Monday, 15 August 2016

Bila Direnung

Bila direnung. Aku bersyukur tidak dianugerahkan kepetahan berbicara. Kerana aku sering resah melihat gelagat dan mendengar kata dan janji diungkapkan mereka yang hebat berpidato. Bila direnung. Aku juga bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang susah. Kerana mengelakkan aku dari sifat tamak dan pentingkan diri. Juga kerana menjadikan aku lebih mudah bersyukur dengan apa yang ada. Bila direnung. Aku juga bersyukur kerana tidak bijak menyembunyikan rasa. Kerana mengelakkan aku dari senyuman kepuraan. Bila direnung...apa yang dicari? Selamat malam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment