Friday 7 October 2016

Pemimpin

Aku hadir kursus Leadership in Action anjuran AKEPT. Program dibahagi dua. Bahagian pertama (Modul 1 dan 2) selama 2 hari 5-6 Oktober dan bahagian kedua (Modul 3 dan 4) pada 24-25 November.

Aku difahamkan AKEPT membayar yuran kepada trainer RM1000/peserta/hari tidak termasuk kos2 lain. Jumlah yang sepatutnya hadir 22 orang dari kalangan Tinbalan Naib Canselor.

Sesi pagi hari pertama hanya 12 peserta hadir. Sebelum tengahari 5 lagi peserta muncul. Namun selepas lunch beberapa peserta pula hilang atas pelbagai alasan.

Aku enjoy sesi yang dikendalikan oleh lead trainer dari Australian Institute of Management. Ianya sangat relevan dengan tugasan harian aku memimpin pelbagai jabatan di bawah portfolio aku yang semakin mencabar.

Banyak ilmu yang dipelajari. Habis hari kedua aku rasa tidak sabar menunggu bahagian kedua November nanti.

Namun pada masa yang sama aku juga kecewa. Aku perhatikan ramai peserta tidak mengambil serius soal masa. Ramai yang hadir lewat samada sesi awal pagi atau selepas lunch. Aku fikir peserta tidak harus meninggalkan langsung mana2 sesi walau atas apa alasan sekalipun.

Ia adalah komitmen kepada AKEPT dan juga kepada diri sendiri. Apatah lagi peserta yang telah mengesahkan kehadiran namun langsung tidak hadir.

Program ini adalah program kepimpinan yang dihadiri oleh pemimipin. Bagaimana pandangan trainer kepada kita pemimpin2 atau bakal pemimpin universiti. Kita selalu melaungkan pelbagai kata2 hikmah namun kita sendiri gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

posted from Bloggeroid

1 comment: