Tuesday, 31 May 2016

Bersederhana

Coret Pagi

Berdasarkan pengalaman, orang yang hebat pidatonya jarang melakukan apa yang dihujahkan. Orang yang mudah berjanji juga jarang menepati janjinya. Begitu juga orang yang dilihat terlalu memuji mudah pula berpaling muka di belakang. Jadi bersederhana dan berhati2lah

posted from Bloggeroid

Wednesday, 25 May 2016

Sikap

Tahun 2005-2007 dulu saya banyak terlibat sbg trainer/consultant business intelligence dgn BI software provider terkenal. Lebih 10 companies yg saya sempat trained, GLCs dan MNCs. Saya perhatikan perbezaan sikap peserta agak ketara. Kalau dgn MNC saya akan diasak dgn pelbagai soalan dan biasa dikerah hingga luar waktu training dan adakala di luar skop kerja. Tea/coffee break pun sekejap saja. Kalau break 30 minit 15 minit peserta dah masuk. Masa break pun masih dok tanya macam2 soalan. Memang berbaloi fees yg dia orang bayar. Kalau dgn GLC, break biasa melebihi masa diberi. Kalau break 30 minit jadi sejam Jenuh ketuk gelas/loceng panggil masuk. Malah ada yg datang pagi tapi petang hilang dan sebaliknya. Kalau dgn agensi kerajaan lebih lagi. Suka borak bukan tumpu perhatian. Bila kita tanya soalan baru terkial2. Perbezaan komitmen antara kaum juga agak ketara. Peserta cina memang bersungguh2. Kisah kehadiran yg spt biskut sekejap ada sekejap hilang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab. Apa kisah kerja gomen tiap tahun gaji masih naik. Keinginan menimba ilmu seolah tiada. Mungkin tidak semua tapi itu berdasarkan pengalaman sebenar. Bila orang kita nak berubah?

posted from Bloggeroid

Bos

Aku pernah dijemput sebagai ahli panel forum mengenai kepimpinan. Pandangan aku hanya bersandarkan sedikit pengalaman dan pembacaan sebab tidak pernah hadir kursus atau latihan kepimpinan secara formal. Sejak mula2 jadi pensyarah tahun 1995 dulu adalah perkara biasa bagi aku menegur dan memberi cadangan balas kepada bos jika ada yang aku rasa kurang sesuai. Biasa aku pergi jumpa bos lepas meeting dengan hujah2 aku. Ya lah dalam meeting tak boleh nak lebih2 dgn bos. Memang aku keras kepala. Namun hubungan aku dgn kesemua bos tidak pernah ada masalah. Kalau ada perbezaan pandangan ia hanya berkait soal kerja bukan peribadi. Bila aku sendiri mula dilantik memegang jawatan pentadbiran bermula sebagai penyelaras tahun 1999, aku masih melakukan perkara sama dengan bos2 yang lebih besar. Kalau bos tak setuju aku balik buat homework lagi cuba yakinkan dia. Begitu juga sebagai bos aku mengharapkan anak2 buah aku melakukan perkara yang sama. Bukan main angguk ja atau sekadar komen dari jauh tetapi turut memberi cadangan balas yang lebih baik. Bos tentu tidak arif dalam semua perkara. Aku fikir hubungan pekerja dengan bos perlu ada kejujuran dan interaksi timbal balik secara profesional untuk kebaikan organisasi bukan loyal membabi buta. Bagi aku tak salah untuk sekali sekala rasa geram dan marah kat bos. Lepaskan kegeraman kat bos secara positif dgn berusaha lebih kuat. Aku mungkin salah tapi itu cara aku. Sebenarnya aku dah malas nak menulis sebab dah beberapa kali di salah petik dan tafsir. Baca fikir baru hadam. K bye

posted from Bloggeroid

Friday, 20 May 2016

Amanah

Aku diberi amanah selama 3 tahun. Amanah yang tak pernah dipinta apatah lagi dimimpi. Akhir bulan ni cukup 10 bulan aku pegang amanah tersebut. Terasa begitu cepat masa berlalu sedangkan masih terlalu banyak yang perlu difikir, dirancang dan dilakukan. Tidak mungkin dapat dilakukan sendirian tanpa bantuan, sokongan dan kepercayaan rakan sahabat. Hidup ini satu perjalanan yang penuh dugaan. Kesilapan juga satu pelajaran dan kejayaan bukan untuk dimegahkan. Moga dipermudahkan urusan untuk memberi sedikit sumbangan dalam masa yang berbaki. Aku sentiasa percaya jika dilakukan dengan ikhlas tentu diberkatiNya

posted from Bloggeroid

Monday, 16 May 2016

Sedar

Teringat perbualan dgn seorang otai lama dulu. Saya ni suka bertanya. Soalan saya mengenai tingkah manusia. Beliau kata manusia sering berada di luar sedar dan selalu dalam angan. Katanya orang gila tidak sedar dirinya gila. Begitu jugalah orang sombong tidak merasa dirinya angkuh. Orang bakhil tidak merasa dirinya kedekut. Orang malas masih merasa dirinya rajin. Pemfitnah mungkin merasa dirinya hanya penyampai berita. Orang jahat pun punyai pelbagai alasan untuk masih mengatakan dirinya orang baik. Jika diperhati mereka ini sering pula memberi nasihat yang baik2 jua. Jadi bagaimana, tanya saya lagi. Tegur seadanya, selepas itu terima seadanya, jawabnya. Manusia punya mata untuk memerhati dan membanding, telinga untuk mendengar dan menghayati, mulut untuk diam sebelum berkata2 dan tentunya akal untuk berfikir, tambahnya lagi. Wallahuaklam