Saturday, 10 September 2016

Jangan Taksub

Masa buat PhD di UK dulu ada dua kump akademik berbeza school of thoughts pendokong kuantitatif dan kualitatif. Pernah di satu konferen saya berbcg dgn seorang profesor terkenal dlm bidang AIS. Beliau pendokong kuat kualitatif.

Bila saya beritahu penyelia hasil perbincangan tersebut, dgn nada agak keras dia kata rubbish dan suruh saya ignore semua cdgn profesor tersebut. Lepas itu baru saya faham betapa kuat dua kump tsbt berbeza pendapat.

Semlm hadir meeting CIO. Sbg TNC PnI saya juga menjalankan tugas sbg CIO selain pelbagai tugas lain. Ada sesi pembentangan hasil kajian sistem IT di UA. Simple survey Ada atau Tidak.

Teringat 16 tahun dulu kami buat satu projek perundingan. Kaji tadbir urus dan sofistikasi sistem maklumat kampus. Simple survey juga. Responden hanya perlu jawab Ya atau Tidak. Project funder nak tahu itu saja.

Berdsrkan analisis kajian hampir semua jawab Ya. Ini menimbulkan persoalan. Maka kami ambil keputusan interview responden utk dptkan maklumat lanjut. Hasilnya kami dpt gambaran yang berbeza (substance vs form).

Sbg cth semua ada JK Pemandu IT. Tp bila diteliti keahlian dan kekerapan mesyuarat maka ceritanya lain pula. Begitu juga bila ditanya jenis aplikasi/modul. Kebanyakan ada namun tidak memberi jwpn kpd isu integrasi sistem dll. Moralnya jangan taksub dgn mana2 kaedah.

Begitu juga semasa pembentangan semlm hasil kajian menunjukkan scr keseluruhan sistem IT adlh baik. Namun berdsrkan pengalaman di UUM saya berasa sedikit ragu.

Saya juga sempat menimbulkan isu mengenai peranan CIO dan kedudukan mereka dlm institusi. Wpun ada garispanduan dikeluarkan MAMPU supaya setiap agensi kerajaan mempunyai CIO namun aspek perlaksanaannya masih samar dan wujud kepelbagaian.

Artikel di bawah merujuk kepada perubahan dlm peranan CIO selari dgn tuntutan semasa. Wallahuaklam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment