Thursday, 16 June 2016

Tiang Gol

Masa belajar di UKM dulu saya bukanlah pelajar yang rajin sangat. Banyak tido dan main pada awal semester. Kelas pun selalu ponteng juga. Sebulan sebelum exam baru mula serius belajar. Tapi pada setiap pertengahan semester saya akan mula conteng dinding sebelah tempat tidor. Letak sasaran bagi setiap subjek, paling sengkek pun saya akan letak B+. Hari2 sebelum tido terpaksa tengok KPI. KPI tersebut seolah memaksa sifat malas supaya tidak lupa berusaha. Juga membina keyakinan bahawa kita boleh mencapai sasaran tersebut. Semuanya bergantung pada diri sendiri, bukan kehebatan pensyarah dan juga bukan pengaruh rakan sebaya. Bila bekerja pun begitu juga. Peralihan tiang gol bukanlah masalah jika kita sentiasa berusaha memberi lebih dari apa yang diminta. Perubahan akan sentiasa berlaku. Orang putih kata 'the only constant is change'. Tidak perlu menyalahkan sesiapa. Sifat begitu akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Yang penting perlu terus berusaha, kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakkal. Rezeki pasti ada jika kita ikhlas berusaha. Wallahuaklam.

Selamat malam khamis. Malam ni cuba tulis sedikit sebab beberapa rakan tegur kenapa agak lama sunyi.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment