum (ACE). Semua ditanggung percuma.

Kumpulan ACE terdiri daripada 10 b-schools terbaik China dan 10 b-schools terbaik Eropah. Kami menjelajah ke Beijing, Chengu dan Xiamen selama seminggu. Paling menarik ialah trip ke Chengu Hi-Tech Development Zone (CHDZ) dan SWUFE b-school.

CHDZ ditubuhkan benerapa tahun selepas penubuhan MSC di Cyberjaya. Ia sebuah bandar industri yang sangat cantik dan tersusun. CHDZ berjaya menarik pelaburan dari pelbagai syarikat multi-nasional tersohor. Namun apa yang menarik ialah bagaimana mereka membangunkan syarikat2 tempatan.

Dalam usaha tersebut terdapat kerjasama yang sangat erat di antara universiti (SWUFE), industri (syarikat dan pengurusan CHDZ) dan pelbagai agensi kerajaan. Agensi kerajaan memberi pelbagai bantuan dana dan membuat polisi berkaitan, universiti pula memberi khidmat nasihat (mentor) manakala start-ups sebagai penerima manfaat.

Di peringkat awal SWUFE bertindak sebagai mentor (internal) dan memberi pelbagai khidmat nasihat percuma dan mengikuti perkembangan setiap syarikat. Sahabat saya Dekan SWUFE beritahu mereka dibayar gaji oleh kerajaan dan gembira memberikan nasihat dan latihan percuma.

Ia beterusan selama lebih 20 tahun. SWUFE menyimpan data pelbagai syarikat dan menulis pelbagai kajian kes berdasarkan data2 sebenar yang dikutip sepanjang tempoh tersebut. Ia juga memudahkan mereka membuat kajian 'longitudinal' berbanding 'cross-sectional'.

SWUFE mempunyai hubungan sangat rapat dengan agensi kerajaan dan pengurusan CHDZ. Ia menjadi pengantara antara pelbagai agensi kerajaan dan usahawan. Masa beredar dan sebahagian start-ups telah berkembang menjadi syarikat sederhana dan besar termasuk bbrp yang telah tersenarai dalam Fortune 500.

Syarikat2 yang berjaya ini pula menyumbang kembali sebagai mentor (external) kepada syarikat2 baru. Mereka turut menyumbang dana dalam bentuk kontrak penyelidikan, perundingan dan endowment kepada SWUFE. Pensyarah SWUFE turut mendapat manfaat hasil sumbangan mereka melalui lantikan sebagai perunding etc.

Saya cuba melihat perkara sama dalam konteks universiti tempatan kita. Secara umum kita masih jauh. Melalui pemerhatian saya dapati mentaliti pensyarah kita tidak sama dengan mereka. Kita terlalu berkira dalam berkongsi ilmu. Penyelidikan kita juga tidak berasaskan data sebenar.

Kita tahu kebanyakan pensyarah keusahawanan tiada pengalaman usahawan. Cadangan saya:

Pertama, pensyarah perlu mempunyai hubungan baik dengan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Kedua, pensyarah perlu mengenali dan mempunyai rangkaian dengan usahawan2 tempatan. Ia proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Ketiga, pensyarah boleh tawar khidmat perundingan percuma dan ikuti perkembangan mereka. Wujudkan sistem mentoring, ia kunci.

Keempat, tulis kajian kes sebenar yang boleh dikongsi pula dengan pelajar dan usahawan lain. Pensyarah turut belajar apabila menulis kajian kes.

Kelima, lantik usahawan yang telah berjaya sebagai panel penasihat dan jadi mentor bersama.

Keenam, kena banyak membaca dan update dengan pelbagai ilmu terkini. Bacaan artikel akademik sahaja tidak membantu.

Ketujuh, berikan ilmu yang terbaik tapi jangan minta upah. Ganjaran akan datang sendiri apabila usahawan2 dan pelajar2 ini telah berjaya.

Paling tidak kita akan dapat pahala. Bukankah pahala yang kita cari?

Betulkan niat insyaAllah berjaya.

posted from Bloggeroid

Wednesday 12 October 2016

Niat

Pagi ni saya diminta chair sesi re-viva pelajar DBA. Dah lebih 4 tahun tak jadi pengerusi. Pemerhatian dari sesi pagi tadi dan pengalaman sebelum ni, saya fikir niat pemeriksa memainkan peranan penting. Jika niat mencari kesalahan maka keputusan akan negatif. Jika niat membantu pelajar memperbaiki kelemahan, keputusan akan lebih positif, selagi ianya tidak melanggar prinsip2 asas sebuah penyelidikan. Tugas pengerusi tidaklah mudah dalam membantu mencari titik persamaan. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Memori Muka Buku

Coret2 sebelum tido

Fb ni pandai. Dia paparkan kembali memori yang pernah kita kongsi dalam muka buku kita. Saya fikir paparan memori ni bagus juga untuk menilai siapa diri kita.

Mungkin ada gambar atau tulisan yang tidak sepatutnya kita kongsi pada umum. Samada ia sekadar gambaran emosi atau juga kebodohan atau kesombongan kita.

Selamat malam

posted from Bloggeroid

Sunday 9 October 2016

Leadership

Bengkel 2 hari Leadership in Action di AKEPT minggu lepas agak meninggalkan kesan. Tema bengkel pasal 'authentic leadership' secara umum dan dalam konteks pendidikan tinggi negara kita.

Saya sempat bertanya 2 soalan. Soalan pertama kpd penceramah jemputan. "Do we really have what it takes..."? Respon beliau saya fikir agak berlapik. Jadi saya anggap dia jawab NO lah tu.

Soalan kedua kepada lead trainer dari Australia semasa coffee break. "How to have a long lasting impact of what we have learned? Based on my observation it normally doesn't last long, if it does have an impact".

She said what's important is self reflection, instead of reflecting others. When it come to weaknesses, we often see those in others but not ours. Second, it is about practicing, not preaching. Sedap juga kopi hari tu.

Tak sabar tunggu Modul 3 dan 4 November nanti.

posted from Bloggeroid

Friday 7 October 2016

Pemimpin

Aku hadir kursus Leadership in Action anjuran AKEPT. Program dibahagi dua. Bahagian pertama (Modul 1 dan 2) selama 2 hari 5-6 Oktober dan bahagian kedua (Modul 3 dan 4) pada 24-25 November.

Aku difahamkan AKEPT membayar yuran kepada trainer RM1000/peserta/hari tidak termasuk kos2 lain. Jumlah yang sepatutnya hadir 22 orang dari kalangan Tinbalan Naib Canselor.

Sesi pagi hari pertama hanya 12 peserta hadir. Sebelum tengahari 5 lagi peserta muncul. Namun selepas lunch beberapa peserta pula hilang atas pelbagai alasan.

Aku enjoy sesi yang dikendalikan oleh lead trainer dari Australian Institute of Management. Ianya sangat relevan dengan tugasan harian aku memimpin pelbagai jabatan di bawah portfolio aku yang semakin mencabar.

Banyak ilmu yang dipelajari. Habis hari kedua aku rasa tidak sabar menunggu bahagian kedua November nanti.

Namun pada masa yang sama aku juga kecewa. Aku perhatikan ramai peserta tidak mengambil serius soal masa. Ramai yang hadir lewat samada sesi awal pagi atau selepas lunch. Aku fikir peserta tidak harus meninggalkan langsung mana2 sesi walau atas apa alasan sekalipun.

Ia adalah komitmen kepada AKEPT dan juga kepada diri sendiri. Apatah lagi peserta yang telah mengesahkan kehadiran namun langsung tidak hadir.

Program ini adalah program kepimpinan yang dihadiri oleh pemimipin. Bagaimana pandangan trainer kepada kita pemimpin2 atau bakal pemimpin universiti. Kita selalu melaungkan pelbagai kata2 hikmah namun kita sendiri gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

posted from Bloggeroid

Hati

Mutiara kata almarhum TGHD yang menyentuh jiwa.

"Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa, kerana doa tercatat di langit selamanya"

posted from Bloggeroid

Tak Perlu Kata Apa2

Tak perlu kata apa2

Banyak bercakap nanti lidah mu tersasul
Banyak mendengar pula fikir mu nanti celaru

Perhati pejam mata ikut saja gerak hati mu

Tak perlu kata apa2

posted from Bloggeroid

Pak Kaduk

Banyak berbincang rasa lapar. Perut kenyang rehat sebentar. Bila bercakap selalu berdegar2. Namun menang sorak kampung tergadai. Alahai Pak Kaduk kisah mu masih dirindui...

posted from Bloggeroid

Saturday 1 October 2016

Aib

Juara aib

Tersebar luas di media sosial kisah ijazah palsu seorang pakar motivasi tersohor. Pelbagai kutukan dan cemuhan keras dilemparkan termasuk dari pesaing2 beliau.

Yang tidak mengenali beliau samada secara dekat atau jauh pun turut menumpang sama menjuarai aib. Perkara salah mmg tetap salah. Soalnya perlukah disebarkan aib.

Saya tidak mengenali beliau tapi sering dengar cerita. Banyak cerita baik2. Kebetulan beberapa kawan saya yang berjaya dalam perniagaan adalah anak didik beliau.

Saya lihat banyak kebaikan beliau. Sebarlah yang baik bukan aib. Agama kita pun ajar begitu. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid