Saturday, 9 April 2016

Suka Komen

Kadang2 tersengih geli hati aku baca email segelintir pelajar matang yang komennya boleh tahan gak kurang matangnya. Ulang suara segelintir. Teringat masa buat Masters di University of Memphis dulu kawan sekelas aku dari Taiwan ni memang kaki komen. Macam2 dia tak puashati. Dia kata 'university should treat student as a customer/client and customer is always right. We pay you the fee and part of your salary' bla bla bla hu3. Mula2 wakil pengurusan universiti tu jawab elok ja 'everyone must respect the rules and regulations set by the university'. Bila banyak sangat komen selamba ja dia tanya balik 'why did you choose to come here in the first place. As a customer you always have a choice right?'. Maknanya tak puashati sangat pi belah la agaknya he3. Terus diam minah tu. Tambah sikit, minah tu cun gak la tapi perangai cam hampas. Masa buat PhD di Loughborough University pun ada jugak kes macam tu. Macam2 jenis students PhD ada dari golongan akademik dan profesional. Seorang mamat ni kerja senior manager bank besar gak la di UK tu. Macam2 dia tak puashati dan komplen. Ya la orang korporat kan hu3. Pastu mintak excuse pulak tak nak masuk kelas tertentu sebab dia dah rasa pandai atau kelas tu pensyarah tak pandai mengajar. Kenapa exam close book dan bukan open book pun dia nak komplen. Macam2 la. Aku nengok pun rasa nak bagi penyepak ja. Boleh tahan juga dia kena hamun lepas tu. Nak jadi pelajar ni kena la buang sekejap title2 yang ada tu, CEO ka Datuk ka Dekan ka apa ka. Takleh la nak sombong2 dan demand sangat. Kalau tak sanggup tak payah la jadi pelajar. Lebih kurang macam tu la si koordinator tu membebel. Universiti luar negara ni sebenarnya bukan la perfect sangat pun. Bilik PhD pun kongsi ramai2. PC pun ada berapa biji ja kira first come first serve la. Sebenarnya banyak kemudahan di universiti awam kita yang lebih baik terutama library. Pensyarah2 pun rasanya kebanyakan baik2 belaka. Pensyarah pompuan pun cun2 nak ngorat pun boleh sebab ada yang single tak kawin lagi he3. Belajar2 lah menghormati. Jom masuk tidor awal he3

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment