Thursday, 20 October 2016

Bawah

Bila selalu sangat dirai kalau sekali sekala letakkan diri di bawah pun bagus juga. Boleh merasa sedikit kepayahan serta menguji tahap kesabaran.

Hari ini turun naik di pejabat imigresen untuk urusan visa pembantu rumah Indonesia. Masih belum selesai sepenuhnya. Perlu lagi ke sana awal pagi esok.

Terpaksa ditunda sedikit temujanji lain. Alhamdulillah ujian kesabaran lulus petang ni. Esok belum tahu lagi tapi mohon dimudahkan urusan.

Sedikit pelajaran hari ini. Setiap orang sebenarnya mempunyai kuasa tanpa mengira pangkat samada besar atau kecil mengikut bidang tugas masing2.

Samada mahu memudahkan atau sebaliknya adalah pilihan seseorang individu. Moga kita diberikan sifat pemurah selagi tidak melanggar peraturan.

posted from Bloggeroid

Saturday, 15 October 2016

Usahawan

Corat Coret Dalam Kereta

Sambil menyusun idea yang ingin dikongsi petang nanti saya teringat cerita tahun 2012 dulu. Dapat undangan istimewa dari sahabat saya Chong Li Director EFMD Asia untuk ikut trip Alliance of Chinese European B-School Deans Forum (ACE). Semua ditanggung percuma.

Kumpulan ACE terdiri daripada 10 b-schools terbaik China dan 10 b-schools terbaik Eropah. Kami menjelajah ke Beijing, Chengu dan Xiamen selama seminggu. Paling menarik ialah trip ke Chengu Hi-Tech Development Zone (CHDZ) dan SWUFE b-school.

CHDZ ditubuhkan benerapa tahun selepas penubuhan MSC di Cyberjaya. Ia sebuah bandar industri yang sangat cantik dan tersusun. CHDZ berjaya menarik pelaburan dari pelbagai syarikat multi-nasional tersohor. Namun apa yang menarik ialah bagaimana mereka membangunkan syarikat2 tempatan.

Dalam usaha tersebut terdapat kerjasama yang sangat erat di antara universiti (SWUFE), industri (syarikat dan pengurusan CHDZ) dan pelbagai agensi kerajaan. Agensi kerajaan memberi pelbagai bantuan dana dan membuat polisi berkaitan, universiti pula memberi khidmat nasihat (mentor) manakala start-ups sebagai penerima manfaat.

Di peringkat awal SWUFE bertindak sebagai mentor (internal) dan memberi pelbagai khidmat nasihat percuma dan mengikuti perkembangan setiap syarikat. Sahabat saya Dekan SWUFE beritahu mereka dibayar gaji oleh kerajaan dan gembira memberikan nasihat dan latihan percuma.

Ia beterusan selama lebih 20 tahun. SWUFE menyimpan data pelbagai syarikat dan menulis pelbagai kajian kes berdasarkan data2 sebenar yang dikutip sepanjang tempoh tersebut. Ia juga memudahkan mereka membuat kajian 'longitudinal' berbanding 'cross-sectional'.

SWUFE mempunyai hubungan sangat rapat dengan agensi kerajaan dan pengurusan CHDZ. Ia menjadi pengantara antara pelbagai agensi kerajaan dan usahawan. Masa beredar dan sebahagian start-ups telah berkembang menjadi syarikat sederhana dan besar termasuk bbrp yang telah tersenarai dalam Fortune 500.

Syarikat2 yang berjaya ini pula menyumbang kembali sebagai mentor (external) kepada syarikat2 baru. Mereka turut menyumbang dana dalam bentuk kontrak penyelidikan, perundingan dan endowment kepada SWUFE. Pensyarah SWUFE turut mendapat manfaat hasil sumbangan mereka melalui lantikan sebagai perunding etc.

Saya cuba melihat perkara sama dalam konteks universiti tempatan kita. Secara umum kita masih jauh. Melalui pemerhatian saya dapati mentaliti pensyarah kita tidak sama dengan mereka. Kita terlalu berkira dalam berkongsi ilmu. Penyelidikan kita juga tidak berasaskan data sebenar.

Kita tahu kebanyakan pensyarah keusahawanan tiada pengalaman usahawan. Cadangan saya:

Pertama, pensyarah perlu mempunyai hubungan baik dengan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Kedua, pensyarah perlu mengenali dan mempunyai rangkaian dengan usahawan2 tempatan. Ia proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Ketiga, pensyarah boleh tawar khidmat perundingan percuma dan ikuti perkembangan mereka. Wujudkan sistem mentoring, ia kunci.

Keempat, tulis kajian kes sebenar yang boleh dikongsi pula dengan pelajar dan usahawan lain. Pensyarah turut belajar apabila menulis kajian kes.

Kelima, lantik usahawan yang telah berjaya sebagai panel penasihat dan jadi mentor bersama.

Keenam, kena banyak membaca dan update dengan pelbagai ilmu terkini. Bacaan artikel akademik sahaja tidak membantu.

Ketujuh, berikan ilmu yang terbaik tapi jangan minta upah. Ganjaran akan datang sendiri apabila usahawan2 dan pelajar2 ini telah berjaya.

Paling tidak kita akan dapat pahala. Bukankah pahala yang kita cari?

Betulkan niat insyaAllah berjaya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 12 October 2016

Niat

Pagi ni saya diminta chair sesi re-viva pelajar DBA. Dah lebih 4 tahun tak jadi pengerusi. Pemerhatian dari sesi pagi tadi dan pengalaman sebelum ni, saya fikir niat pemeriksa memainkan peranan penting. Jika niat mencari kesalahan maka keputusan akan negatif. Jika niat membantu pelajar memperbaiki kelemahan, keputusan akan lebih positif, selagi ianya tidak melanggar prinsip2 asas sebuah penyelidikan. Tugas pengerusi tidaklah mudah dalam membantu mencari titik persamaan. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Memori Muka Buku

Coret2 sebelum tido

Fb ni pandai. Dia paparkan kembali memori yang pernah kita kongsi dalam muka buku kita. Saya fikir paparan memori ni bagus juga untuk menilai siapa diri kita.

Mungkin ada gambar atau tulisan yang tidak sepatutnya kita kongsi pada umum. Samada ia sekadar gambaran emosi atau juga kebodohan atau kesombongan kita.

Selamat malam

posted from Bloggeroid

Sunday, 9 October 2016

Leadership

Bengkel 2 hari Leadership in Action di AKEPT minggu lepas agak meninggalkan kesan. Tema bengkel pasal 'authentic leadership' secara umum dan dalam konteks pendidikan tinggi negara kita.

Saya sempat bertanya 2 soalan. Soalan pertama kpd penceramah jemputan. "Do we really have what it takes..."? Respon beliau saya fikir agak berlapik. Jadi saya anggap dia jawab NO lah tu.

Soalan kedua kepada lead trainer dari Australia semasa coffee break. "How to have a long lasting impact of what we have learned? Based on my observation it normally doesn't last long, if it does have an impact".

She said what's important is self reflection, instead of reflecting others. When it come to weaknesses, we often see those in others but not ours. Second, it is about practicing, not preaching. Sedap juga kopi hari tu.

Tak sabar tunggu Modul 3 dan 4 November nanti.

posted from Bloggeroid