Sunday 17 July 2016

Sedikit Ujian

Hari terakhir ramadhan di kampung kira2 sejam sebelum berbuka turun hujan lebat bersama ribut. Setengah jam kemudian bekalan elektrik terputus kerana banyak pokok tumbang menimpa talian. Maka berbuka puasa lah kami beramai2 bersama pelita dan lilin. Satu pengalaman yang dah lama dilupakan tetapi sangat berharga bagi anak2. Boleh lah bercerita pada mereka bagaimana suasana kehidupan ketika mak ayah membesar dulu. Bulu mata menjadi hitam kerana membaca buku di bawah cahaya pelita. Walau bergelap cuaca dingin selepas hujan memberi kedamaian selepas beberapa hari berpuasa dalam bahang panas. Jangan dilupa pada ketika orang ramai berbuka puasa pekerja2 TNB tentu bertungkus lumus menyelesaikan masalah pokok tumbang dan menyambung kembali bekalan elektrik dalam keadaan hujan dan tentunya merbahaya. Selepas 2 jam lebih bekalan eletrik kembali pulih. Tahniah TNB. Semasa belajar di US dulu pun biasa juga bekalan eletrik terputus. Pernah sekali semasa musim sejuk pokok2 tumbang selepas ribut ais. 2 hari tanpa eletrik dan tanpa heater terasa amat siksa. Itu juga pengalaman berharga. Bencana boleh berlaku di mana2 dan bila2 masa dan menjadi peringatan kepada kita yang sering lalai. Tidak perlu lah menyalahkan sesiapa dan menjadi komentar tidak bertauliah si anu tidak cekap dll dengan sedikit ujian yang Allah diberikan lalu hilang segala kebaikan dan sumbangan si anu sebelum ini. Begitu mudah kita hilang pertimbangan. Tiba2 saja kita juga menjadi pekerja yang sangat rajin yang merungut tidak dapat bekerja kerana bekalan elektrik tiada. Seolah2 kita menyalahkan takdir dan yang maha berkuasa. Sejak semalam UUM diuji tiada bekalan eletrik. Hanya bekalan minima sahaja yang ada dengan menggunakan back up. Semua pihak sedang bertungkus lumus siang malam cuba menyelesaikan masalah. Berlapang dadalah dengan sedikit ujian dariNya. Doalah yang terbaik. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment