Sunday 11 September 2016

Tak Sedar

Ada satu perkara yg sering aku perhatikan. Kita mungkin tidak sedar apa yg kita ucap kadang tidak selari dengan perbuatan. Baru2 ni dlm mesyuarat berkaitan IT pengerusi bercakap panjang lebar mengenai kepentingan IT dlm pembuatan keputusan. Dgn IT sepatutnya byk perkara dpt disegerakan dan produktiviti menjadi lebih baik katanya. Namun mesyuarat yg blh dihabiskan dlm masa kurang 2 jam jadi hampir 4 jam. Begitu juga aku perhati orang besar2 selalu bercakap mengenai kepentingan masa. Kata mereka tiadalah rugi kecuali orang2 yang membazir waktu. Namun dari segi amalan seringkali pula mereka terlewat. Mereka juga sering bercakap mengenai pengorbanan dan kepentingan kerja berpasukan. Namun mereka jugalah yg kelihatan amat mementingkan diri. Begitu juga integriti. Tidak ramai dilihat mengamalkannya walau sering menyebut. Aku fikir mungkin mereka tidak sedar. Yelah bila berada di atas tidak ramai yg berani menegur. Kalau sedar mungkin mereka tidak begitu. Bila melihat semua tu aku cuba menilik diri sendiri. Takut juga aku dilihat begitu. Tidak sedar kesilapan sendiri. Kalau ada salah silap jangan segan jangan takut untuk tegur.

Jom kita niat puasa sunat Hari Arafah esok. Waktu wukuf dikatakan waktu paling mustajab untuk berdoa. Apa pula doa kita.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment