Saturday, 23 April 2016

Ayah

Aku hanya sempat bersama ayah selama 13 tahun. Ayah seorang askar dan sering keluar masuk hutan memerangi komunis pada tahun 1970an. Setiap kali ayah pulang kami paling gembira kerana ayah akan bawa bersama 'ration' yang berbaki. Sebelum pencen ayah menghantar kami pulang ke kampung di Kelantan untuk bersekolah. Bila pencen ayah mula menanam padi bagi menyara kehidupan. Ayah seorang yang agak pendiam. Ayah jarang marah. Teringat semasa darjah 1 aku menunjukkan buku rekod sekolah dan beritahu ayah aku dapat no 1 dalam kelas. Beliau hanya senyum. Walaupun jarang bertanya perihal sekolah, ayah akan memenuhi permintaan kami untuk membeli buku sekolah. Dapatlah ke bandar KB menaiki kereta buruk ayah untuk beli buku. Kami akan bangun pagi bersiap dengan rambut tersisir rapi. Sambil menunggu ayah kami akan berjalan2 ke rumah saudara mara berdekatan rumah dan beritahu akan ke bandar KB dengan mula berseri2. Masa aku dapat tawaran ke asrama penuh ayahlah orang paling gembira. Kami menaiki bas ke KL. Kemudian ayah meminjam kereta kawannya sebelum menghantar aku ke Seremban. Itu kali terakhir aku bersama ayah semasa hidup. Beberapa bulan selepas itu aku pulang ke kampung untuk bertemu jasad beliau sahaja. Ayah aku, Ismail Ibrahim is the most wonderful dad. Bila melihat wajah anak2 aku sering teringat wajah ayah. Moga arwah ayah ditempatkan di syurga firdaus. Al-fatehah
posted from Bloggeroid

Friday, 15 April 2016

Watak

Perwatakan sukar diubah kerana ia selalunya berlaku tanpa sedar berdasarkan kaedah kita dibesarkan, persekitaran, pemerhatian dan pengalaman yang kemudian melekat di benak otak. Maka apa yang bermain di kotak fikir akan menentukan watak kita.

posted from Bloggeroid

Saturday, 9 April 2016

Suka Komen

Kadang2 tersengih geli hati aku baca email segelintir pelajar matang yang komennya boleh tahan gak kurang matangnya. Ulang suara segelintir. Teringat masa buat Masters di University of Memphis dulu kawan sekelas aku dari Taiwan ni memang kaki komen. Macam2 dia tak puashati. Dia kata 'university should treat student as a customer/client and customer is always right. We pay you the fee and part of your salary' bla bla bla hu3. Mula2 wakil pengurusan universiti tu jawab elok ja 'everyone must respect the rules and regulations set by the university'. Bila banyak sangat komen selamba ja dia tanya balik 'why did you choose to come here in the first place. As a customer you always have a choice right?'. Maknanya tak puashati sangat pi belah la agaknya he3. Terus diam minah tu. Tambah sikit, minah tu cun gak la tapi perangai cam hampas. Masa buat PhD di Loughborough University pun ada jugak kes macam tu. Macam2 jenis students PhD ada dari golongan akademik dan profesional. Seorang mamat ni kerja senior manager bank besar gak la di UK tu. Macam2 dia tak puashati dan komplen. Ya la orang korporat kan hu3. Pastu mintak excuse pulak tak nak masuk kelas tertentu sebab dia dah rasa pandai atau kelas tu pensyarah tak pandai mengajar. Kenapa exam close book dan bukan open book pun dia nak komplen. Macam2 la. Aku nengok pun rasa nak bagi penyepak ja. Boleh tahan juga dia kena hamun lepas tu. Nak jadi pelajar ni kena la buang sekejap title2 yang ada tu, CEO ka Datuk ka Dekan ka apa ka. Takleh la nak sombong2 dan demand sangat. Kalau tak sanggup tak payah la jadi pelajar. Lebih kurang macam tu la si koordinator tu membebel. Universiti luar negara ni sebenarnya bukan la perfect sangat pun. Bilik PhD pun kongsi ramai2. PC pun ada berapa biji ja kira first come first serve la. Sebenarnya banyak kemudahan di universiti awam kita yang lebih baik terutama library. Pensyarah2 pun rasanya kebanyakan baik2 belaka. Pensyarah pompuan pun cun2 nak ngorat pun boleh sebab ada yang single tak kawin lagi he3. Belajar2 lah menghormati. Jom masuk tidor awal he3

posted from Bloggeroid

Rating

We normally give a good rating to a 6-star hotel such as Mandarin Oriental. The room is superb, service is excellent and the foods are simply delicious. Understandably, we would give a poor rating to a 3-star hotel like Silka Maytower. The room is smelly, service is poor and the foods are simply rubbish. On average, on a scale of 1 to 5, we may give a perfect score of 5 to MO while Maytower may get 1 or 2 at best. One thing people often forget to consider when making such a direct comparison is the price paid, RM1000/night for a standard room at MO compared to RM130/night for Maytower. Should we normalize the price probably the result will be different.

The same goes to education. Remember when I visited IMD in 2009. The facilities are superb. Few professors I met are mostly brilliant. The support staff are efficient and informative. The foods are marvellous and free to students, buffet for both lunch and dinner. Also plenty of free flow coffee, biscuits, chocolates etc anytime of the day. The same situation when I attended Executive Training at Kellogg School of Management in 2014. However, one year MBA at IMD costs CHF60,000 (RM244,800) and at Kellogg USD54,000 (RM210,600). MBA fees at Malaysian public university range from RM16,000-RM25,000. The quality of students are also different, not only professors. So how do we calculate the ROI? Salary increment, promotion, better jobs etc?

Notes from Silka Maytower. After normalizing the score I give it 4.5/5 compared to MO 4.2/5 ha3

posted from Bloggeroid

Jalan TAR

Pusing2 di Jalan TAR. Jalan TAR ni banyak kenangan zaman sekolah di La Salle PJ dan UKM dulu. Pernah gak merempit dengan member masa UKM. Kami panggil dia ustaz rock sebab jurusan dia Pengajian Islam he3. Motor jipang dia memang power siap boleh willy lagi tapi aku bonceng ja la sebab takde lesen pun ha3. SOGO sebelah Pertama Kompleks tu dulu tapak konsert. Kumpulan MAY dan WINGS pernah main kat situ. Kompleks Campbell tu pun dulu tempat taik pit selain dari area Bangkok Bank dan Central Market. Macam2 pun ada. Kemudian singgah di Kedai Buku Minerva. Beli la juga 3 buku nipis2 termasuk Tuan Direktur karya HAMKA. Zaman UKM dulu kedai ni penuh dengan buku termasuk buku2 akademik. Sekarang tengok banyak rak buku yang kosong. Di sebelahnya Restoran Insaf. Memang insaf sangatlah sebab Teh O Panas segelas pun RM3. Hadoi

posted from Bloggeroid

Monday, 4 April 2016

Don't Judge

Life is simple. We are the one who often make things complicated. Don't simply judge or hate people for the way they dress, walk, talk, laugh etc. We don't have to control somebody else's behaviour. We only have to control how we react to it. Let go of the small things, smile and we will be happier

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted" (Al Hujurat:13)

posted from Bloggeroid

Saturday, 2 April 2016

Tingkah Manusia

Teringat perbualan dgn seorang otai lama dulu. Saya ni suka bertanya. Soalan saya mengenai tingkah manusia. Beliau kata manusia sering berada di luar sedar dan selalu dalam angan. Katanya orang gila tidak sedar dirinya gila. Begitu jugalah orang sombong tidak merasa dirinya angkuh. Orang bakhil tidak merasa dirinya kedekut. Orang malas masih merasa dirinya rajin. Pemfitnah mungkin merasa dirinya hanya penyampai berita. Orang jahat pun punyai pelbagai alasan untuk masih mengatakan dirinya orang baik. Jika diperhati mereka ini sering pula memberi nasihat yang baik2 jua. Jadi bagaimana, tanya saya lagi. Tegur seadanya, selepas itu terima seadanya, jawabnya. Manusia punya mata untuk memerhati dan membanding, telinga untuk mendengar dan menghayati, mulut untuk diam sebelum berkata2 dan tentunya akal untuk berfikir, tambahnya lagi. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Orang Hebat

Teringat pesan seseorang yang saya anggap sifu lama dulu. Katanya orang yang hebat fikiran mereka sentiasa terbuka. Mereka lebih suka mendengar dan memerhati dari bercakap (kerana menganggap diri mereka masih serba kekurangan) namun tidak pula mudah terpengaruh/taksub pada seseorang/sesuatu (kerana pada masa sama mereka mempunyai pegangan/prinsip sendiri yang cukup kuat). Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

Kelantan

What is best about Kelantan? It is my hometown. My mum is there and also two of my brothers. It is where I grew up and spent 6 years of my primary school days. What I miss most? Other than my mum, it has to be the variety of foods I can choose from especially for breakfast. Tried one of the best ever nasi kerabu at a small 'warung' at Kedai Buloh today. Eating nasi kerabu served with local 'kambing bakar' with my mum is simply heaven. While I consider myself as a Kelantanese, my ID code is 06 and I only spent 7 years of my life in Kelantan, 6 years for primary school and 1 year for my matriculation at SMS Tengku Faris. Despite that, those were the days I remember most. The precious 6 years running around 'kampung', climbing trees, catching fishes at the paddy field, sneaking around the bushes playing combat, playing football, fighting and swimming in the 'parit', sometimes naked. Gone are those days for us to cherish

posted from Bloggeroid

Ada Apa Dengan Kalian?

Di kala kita sering kagum mendongak kerdipan bintang di langit tinggi kadang terlupa pula untuk tunduk menilai aras gunung dan dampar lautan di bawah lalu tersungkur pedih tergapai lemas

#AdaApaDenganKalian