Monday, 26 September 2016

Do we have what it takes?

Do we have what it takes?

Aku follow facebook Clement Hii. Usahawan cina berjaya. Dia banyak tulis pasal kehidupan dan perniagaan yang menarik dan positif. Banyak ilmu boleh belajar dari dia.

Aku juga suka perhati jiran cina aku. Ah Ho bela ayam. Dia kerja kuat. Bangun jam 4 pagi tiap hari pergi tgk ayam. Satu musim 40 hari dia untung 40 ribu. Tp dia humble ja.

Ah Ho ada byk rumah kedai disewa. Dia juga ada kedai jual makanan ayam dan binatang lain. Makin lama makin besar. Dia juga berjaya walau tak sekaya si Clement tadi.

Aku juga kenal cina pompuan. Jasmin tukang jahit. Kedai dia biasa saja tapi dia ada banyak rumah kedai. Mcm Ah Ho dan Clement dia juga kerja kuat. Kdg sampai tgh mlm.

Ah Ho dan Jasmin tiap tahun melancong ke luar negara. Jasmin alim selalu ke Tibet sembahyang. Ah Ho pergi merata dunia. Luas pemandangan byk ilmu kata mereka.

Jadi bila aku baca komen orang agama psl Yahudi dan Freemason nak musnahkan orang Islam aku gelisah. Gelisah sbb kita suka salahkan orang kecuali diri sendiri.

Dulu aku beli buku Start-Up Nation di India. Buku wajib pelajar MBA di sana. Cerita pasal Israel dan kenapa mereka hebat dan inovatif. Kita baca buku pun malas.

Letak tepi dulu cerita jahat mereka. Dulu Islam pun hebat dan kuat juga. Bukan hebat agama pakai serban saja tapi Ekonomi, Sains, Teknologi, Politik dan Pendidikan dll.

Universiti pertama dunia pun lahir di negara Islam. Org bukan Islam belajar dr kita. Kenapa sekarang kita lemah. Bila baca OIC annual economic report aku rasa sedih.

Selagi kita nampak salah orang selagi itu kita buta. Buta lihat kelemahan sendiri. Lihat diri kita. Lihat sekeliling kita. Kemudian tanya diri sendiri.

Do we really have what it takes?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment