Pagi tadi beri sedikit ucapan sempena Konvensyen Pengurusan Potensi Belia ke arah Pembinaan Negara Bangsa di Hotel Everly.
Kebetulan malam tadi keluar minum teh sembang2 dengan kawan lama masa belajar di UKM dulu. Ambil peluang tanya dia beberapa soalan.
Belia tu apa? tanya saya. Kawan saya kata belia tu sepatutnya fearless, adventurous, aggressive, risk taker, critical etc. Macam kita dulu lah, katanya.
Saya tanya lagi bagaimana nak salurkan karakter tersebut ke arah nilai positif. Silap bawa boleh jadi negatif, usik saya sambil bertanya kau ok ke skrg?
Kawan saya kata belia perlu banyak membaca, mengembara mengenal dunia dan budaya, dan perlu banyak bertanya. MMT katanya.
MMT akan membentuk pula nilai2 murni seperti humility, humanity, sincerity dan integrity yang semakin hilang, tambah kawan saya.
Apa cabaran sebenar bangsa Melayu? To focus on our special rights, privileges and supremacy or to develop the capability to compete and succeed?
Dia senyum saja dengan usikan saya. Dia dah jadi orang besar korporat sekarang. Itu lah juga cerita yang saya kongsi dalam ucapan pagi tadi.
No comments:
Post a Comment