Friday 26 August 2016

Berjaya

Lepas signing ceremony petang tadi lama juga bersembang dengan Dato Noor Kamarul dan Nur Aminah, pengurusan Celcom dan Dato Eizlan Yusof mengenai beberapa isu semasa termasuk kualiti graduan. Mereka sepakat mengenai sikap dan keinginan yang tinggi sebenarmya mampu mengatasi kecerdikan dalam usaha seseorang untuk berjaya. Perbualan tersebut mengingatkan saya pada ceramah Tan Sri Nadzmi, bekas CEO PROTON di AKEPT awal tahun ini. Beliau bercerita mengenai kerjaya Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim, dua bakat besar badminton yang dicungkil dan digilap semasa beliau menjadi Presiden BAM lama dulu. Katanya dari segi bakat HH jauh lebih berbakat dari LCW. Bakat semulajadi HH turut diakui oleh LCW. Namun dari segi disiplin, dedikasi dan keinginan untuk berjaya, LCW jauh lebih tinggi berbanding HH. Katanya juga LCW seorang yang amat mematuhi dan menghormati arahan jurulatih. Hasilnya, selepas memenangi emas Sukan Komanwel 2002, HH terus tenggelam manakala LCW masih berbisa dan disegani pada usia 33 tahun. Selamat malam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment