Saturday 15 October 2016

Usahawan

Corat Coret Dalam Kereta

Sambil menyusun idea yang ingin dikongsi petang nanti saya teringat cerita tahun 2012 dulu. Dapat undangan istimewa dari sahabat saya Chong Li Director EFMD Asia untuk ikut trip Alliance of Chinese European B-School Deans Forum (ACE). Semua ditanggung percuma.

Kumpulan ACE terdiri daripada 10 b-schools terbaik China dan 10 b-schools terbaik Eropah. Kami menjelajah ke Beijing, Chengu dan Xiamen selama seminggu. Paling menarik ialah trip ke Chengu Hi-Tech Development Zone (CHDZ) dan SWUFE b-school.

CHDZ ditubuhkan benerapa tahun selepas penubuhan MSC di Cyberjaya. Ia sebuah bandar industri yang sangat cantik dan tersusun. CHDZ berjaya menarik pelaburan dari pelbagai syarikat multi-nasional tersohor. Namun apa yang menarik ialah bagaimana mereka membangunkan syarikat2 tempatan.

Dalam usaha tersebut terdapat kerjasama yang sangat erat di antara universiti (SWUFE), industri (syarikat dan pengurusan CHDZ) dan pelbagai agensi kerajaan. Agensi kerajaan memberi pelbagai bantuan dana dan membuat polisi berkaitan, universiti pula memberi khidmat nasihat (mentor) manakala start-ups sebagai penerima manfaat.

Di peringkat awal SWUFE bertindak sebagai mentor (internal) dan memberi pelbagai khidmat nasihat percuma dan mengikuti perkembangan setiap syarikat. Sahabat saya Dekan SWUFE beritahu mereka dibayar gaji oleh kerajaan dan gembira memberikan nasihat dan latihan percuma.

Ia beterusan selama lebih 20 tahun. SWUFE menyimpan data pelbagai syarikat dan menulis pelbagai kajian kes berdasarkan data2 sebenar yang dikutip sepanjang tempoh tersebut. Ia juga memudahkan mereka membuat kajian 'longitudinal' berbanding 'cross-sectional'.

SWUFE mempunyai hubungan sangat rapat dengan agensi kerajaan dan pengurusan CHDZ. Ia menjadi pengantara antara pelbagai agensi kerajaan dan usahawan. Masa beredar dan sebahagian start-ups telah berkembang menjadi syarikat sederhana dan besar termasuk bbrp yang telah tersenarai dalam Fortune 500.

Syarikat2 yang berjaya ini pula menyumbang kembali sebagai mentor (external) kepada syarikat2 baru. Mereka turut menyumbang dana dalam bentuk kontrak penyelidikan, perundingan dan endowment kepada SWUFE. Pensyarah SWUFE turut mendapat manfaat hasil sumbangan mereka melalui lantikan sebagai perunding etc.

Saya cuba melihat perkara sama dalam konteks universiti tempatan kita. Secara umum kita masih jauh. Melalui pemerhatian saya dapati mentaliti pensyarah kita tidak sama dengan mereka. Kita terlalu berkira dalam berkongsi ilmu. Penyelidikan kita juga tidak berasaskan data sebenar.

Kita tahu kebanyakan pensyarah keusahawanan tiada pengalaman usahawan. Cadangan saya:

Pertama, pensyarah perlu mempunyai hubungan baik dengan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Kedua, pensyarah perlu mengenali dan mempunyai rangkaian dengan usahawan2 tempatan. Ia proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Ketiga, pensyarah boleh tawar khidmat perundingan percuma dan ikuti perkembangan mereka. Wujudkan sistem mentoring, ia kunci.

Keempat, tulis kajian kes sebenar yang boleh dikongsi pula dengan pelajar dan usahawan lain. Pensyarah turut belajar apabila menulis kajian kes.

Kelima, lantik usahawan yang telah berjaya sebagai panel penasihat dan jadi mentor bersama.

Keenam, kena banyak membaca dan update dengan pelbagai ilmu terkini. Bacaan artikel akademik sahaja tidak membantu.

Ketujuh, berikan ilmu yang terbaik tapi jangan minta upah. Ganjaran akan datang sendiri apabila usahawan2 dan pelajar2 ini telah berjaya.

Paling tidak kita akan dapat pahala. Bukankah pahala yang kita cari?

Betulkan niat insyaAllah berjaya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment