Wednesday 10 August 2016

Kapitalis

Semasa Harvard training minggu lepas kami berbincang satu kes syarikat Jepun. Syarikat tersebut berusia hampir 100 tahun. Walaupun ianya syarikat awam tapi diuruskan secara turun temurun oleh satu keluarga. Bermula dgn datuk kemudian bapa dan sekarang sedang melatih anak untuk ambil alih CEO. Syarikat sentiasa mencatat keuntungan besar dan turut membayar dividen yang tinggi kepada pemegang saham. Menariknya syarikat turut mempunyai simpanan tunai yang besar lebih Yen 800 billion dan long-term debt hampir tiada. Pelaburan baru semua menggunakan dana ekuiti bukan hutang. Namun begitu harga saham syarikat hanya berlaku peningkatan yang sedikit tidak selari dengan prestasi syarikat. Ini kerana syarikat mengamalkan kerahsiaan, kurang komunikasi dengan investors dan analyst. CEO menganggap harga saham sebagai 'noise' dan tidak penting. Matlamat utama syarikat ialah untuk kekal 100 - 200 tahun lagi. Dari pandangan kapitalis tamak ianya sesuatu yang sangat bodoh, simply stupid kata profesor dan diakui ramai peserta. Tunai yang besar tidak dilaburkan semula secara agresif untuk menjana lebih keuntungan. Prestasi syarikat menarik minat beberapa 'activist investors' dari barat yang mula menguasai pegangan saham syarikat dan berniat menukar capital structure dan financial policies syarikat termasuk board composition. Syarikat terpaksa akur. Board bertukar, tunai dilaburkan secara besar2an. Syarikat mencatat keuntungan lebih tinggi, harga saham naik mendadak, activist investors untung besar. Itu yang diajar oleh profesor Harvard. Namun pemikiran saya adakah syarikat tersebut akan kekal untuk jangkamasa lama seperti yang dicitakan CEO nya. Kekuatan utama syarikat ialah mengeluarkan 'limited products of superior quality'. Maka aspek RnD dan pelaburannya adalah berhati2. Activist investors hanya mahukan keuntungan cepat. Mereka akan mencari mekanisma bagi menaikkan harga saham kemudian jual saham2 mereka dan tinggalkan syarikat. Hasil keuntungan tersebut akan digunakan untuk 'menganggu' syarikat lain pula bagi menjana keuntungan seterusnya. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment