Beberapa hari lepas sembang dengan kawan lama. Seronok sembang macam2 isu. Politik, ekonomi, pendidikan juga perihal agama. Kira mengalahkan Tok2 Menteri. Kalau 30 tahun dulu kami sembang pasal konsert heavy metal ja. Kawan saya ni kata dia makin konfius. Kalau lihat pada group liberal memang kelihatan meyimpang. Nak ikut kumpulan yang dikatakan moderat pun penuh dengan onak. Rasuah segala bagai dah jadi mainan. Kumpulan agama pun sama. Berpuak2 dan saling mengata. Kita yang jahil ni tak tahu yang mana satu betul, katanya. Kau fikir macamana. Tiba2 soalan cepumas dihalakan. Adus, jawapan selamat aku pun konfius juga. Kopi hitam pekat terasa makin pahit bila dihirup. Mungkin kita kena balik baca Al Quran ja. Bukan setakat pandai baca macam burung kaka tua ja tapi cuba faham tafsirnya sekali. Mungkin roh itu yang kita kurang. Wallahuaklam dan selamat menempuh malam jemahat
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment