Thursday, 22 September 2016

Kehidupan

I work hard all my life...

Ayah aku meninggal masa aku 13 tahun. Hidup kami susah tapi kami survive. Kepayahan jadikan kami lebih kuat. Kami tak gadai maruah minta ehsan sesiapa.

Cuti penggal/sem paling best. Sampai saja rumah dgn bas terus tukar baju turun ke bendang. Takpun bantu mak kutip getah yg dia toreh. Kalau aku toreh jahanam pokok.

Paling seronok kayuh basikal pergi jual getah. Kebun getah sekangkang kera. Sehari dapat sekeping. Sekeping harga RM5. Kesian mak. Tersepak tunggul getah tumpah.

Bulan puasa kami jual ais. Kayuh basikal 5 km. Beli satu papan 60 sen potong 10. Jual satu 10 sen. Kalau habis jual kami untung 40 sen buat duit raya. Sebulan byk juga.

Orang kampung bendang luas. Bendang kami sekangkang kera. Aku dan abang aku boleh usahakan berdua. Mak senyum bila kami cuti. Tak perlu upah.

Habis musim menuai anak2 orang kg dapat upah. Bapak belikan motor. Hasil kami cukup untuk makan ja. Aku tak cemburu. Aku kayuh lagi laju. Lbh semangat bantu mak.

Belajar di UKM 4 tahun aku menapak. Mula kerja di UUM sebagai tutor pun setahun aku menapak ke pejabat. Aku tak rasa malu dan sedih pun jalan kaki dgn pelajar.

English aku tak pandai aku pulun. Aku nak gi sambung belajar di US aku pulun GMAT pula. Aku tak kisah pada orang lain yang kata susah. Aku mesti cuba.

Balik US ada duit sikit buat hantaran aku menikah dgn buah hati aku. Kami sama2 orang susah kawin tiada pelamin. Jemputan pun 100 orang saja. Kami bahagia.

Mula kerja pensyarah tak ramai buat research/publish. Aku cari guru pulun sendiri. Aku hanya buat kerja aku tak kisah tiang gol berubah. Kerja bukan semata ganjaran.

Aku mohon profesor 8 tahun lepas. Itu pun bekas bos aku paksa. Tenkiu sbb paksa. Bila tengok CV rupanya aku dah 3 kali lebih dari syarat. Aku tak minta ehsan sesiapa.

Aku suka kerja. Lagi susah lagi semangat. Tapi aku ada cara aku. Aku bukan khadam. Ya kadang aku pemarah sebab aku benci pemalas, pembodek dan penyombong.

Aku balik kerja biasa jam 6. Jarang lewat. Malam aku baca. Macam2 aku baca pengurusan sejarah agama. Ilmu aku sikit. Aku perlu baca utk diri kerja agama dan bangsa.

Ada masa aku lawan arus. Kerana langgar aruslah kami capai apa yang kami sasarkan. Ya ada masa aku juga gagal. Kita semua belajar dari kesilapan.

Jadi jangan hina kata aku tak reti dan tak usaha. Mungkin kau yang tolol dan angkuh. Buka mata bukalah hati...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment