Meeting pagi tadi agak mencabar. Bukan cabaran minda tapi kesabaran. Meeting 2 jam jadi 3.5 jam. Aku memang alah dengan meeting panjang dan merapu meraban. Jadi habis ja meeting aku terus bergegas keluar lagipun perut dah mula menyanyi. Dalam tergesa2 nak duduk dalam kereta tiba2 terdengar bunyi prap. Cantik ja bontot seluar aku koyak memanjang. Nasib baik pakai seluar kecik dan boleh cover dgn kemeja. Dalam banyak2 seluar yg ni lah favorite aku. Sedih tamat juga riwayat seluar kesayangan aku selepas hampir 5 tahun berbakti. Cerita pasal koyak teringat pula pesanan penjual kain tenun di Pengkalan Chepa. Dia kata rahsia kain tenun ni makin lama dipakai makin sedap. Tapi bila dah rasa sedap sangat kenalah beringat sebab masa tulah dia akan koyak dan boleh memalukan kita. Begitu juga kita bila berada di atas kenalah beringat selalu dan kerap menunduk ke bawah sebab bila dah naik tinggi sangat jatuhnya tentu parah.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment