Monday, 16 May 2016

Kecukupan

Petang tadi selesai baca buku Tuan Direktur karya Buya HAMKA. Pengajaran dari buku ini bolehlah dirumuskan seperti petikan perenggan di bawah:
"Sesungguhnya dunia ini tidak pernah mempunyai kecukupan. Jika orang berlari mengejar kekayaan wang, dengan tidak merasa orang telah miskin dalam perkara budi. Kalau orang berlari mencari sahabat yang akan mengangkat-angkat, dengan tidak sedar dia pun telah miskin dari sahabat yang sanggup menunjuk menyantuninya. Kalau orang berlari mencari pergaulan di kalangan orang tinggi-tinggi, dengan sendirinya, orang itu pun kehilangan teman dalam kalangan orang rendah-rendah. Padahal jika sekiranya, orang beroleh nikmat hidup dalam kemewahan, di dalam harta yang banyak, hendaklah orang insaf pula bahawa di sebalik itu terdapat nikmat hidup yang lebih indah lagi iaitu nikmat jiwa, di kalangan orang-orang miskin terutama kalau sekiranya orang yang meningkat naik itu dahulunya dari barisan orang miskin pula"
Selamat malam. Moga kita tidur nyaman

No comments:

Post a Comment