Saturday, 4 June 2016

Sains dan Teknologi

Coret Petang Jumaat

Semasa di SM La Salle PJ dulu saya ada seorang kawan yang agak unik. Beliau tidaklah pandai sangat dan berada dalam kelas Sains II manakala saya Sains I. Dalam kelas saya hanya ada 3 pelajar Melayu, seorang India dan selebihnya Cina jadi kawan saya ramai dari kelas Sains II dan Sastera.

Kawan saya ni suka bertanya, baca dan fikir perkara pelik2 tidak sepertimana kebanyakan pelajar lain. Dia ni minat subjek fizik dan benda2 teknikal. Biasanya dia akan kata aku heranlah camana lampu boleh menyala, camana depa buat enjin kereta, camana orang naik ke bulan, camana itu dan camana ini. Jenuh melayan. Ramai kawan2 kata mamat ni kepala tak berapa nak betul.

Lepas SPM dia dapat masuk matrikulasi dan kemudian sambung belajar di universiti bidang kejuruteraan. Saya pula tukar dari Sains kepada Perakaunan. Geli bedah katak punya pasal. Kini dia jurutera berjaya di syarikat besar. Mungkin sebab sifat curiosity dia yang tinggi wpun result SPM dia tidak sehebat mana.

Kali terakhir saya jumpa dia lama dulu dia masih mengumpul objek2 mainan kereta, kapalterbang, kapal selam segala bagai. Cerita dan minatnya masih sama. Mula2 kerja dulu dia beli kereta 2nd hand dan modified enjin segala bagai. Kerja rutin dia lepas waktu kerja dan weekend.

Saya nak kaitkan cerita ni dgn isu kemerosotan bil pelajar aliran sains dan teknikal di sekolah menengah. Sasaran nisbah 60:40 pelajar sains:sastera masih lagi jauh. Di Korea Selatan nisbahnya dah capai 70:30. Dulu status kita dgn Korea sama ja.

Untuk menjadi negara maju bidang sains dan teknikal merupakan tonggak utama. Singapore, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Jepun contohnya dikenali sebagai high-end high value added exporters. Cina pun dah berubah dari low-end kepada high-end products.

Malaysia amnya masih lagi tersekat sebagai assemblers atau commodities exporters. Profesor Harvard, Richard Vietor kata "one of the countries stuck in the middle due to lack of innovation". Jadi isunya bagaimana nak menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti aliran sains. Universiti2 MTUN katanya menghadapi masalah kekurangan pelajar.

Teringat zaman dulu pelajar yang agak pandai sedikit 'dipaksa' mengambil aliran sains. Begitu juga program2 yang susah sedikit seperti perakaunan juga dipaksa. Wpun terpaksa kebanyakan mereka akhirnya berjaya.

Kini dgn KPI pengetua sekolah dikira berdasarkan kejayaan 100% lulus maka dikatakan ada sekolah yang tidak menggalakkan pelajar yang lemah dari mengambil aliran sains juga matematik tambahan kerana takut tidak mencapai KPI.

Pelajar cemerlang juga dikatakan cemerlang kerana diberi latih tubi tanpa memahami secara mendalam sesuatu subjek. Pelajar semakin kurang bertanya dan bersifat pasif. Mungkin beberapa perkara perlu dinilai balik.

Wallahuaklam.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment