Thursday, 29 September 2016

Passion

Passion...

11 thn lalu aku hadir bengkel business intelligence (BI). Istilah baru business analytic, fintech dll. Ia membuka mata. Fakulti takde duit. Jadi aku deal dgn organiser untuk terus hadir bbrp bengkel lanjutan scr percuma.

Jika layak aku akan beri training percuma untuk bayar balik hutang. Selepas bengkel aku spent beberapa bulan untuk mahirkan diri. Akhirnya aku diterima sbg certified trainer dan pernah diberi award.

Dalam tempoh 3 tahun selepas itu aku diberi peluang melatih berbelas GLCs dan MNCs dari pelbagai industri, antaranya Bank, O & G, Telekomunikasi, IT, Port, Hospital dll.

Sebahagiannya tanpa bayaran bagi membayar balik hutang kepada software provider. Ia pengalaman menakjubkan. Sebagai orang akademik ia membuka mata. A shift from theory to practice.

Di universiti aku anjurkan beberapa bengkel untuk latih pensyarah. Aku juga integrate BI dalam pengajaran. Semuanya percuma. Ia memang susah dan memerlukan passion.

Namun pelajar nampak bagaimana teori yang dipelajari dalam kelas dilaksanakan di alam pekerjaan. Bila aku keluar dari fakulti maka integrasi BI turut terkubur.

Di sekolah siswazah aku bawa pula SAP dgn sokongan Kementerian dan MDEC. Ia juga percuma. Namun sambutan agak kurang terutama anak2 melayu. Kita memang tidak suka benda susah wpun ia bermanfaat.

Maka kita masih kekal begitu...

posted from Bloggeroid

Monday, 26 September 2016

Do we have what it takes?

Do we have what it takes?

Aku follow facebook Clement Hii. Usahawan cina berjaya. Dia banyak tulis pasal kehidupan dan perniagaan yang menarik dan positif. Banyak ilmu boleh belajar dari dia.

Aku juga suka perhati jiran cina aku. Ah Ho bela ayam. Dia kerja kuat. Bangun jam 4 pagi tiap hari pergi tgk ayam. Satu musim 40 hari dia untung 40 ribu. Tp dia humble ja.

Ah Ho ada byk rumah kedai disewa. Dia juga ada kedai jual makanan ayam dan binatang lain. Makin lama makin besar. Dia juga berjaya walau tak sekaya si Clement tadi.

Aku juga kenal cina pompuan. Jasmin tukang jahit. Kedai dia biasa saja tapi dia ada banyak rumah kedai. Mcm Ah Ho dan Clement dia juga kerja kuat. Kdg sampai tgh mlm.

Ah Ho dan Jasmin tiap tahun melancong ke luar negara. Jasmin alim selalu ke Tibet sembahyang. Ah Ho pergi merata dunia. Luas pemandangan byk ilmu kata mereka.

Jadi bila aku baca komen orang agama psl Yahudi dan Freemason nak musnahkan orang Islam aku gelisah. Gelisah sbb kita suka salahkan orang kecuali diri sendiri.

Dulu aku beli buku Start-Up Nation di India. Buku wajib pelajar MBA di sana. Cerita pasal Israel dan kenapa mereka hebat dan inovatif. Kita baca buku pun malas.

Letak tepi dulu cerita jahat mereka. Dulu Islam pun hebat dan kuat juga. Bukan hebat agama pakai serban saja tapi Ekonomi, Sains, Teknologi, Politik dan Pendidikan dll.

Universiti pertama dunia pun lahir di negara Islam. Org bukan Islam belajar dr kita. Kenapa sekarang kita lemah. Bila baca OIC annual economic report aku rasa sedih.

Selagi kita nampak salah orang selagi itu kita buta. Buta lihat kelemahan sendiri. Lihat diri kita. Lihat sekeliling kita. Kemudian tanya diri sendiri.

Do we really have what it takes?

posted from Bloggeroid

Saturday, 24 September 2016

Kriteria

Bulan lepas jumpa sahabat lama di kota metropolitan. Dia orang hebat. Sedang cari calon utk satu jawatan penting. Sambil hirup kopi dia tanya aku apa kriteria yg sesuai.

Kalau kau apa 3 benda yg kau cari, dia cuba uji orang akademik. Kena jawab juga sebab dia belanja. Ikut pengalaman aku pilih integrity, humility dan passion.

Jauhkan yg pandai tapi sombong, tambah aku. Kenapa kau pilih yg 3 tu, tanya dia lagi sambil sedut karbon monoksida. Kalau ada 3 kriteria tu yg lain2 datang sendiri.

Wallahuaklam...

posted from Bloggeroid

Friday, 23 September 2016

Kita Berbeza

Aku suka baca buku Mohammed Khalid Khazanah. Aku juga suka buku Saiful Nang. Personaliti mereka berbeza. Cara fikir tidak sama. Mereka celik di kala gelap.

Pagi ni aku beli buku SN, Mat Jenin Sebenarnya Hero. Orang biasa mungkin fikir dia pelik. Mulut pun kadang brutal. Brutal itu juga passion. Ambil saja yg elok dari dia.

Dia yakin dan buat apa dia percaya. Dia rajin kuat berusaha. Juga berani tidak bergantung harap ehsan orang. Beri lebih harap tiada. Bukan itu teladan kita?

MK dan SN tidak make up dengan kepuraan. Aku undang ke UUM bicara intelektual. Bukan pembesar bukan kenamaan. Tiada pemberita hanya idea kita damba.

SN kini pelajar PhD UUM. Penyelia dan profesor nasihat jangan buat benda pelik. Dia tidak setuju. Nasihat itu bukan utk ke depan. Penyelia biasa pelajar pun biasa.

Kita memang suka benda biasa2 dan tidak menyusahkan. Kita hanya mahu rezeki naik pangkat mudah cepat tapi tidak mahu fikir dan usaha lebih. Hanya kita rasa layak.

Kerana itu kita kekal sekadar biasa2 saja walau mungkin berpangkat. Salam jumaat semua...

posted from Bloggeroid

Leadership

We organised a Creative Leadership Retreat last week. The programme was attended by senior managers from both public and private sectors, a small focused group.

There are several take away lessons to be brought back by the participants. First, unlike in traditional hierarchies, autocratic leaders are no more relevant in a networked or social organisations.

In reality, some leaders are too arrogant, they enjoyed being a celebrity like CEO, always in the limelight and gave instructions from the comfort of their offices. They often ignored or downplayed contributions made by his/her followers. But they forget that the world has changed.

Remember a classic New Yorker cartoon with Rover sitting in front of a computer? which read, “On the Internet, no one knows you’re a dog.” On the web, no one knows or cares you’re a senior manager either. Leadership today is simply the reciprocal of followership.

New leaders need to adopt a down to earth strategy, humble, be more appreciative, listen more, and give everyone the chance to lead if they are capable...money and technology are nothing compared to the "natural resource"...people that shared the values and principles of common good...a leader is nothing without good followers...a great reminder for us all...wallahuaklam
posted from Bloggeroid