Friday, 7 October 2016

Pemimpin

Aku hadir kursus Leadership in Action anjuran AKEPT. Program dibahagi dua. Bahagian pertama (Modul 1 dan 2) selama 2 hari 5-6 Oktober dan bahagian kedua (Modul 3 dan 4) pada 24-25 November.

Aku difahamkan AKEPT membayar yuran kepada trainer RM1000/peserta/hari tidak termasuk kos2 lain. Jumlah yang sepatutnya hadir 22 orang dari kalangan Tinbalan Naib Canselor.

Sesi pagi hari pertama hanya 12 peserta hadir. Sebelum tengahari 5 lagi peserta muncul. Namun selepas lunch beberapa peserta pula hilang atas pelbagai alasan.

Aku enjoy sesi yang dikendalikan oleh lead trainer dari Australian Institute of Management. Ianya sangat relevan dengan tugasan harian aku memimpin pelbagai jabatan di bawah portfolio aku yang semakin mencabar.

Banyak ilmu yang dipelajari. Habis hari kedua aku rasa tidak sabar menunggu bahagian kedua November nanti.

Namun pada masa yang sama aku juga kecewa. Aku perhatikan ramai peserta tidak mengambil serius soal masa. Ramai yang hadir lewat samada sesi awal pagi atau selepas lunch. Aku fikir peserta tidak harus meninggalkan langsung mana2 sesi walau atas apa alasan sekalipun.

Ia adalah komitmen kepada AKEPT dan juga kepada diri sendiri. Apatah lagi peserta yang telah mengesahkan kehadiran namun langsung tidak hadir.

Program ini adalah program kepimpinan yang dihadiri oleh pemimipin. Bagaimana pandangan trainer kepada kita pemimpin2 atau bakal pemimpin universiti. Kita selalu melaungkan pelbagai kata2 hikmah namun kita sendiri gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

posted from Bloggeroid

Hati

Mutiara kata almarhum TGHD yang menyentuh jiwa.

"Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa, kerana doa tercatat di langit selamanya"

posted from Bloggeroid

Tak Perlu Kata Apa2

Tak perlu kata apa2

Banyak bercakap nanti lidah mu tersasul
Banyak mendengar pula fikir mu nanti celaru

Perhati pejam mata ikut saja gerak hati mu

Tak perlu kata apa2

posted from Bloggeroid

Pak Kaduk

Banyak berbincang rasa lapar. Perut kenyang rehat sebentar. Bila bercakap selalu berdegar2. Namun menang sorak kampung tergadai. Alahai Pak Kaduk kisah mu masih dirindui...

posted from Bloggeroid

Saturday, 1 October 2016

Aib

Juara aib

Tersebar luas di media sosial kisah ijazah palsu seorang pakar motivasi tersohor. Pelbagai kutukan dan cemuhan keras dilemparkan termasuk dari pesaing2 beliau.

Yang tidak mengenali beliau samada secara dekat atau jauh pun turut menumpang sama menjuarai aib. Perkara salah mmg tetap salah. Soalnya perlukah disebarkan aib.

Saya tidak mengenali beliau tapi sering dengar cerita. Banyak cerita baik2. Kebetulan beberapa kawan saya yang berjaya dalam perniagaan adalah anak didik beliau.

Saya lihat banyak kebaikan beliau. Sebarlah yang baik bukan aib. Agama kita pun ajar begitu. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid