Friday, 21 October 2016

Sabar II

Jadual hari ni. Sambungan dari cerita naik turun Pejabat Imigresen petang semalam.

06.30am Solat subuh

07.00am Bergerak ke Putrajaya (tidak sempat bersarapan pagi)

07.45am Beratur bersama pekerja2 asing untuk dapatkan nombor giliran (terdengar jeritan beberapa kali mengarahkan supaya berbaris dengan lurus)

09.00am Nombor giliran dipanggil. Saya berikan salam (tiada salam balas) dan serahkan semua dokumen di kaunter 4 dan diminta tunggu

10.00am Sekali lagi dipanggil ke kaunter 4. Diminta mengisi borang kenyataan pula

10.10am Serah borang yang siap diisi ke kaunter 1

10.30am Dipanggil ke kaunter 1. Saya berikan salam (juga tiada salam balas). Tanpa senyum saya diminta membuat bayaran. Saya tanya adakah rayuan saya telah diambil kira (rupanya mereka tidak baca dan rujuk pun dokumen2 yang disertakan termasuk surat dari KDN). Air mula mendidih

10.40am Diambil cap jari pembantu rumah. Juga cap jari saya

11.00am Sekali lagi dipanggil ke Kaunter 1. Diberitahu perlu tunggu surat yang akan dihantar kepada saya dalam tempoh sebulan sebelum datang kembali

Saya ucapkan terimakasih dan berikan sedikit nasihat dan diakhiri dengan ucapan salam dan semoga kita jumpa lagi, mungkin bersama Ketua Pengarah kamu pula.

Tidak pasti berapa markah ujian kesabaran hari ini. Selepas jumaat perlu tunaikan temujanji mengenai kerja pula. Salam jumaat semua.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment