Coret Malam
Ahad lepas dari Makassar ke Jakarta saya terbaca satu artikel menarik mengenai sikap dan nasib. Kejayaan bukan ditentukan oleh nasib. Kata penulis pemikiran akan menentukan sikap seseorang manakala sikap pula akan menentukan perbuatannya.
Teringat dulu2. Saya memang tak pandai BI. Masa di SDAR kelas BI saya masuk Set D dari F1 sampai F5. Tiada keinginan pun nak belajar BI. Dalam kelas asyik sembang atau buat bodo sampai Miss Lee cikgu BI pun naik menyampah tengok muka saya.
Masa UKM dah ada kesedaran sikit tapi belum serius. Ada seorang kawan saya ni mmg pandai BI tapi dia suka baca paper Utusan Malaysia. Jadi bila kita cuba2 baca paper BI kawan2 pula kutuk. Orang pandai BI pun baca paper melayu, kita yang tak pandai ni tak payah la nak berlagak. Itu pemikiran kita. Suka cari alasan. Maka kita kekal bodoh.
Lepas grad nasib saya baik dapat kerja di ENY tapi saya lari pula masuk UUM. Satu keputusan kurang bijak tapi keinginan belajar di US yang ditawarkan UUM melebihi segalanya. Saya ambil TOEFL dua kali baru lepas score 600. GMAT pun pulun bagi lepas minimum score 500. Punyalah payah.
Masa tu baru terasa menyesal dulu tak mau belajar BI betul2. Apapun keinginan meluap2 untuk ke luar negara telah membentuk pemikiran positif. Mengubah sikap negatif terhadap BI dan tindakan untuk belajar wpun agak terlambat.
Balik dari US saya lebih banyak bercakap BI dari BM. Bukan berlagak tapi tidak mahu slanga koboi saya hilang begitu saja ha3. Cakap rap stail mat black pun boleh sikit2 hasil kerja kedai runcit di black neighborhood . Saya juga mula menulis artikel dalam BI dan beberapa artikel diterbitkan dalam Accountants Today. Rasa seronok pulak. Teringat ada kawan se UKM talipon tanya sejak bila pulak kau pandai BI ha3. Itu cerita BI.
Masa mula mengajar dulu ada seorang pelajar telah 3 kali gagal subjek asas perakaunan. Dia pelajar BBA. Pemikirannya perakaunan itu sangat susah. Saya panggil dia dan beri semangat bahawa perakaunan itu mudah sebenarnya. Bagi personal tutor bbrp kali. Sikapnya mula positif dan mula berusaha lebih kuat. Akhirnya dia dapat B+. Saya masih ingat muka dia wpun dah lupa nama.
Masa nak sambung PhD kami diwajibkan hadir kursus dan bengkel. Kebanyakan penceramah menggambarkan seolah2 PhD itu sangat susah. Kamu kena belajar 18 jam sehari kalau nak lulus, ingat lagi kata2 seorang penceramah tu. Selepas 2 kali hadir saya terus ponteng. Saya tidak mahu aura negatif. Saya cari dan baca sendiri apa yang perlu. Saya fikir kalau usaha tentu boleh.
Akhir sekali teringat pasal cerita seorang budak sekolah rendah. Dia hairan kenapa ustaz selalu cerita pasal alam kubur dan pesan jangan buat jahat nanti masuk neraka. Kenapa ustaz tak cerita suruh kita buat baik supaya masuk syurga, tanya dia. Cerdik budak ni. Matlamat sama tapi cara berbeza yang membentuk pemikiran yang berbeza dan tentunya disusuli sikap dan perbuatan yang berbeza.
Selamat malam khamis

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment