Thursday, 8 September 2016

Kemaluan

Pagi ni selesai tulis report tesis. Pastu join anak2 buah main futsal sekejap. Kudrat dah takde tapi main sajalah bagi anak2 buah hepi. Rehat sebentar sebelum sambung kerja. Petang ni pula ada meeting board anak syarikat.

Nak sentuh sikit pasal potensi sebab ramai dok sembang bab ni. Cuma soal aku potensi apa yang nak diserlahkan. Kalau macam sifat2 Nabi jujur, amanah, fatonah dan tabligh aku setuju lah. Aku bukan ustaz tapi aku fikir ini sifat2 asas yang perlu ada utk bentuk jati diri. Perkara lain tentu akan jadi lebih mudah jika sifat2 tadi terbentuk indah. Kalau setakat nak serlah potensi hebat bercakap tonjol diri bagi kat orang politik sudah la. Juga soal metod bagaimana untuk serlahkan potensi. Bab ni aku tak pandai tapi ada yang aku setuju dan ada yang tidak.

Kawan aku dulu pernah tulis sajak. Dia budak sastera. Menarik gak tajuk dia tak silap aku pasal kemaluan. Aku tak berapa nak ingat sangat tapi lebih kurang macam nilah.

Kita tiada kemaluan...
Kita tidak malu mengambil perkara yang bukan hak
Kita tidak malu mengadu domba meraih simpati
Kita tidak malu menipu diri dan orang lain
.
.(bait2 lain aku dah lupa)
.
Kita semakin hilang kemaluan...

Teringat juga komen seorang profesor dari barat. Dia kata dia hairan kenapa isu rasuah banyak berlaku di negara2 islam sedangkan di kebanyakan negara islam rakyatnya patuh pada agama tidak sepertimana di negara2 barat. Macam cerita dalam artikel di bawah lah. Silap kita di mana...

posted from Bloggeroid

Sunday, 4 September 2016

Masa Depan

Baru2 ni baca berita pasal CIMB dah tutup 23 cawangan sejak setahun lepas. Bank2 lain pun dah kecilkan saiz juga. Kilang2 pun katanya banyak juga dah pindah ke negara2 jiran yang kos buruh nya lebih rendah macam Vietnam dan Myanmar. Kilang2 tempatan lebih suka ambik buruh asing. Katanya orang tempatan tak mau kerja kuli. Lebih suka jadi drebar UBER/GRAB. Aku perati majlis daerah/bandaran pun dah gaji mat bangla potong rumput dan kutip sampah. Sambil kutip sampah sempat juga kenyit mata kat bibik dok sidai kain. Gatal depa2 nih. Gomen pun banyak dah beku pengambilan kakitangan baru. CUEPECS pula nak tambah usia persaraan. Lagu mana gamaknya masa depan. Kalau ikut Maybank IB Research kadar pengangguran tahun 2016 purata 3.5% banding 3.2% tahun 2015. Naik sikit tapi masih ok rasanya.

Dulu aku rajin ke India. Ada sekali tu aku tanya kawan India aku pasal apa aku tengok kerja yang mudah pun depa guna ramai pekerja. Sambil senyum dia kata di India ni ramai orang tapi kerja sikit. Jadi depa upah ramai orang supaya ramai dapat merasa gaji walaupun sorang dapat sikit ja. Gitu lah ceritanya. Faham ka kaitan dengan cerita kat atas tadi? Jadi bos kat sana macam best jer. Nak order apa2 depa tekan loceng ja. Berdesup porter mai tanya dengan sopan. Walaupun nasi beriyani depa sedap tapi aku tak mau pi dah India sebab kaciwa. Tiga kali pi sekali pun tak jumpa awek yang macam Kajol ka Rani Mukerjee ka. Lekeh2 pun nak tengok yang macam Karisma Kapoor...

posted from Bloggeroid

Kejujuran

Masa di UK dulu kemaruk juga shopping online. Sejak balik dah 12 tahun lebih tak shop online. Tiba2 minggu lepas berkenan pula satu barang terpakai. Tengok gambar mmg cantik lagi. Bila tanya owner dia kata condition sgt baik rating 9/10. Kita pun percayalah. Bila barang sampai sgt mengecewakan. Condition barang aku rate paling tinggi pun 4/10 ja. Aku bagitau penjual tu aku dah doakan yang terbaik untuk dia lepas solat tadi dan nasihatkan dia untuk tidak menipu lagi dalam mencari rezeki. Berniaga online ni perlukan kejujuran. Masa di UK dulu kalau barang ada cacat macam calar ke apa ke owner akan bagitau bakal pembeli. Kita di sini nampaknya masih jauh lagi.

Bercakap pasal kejujuran teringat masa aku jadi Dekan dulu. Ramai juga pelajar dan rakan pensyarah yang minta aku jadi penilai untuk macam2 tujuan. Banyak juga aku terpaksa tolak terutama yang aku rasa tak dapat beri rekomendasi baik. Aku minta cari orang lain kerana aku tak boleh menipu. Memang aku akan tulis apa yang betul samada kekuatan juga kelemahan. Ada sekali aku terima email dari luar negara. Dia ucapkan terimakasih kerana beri ulasan yang jujur, katanya susah nak dapat ulasan begitu dari tempat kita. Biasanya semua akan tulis elok2 belaka. Terkedu juga aku baca email tu. Itulah persepsi orang luar terhadap kita. Nampak kecil tapi signifikan.

Petang tadi aku cuba uji kiki. Aku tanya abah encem tak? Dia kata abah comey encem. Pastu dia kata nanti abah beli toys kat kiki ok. Bertuah punya budak. Selamat malam...

posted from Bloggeroid

Saturday, 3 September 2016

Mak Mertuaku

Masuk hari ni dah 3 minggu mak mertua dok rumah. Biasa paling lama pun 3 hari ja. Jadi adalah peluang kami jaga dia yang dah makin uzur. Alhamdulillah setakat ni dia belum bersungut lagi nak balik kampung. Weekend ni anak mak mertua gi kursus. Aku pun free tak outstation mana2. Jadi boleh la sembang macam2 cerita termasuk pasal kerja. Dia tanya tak penat ke sebab selalu nampak aku sibuk? Nak buat camana dah tanggungjawab. Kerja pun ibadah. Ni kira jawapan beradab menantu la. Tak rasa nak tukar balik kampung ke? Gulp soalan cepumas ni. Fikir juga jawab aku pendek. Boleh makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi tumpang hari2. Lama lagi ke kena jadi bos? Tak lama dah lagi 23 bulan habislah kontrak. Lepas tu boleh jadi pensyarah biasa balik mengajar macam orang lain. Molek la tu kata dia. Jadi oghe besa ni payoh silap gak oghe pakat maroh. Aku bagitau aku cadang nak ambik cuti 9 bulan habis kontrak nanti. Nak buat apa cuti lama2? Macam2 boleh buat. Dok cadang nak tulis buku. Nok tulih pasa gapo? Tulis pasal macam2 dah siap dalam 100 mukasurat. Ado ko oghe nok baco? Harap2 adalah. Tak pun rasa nak merantau ke luar cari pengalaman dan angin baru tapi tak tau lagi ke mana. 23 tahun kerja di UUM belum pernah cuti sabatikal lagi. Seronok juga sembang dengan orang tua. Banyak juga dapat nasihat untuk bekalan kita yang juga semakin berusia...

posted from Bloggeroid

Friday, 2 September 2016

Beza

Susah juga bila sering berbeza pandangan. Di kala ramai memuji kehebatan seseorang berpidato aku tidak pula melihatnya begitu. Jika hanya kepetahan berbicara diambilkira ianya sudah bagus. Juga jika puji-pujian yang didambakan pendengar bicara itu tentu menenangkan. Namun aku merasa kosong kerana tiada provokasi ilmu yang aku harapkan. Mungkin juga aku yang tidak arif menilai dalam kebodohan dunia aku sendiri. Selamat malam

posted from Bloggeroid