Saturday 17 September 2016

Murah dan Kualiti

Cerita pasal takut.

Kawan saya profesor dalam bidang pemasaran. Mengikut teori pemasaran, kata beliau harga yang murah selalu dikaitkan dengan kualiti yang rendah.

Produk berkualiti jika dijual pada harga yang murah dari segi persepsi pembeli kualitinya masih dianggap rendah. Penetapan harga juga berkait dgn brand/image/reputasi.

Dalam realiti ramai peniaga walaupun mahu keuntungan besar masih ragu untuk meletakkan harga sesuai dengan kualiti produk. Sebab utama takut kehilangan pelanggan.

Begitu juga dalam kehidupan. Kita mahu berubah tetapi pada masa sama takut pula kehilangan apa yang sedia ada. Dalam isu politik dan pendidikan pun agaknya begitu juga.

Takut untuk berubah dan takut untuk mengubah. Maka kekal begitulah kita selamanya...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment