Aku hanya sempat bersama ayah selama 13 tahun. Ayah seorang askar dan sering keluar masuk hutan memerangi komunis pada tahun 1970an. Setiap kali ayah pulang kami paling gembira kerana ayah akan bawa bersama 'ration' yang berbaki. Sebelum pencen ayah menghantar kami pulang ke kampung di Kelantan untuk bersekolah. Bila pencen ayah mula menanam padi bagi menyara kehidupan. Ayah seorang yang agak pendiam. Ayah jarang marah. Teringat semasa darjah 1 aku menunjukkan buku rekod sekolah dan beritahu ayah aku dapat no 1 dalam kelas. Beliau hanya senyum. Walaupun jarang bertanya perihal sekolah, ayah akan memenuhi permintaan kami untuk membeli buku sekolah. Dapatlah ke bandar KB menaiki kereta buruk ayah untuk beli buku. Kami akan bangun pagi bersiap dengan rambut tersisir rapi. Sambil menunggu ayah kami akan berjalan2 ke rumah saudara mara berdekatan rumah dan beritahu akan ke bandar KB dengan mula berseri2. Masa aku dapat tawaran ke asrama penuh ayahlah orang paling gembira. Kami menaiki bas ke KL. Kemudian ayah meminjam kereta kawannya sebelum menghantar aku ke Seremban. Itu kali terakhir aku bersama ayah semasa hidup. Beberapa bulan selepas itu aku pulang ke kampung untuk bertemu jasad beliau sahaja. Ayah aku, Ismail Ibrahim is the most wonderful dad. Bila melihat wajah anak2 aku sering teringat wajah ayah. Moga arwah ayah ditempatkan di syurga firdaus. Al-fatehah
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment