Monday, 16 May 2016
Yakin
Seronok tengok persembahan teater anak sulong di UiTM pagi tadi. Sama seperti saya dia juga sangat pemalu. Ternampak gugup di riak wajah dan getar suaranya namun jauh lebih yakin berbanding saya pada usia 18 tahun yang masih terkial2 mencari yakin dan sering berlindung di balik bayang. Bahasa Inggerisnya juga jauh lebih baik berbanding bapanya. Saya memberi komen positif padanya. Dia tersenyum dan kemudian berbisik bangga dengan dirinya. Itu keyakinan dan saya fikir dia tentu akan terus berusaha dan lebih yakin selepas ini. Apabila tiada lagi pilihan dan terpaksa maka kita tentu akan berusaha. Kegagalan mematangkan dan menimbulkan keyakinan diri. Itu perubahan yang saya lihat pada dirinya. Maka peluang (paksaan) perlu dicipta untuk mengubah karakter dan membina keyakinan. Peluang saya bermula agak lewat dan mengambil masa yang agak panjang dan masih terus belajar dari pelbagai kesilapan dan kegagalan. Dalam konteks pendidikan saya fikir kaedah mencipta peluang melalui paksaan mungkin berkesan bagi mengubah minda terutama di kalangan anak melayu. Tumpuan harus beralih dari akademik semata kepada membina keyakinan diri demi kelangsungan bangsa dan negara. Apabila timbul keyakinan yang lain tentu akan tercipta sendiri. Wallahuaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment