Thursday 29 September 2016

Passion

Passion...

11 thn lalu aku hadir bengkel business intelligence (BI). Istilah baru business analytic, fintech dll. Ia membuka mata. Fakulti takde duit. Jadi aku deal dgn organiser untuk terus hadir bbrp bengkel lanjutan scr percuma.

Jika layak aku akan beri training percuma untuk bayar balik hutang. Selepas bengkel aku spent beberapa bulan untuk mahirkan diri. Akhirnya aku diterima sbg certified trainer dan pernah diberi award.

Dalam tempoh 3 tahun selepas itu aku diberi peluang melatih berbelas GLCs dan MNCs dari pelbagai industri, antaranya Bank, O & G, Telekomunikasi, IT, Port, Hospital dll.

Sebahagiannya tanpa bayaran bagi membayar balik hutang kepada software provider. Ia pengalaman menakjubkan. Sebagai orang akademik ia membuka mata. A shift from theory to practice.

Di universiti aku anjurkan beberapa bengkel untuk latih pensyarah. Aku juga integrate BI dalam pengajaran. Semuanya percuma. Ia memang susah dan memerlukan passion.

Namun pelajar nampak bagaimana teori yang dipelajari dalam kelas dilaksanakan di alam pekerjaan. Bila aku keluar dari fakulti maka integrasi BI turut terkubur.

Di sekolah siswazah aku bawa pula SAP dgn sokongan Kementerian dan MDEC. Ia juga percuma. Namun sambutan agak kurang terutama anak2 melayu. Kita memang tidak suka benda susah wpun ia bermanfaat.

Maka kita masih kekal begitu...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment