Monday, 29 August 2016

Campus Orientation

Tadi sepetang daftarkan anak masuk universiti. Jalan biasa la jem. Masuk kampus hampir sejam lagi sangkut sebelum sampai tempat daftar. Dah sampai beratur pula ambil kunci. Hujan pula turun agak lebat. Kemudian kumpul dan daftar bagasi yang berat2 di satu tempat untuk diangkut naik lori. Sempat beli sandwich untuk alas perut yang dah mula berbunyi. Mak dan mak mertua yang ikut menghantar cucu aku minta tunggu dalam kereta saja. Barangan ringan bawa sendiri berjalan beberapa ratus meter ke dewan penginapan. Dah sampai kena berebut pula bersama ratusan pelajar dan waris naik lif. Orang kita memang tidak pandai beratur dan bertolak ansur. Sabar sajalah. Kemudian turun balik tunggu bagasi. Bila bagasi sampai berebut lagi untuk naik lif ke tingkat 9. Kali ni salah satu lif pula dah jem rosak tinggal 3 saja untuk direbut ratusan orang. Aku perasan ada kotak pelajar lerai terkena hujan kerana lori tidak bertutup. Terpaksa dikutip pakaian yang jatuh. Ibubapanya mungkin tak mampu beli beg besar yang berharga ratusan ringgit. Aku juga dapat hidu bau peluh pelbagai rasa. Nampak muka2 kepenatan terutama ibu bapa. Seorang pelajar pula aku nampak tercungap2. Bila ditanya katanya asma. Aduh kesian. Bila turun masih ramai lagi menunggu lif. Ikut jadual ada masa 30 minit saja lagi untuk solat dan mandi (kalau sempat) sebelum taklimat bermula. Habis taklimat ada sejam pula untuk berebut beli makanan di kantin dan solat maghrib sebelum berkumpul semula untuk taklimat malam pula. Anak bagitau dia sempat beli roti saja. Aku bagitau sabar sajalah. Itu sebahagian cabaran hidup di kampus. Cuma terfikir di zaman teknologi maklumat serba canggih begini masih perlukah pelbagai taklimat diadakan. Mungkin boleh dibangunkan mobile apps di mana pelajar boleh download untuk dapatkan info penting dan juga campus map sebelum hari daftar. Bolehlah rehat dan mengurus diri sebentar pada hari pendaftaran manakala orientasi bolehlah dimulakan esoknya. Jika niat mahu memudahkan tentu pelbagai idea datang. Apapun syabas kepada semua faci dan petugas yang aku lihat begitu bersemangat membantu. Wallahuaklam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment