Friday, 24 June 2016

Kopi Pahit

Beberapa hari lepas sembang dengan kawan lama. Seronok sembang macam2 isu. Politik, ekonomi, pendidikan juga perihal agama. Kira mengalahkan Tok2 Menteri. Kalau 30 tahun dulu kami sembang pasal konsert heavy metal ja. Kawan saya ni kata dia makin konfius. Kalau lihat pada group liberal memang kelihatan meyimpang. Nak ikut kumpulan yang dikatakan moderat pun penuh dengan onak. Rasuah segala bagai dah jadi mainan. Kumpulan agama pun sama. Berpuak2 dan saling mengata. Kita yang jahil ni tak tahu yang mana satu betul, katanya. Kau fikir macamana. Tiba2 soalan cepumas dihalakan. Adus, jawapan selamat aku pun konfius juga. Kopi hitam pekat terasa makin pahit bila dihirup. Mungkin kita kena balik baca Al Quran ja. Bukan setakat pandai baca macam burung kaka tua ja tapi cuba faham tafsirnya sekali. Mungkin roh itu yang kita kurang. Wallahuaklam dan selamat menempuh malam jemahat

posted from Bloggeroid

Wednesday, 22 June 2016

Budaya

Sesuatu perkara samada betul atau salah jika dilakukan secara berterusan akan menjadi tabiat dan jika diikuti pula oleh ramai orang akan akhirnya bertukar menjadi satu budaya. Maka tidak hairanlah seseorang samada si jahil atau si alim boleh melakukan sesuatu kesalahan seperti menipu rasuah tanpa merasa bersalah sedikit pun kerana mata hati mereka telah pun tertutup dek kebiasaan melakukannya berulang kali dan tidak pula disanggah oleh jiwa2 yang lemah

posted from Bloggeroid

Saturday, 18 June 2016

Thorns and Roses

Life sometimes can be tough but the hardships that we went through can also produce great feelings and put smile on our face. God won't give us more than we can handle. So always be grateful. How do we perceive things can change our approach, either we see roses with sharp thorns or thorns with beautiful roses. Good night

posted from Bloggeroid

Thursday, 16 June 2016

Tiang Gol

Masa belajar di UKM dulu saya bukanlah pelajar yang rajin sangat. Banyak tido dan main pada awal semester. Kelas pun selalu ponteng juga. Sebulan sebelum exam baru mula serius belajar. Tapi pada setiap pertengahan semester saya akan mula conteng dinding sebelah tempat tidor. Letak sasaran bagi setiap subjek, paling sengkek pun saya akan letak B+. Hari2 sebelum tido terpaksa tengok KPI. KPI tersebut seolah memaksa sifat malas supaya tidak lupa berusaha. Juga membina keyakinan bahawa kita boleh mencapai sasaran tersebut. Semuanya bergantung pada diri sendiri, bukan kehebatan pensyarah dan juga bukan pengaruh rakan sebaya. Bila bekerja pun begitu juga. Peralihan tiang gol bukanlah masalah jika kita sentiasa berusaha memberi lebih dari apa yang diminta. Perubahan akan sentiasa berlaku. Orang putih kata 'the only constant is change'. Tidak perlu menyalahkan sesiapa. Sifat begitu akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Yang penting perlu terus berusaha, kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakkal. Rezeki pasti ada jika kita ikhlas berusaha. Wallahuaklam.

Selamat malam khamis. Malam ni cuba tulis sedikit sebab beberapa rakan tegur kenapa agak lama sunyi.

posted from Bloggeroid

Thursday, 9 June 2016

Leadership, Authority and Responsibility

Prophet Mohammad saw said: Behold! Each one of you is a guardian, and each one of you will be asked about his subjects. A leader is a guardian over the people, and he will be asked about his subjects; a man is a guardian over the members of his household, and he will be asked about his subjects; a woman is a guardian over the members of the household of the husband and of his children...Behold! Each one of you is a guardian, and each one of you will be asked about his subjects (Bukhari)...

posted from Bloggeroid