Banyak kali juga terjumpa artikel cara mudah menulis proposal atau tesis. Yang beri tips tulis proposal atau tesis PhD dalam 3 bulan pun ada.
Profesor yang beri ceramah cara mencari tajuk atau topik PhD juga ada. Apa yang dicari? Di mana persediaan sebelum memulakan perjalanan PhD?
Bengkel kaedah kajian juga banyak diadakan. Ramai peminat. PhD ni pasal kaedah kajian sajakah? Metod atau inti kajian yang lebih penting?
Tips menghasilkan tesis yang mempunyai impak bukan sahaja dari sudut teori tetapi juga praktikal hampir tiada. Hairan bila majlis ilmu calon PhD jarang kelihatan.
Terfikir PhD ini apa bila semua nak cepat dan nak mudah. Menuntut ilmu perlukan keikhlasan. Memberi ilmu juga perlu keikhlasan. Barulah ilmu ada keberkatan.
Maaf jika nadanya agak keras. Tidak setuju pun tidak mengapa. Masing2 punya pandangan dan pendapat. Ini pandangan saya. Pandangan anda terpulanglah.
Dunia dah banyak berubah. Virus makin menular.
No comments:
Post a Comment