Sunday 4 September 2016

Kejujuran

Masa di UK dulu kemaruk juga shopping online. Sejak balik dah 12 tahun lebih tak shop online. Tiba2 minggu lepas berkenan pula satu barang terpakai. Tengok gambar mmg cantik lagi. Bila tanya owner dia kata condition sgt baik rating 9/10. Kita pun percayalah. Bila barang sampai sgt mengecewakan. Condition barang aku rate paling tinggi pun 4/10 ja. Aku bagitau penjual tu aku dah doakan yang terbaik untuk dia lepas solat tadi dan nasihatkan dia untuk tidak menipu lagi dalam mencari rezeki. Berniaga online ni perlukan kejujuran. Masa di UK dulu kalau barang ada cacat macam calar ke apa ke owner akan bagitau bakal pembeli. Kita di sini nampaknya masih jauh lagi.

Bercakap pasal kejujuran teringat masa aku jadi Dekan dulu. Ramai juga pelajar dan rakan pensyarah yang minta aku jadi penilai untuk macam2 tujuan. Banyak juga aku terpaksa tolak terutama yang aku rasa tak dapat beri rekomendasi baik. Aku minta cari orang lain kerana aku tak boleh menipu. Memang aku akan tulis apa yang betul samada kekuatan juga kelemahan. Ada sekali aku terima email dari luar negara. Dia ucapkan terimakasih kerana beri ulasan yang jujur, katanya susah nak dapat ulasan begitu dari tempat kita. Biasanya semua akan tulis elok2 belaka. Terkedu juga aku baca email tu. Itulah persepsi orang luar terhadap kita. Nampak kecil tapi signifikan.

Petang tadi aku cuba uji kiki. Aku tanya abah encem tak? Dia kata abah comey encem. Pastu dia kata nanti abah beli toys kat kiki ok. Bertuah punya budak. Selamat malam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment