Wednesday, 31 August 2016

Change is A Must

Artikel di bwh mengingatkan aku pd kes Nordea Bank yg aku minta pelajar aku bincang dlm kelas Corporate Accounting Systems. Itu cerita awal 2000an di mana konsep e-banking masih baru diperkenalkan. Juga buku Business @ the Speed of Thought yg aku minta pelajar aku baca sekitar hujung 90an. Aku juga minta setiap pelajar aku baca Top Ten Tech yg setiap tahun diterbitkan oleh AICPA dan bincang kesannya pd bidang perakaunan. Juga perisian 'business intelligence' yg aku cuba terapkan dlm kelas utk tunjuk bagaimana kecanggihan teknologi bakal mengambil alih sebahagian kerja akauntan. Begitu cepat teknologi berkembang dan mengubah lanskap dunia perniagaan serta kehidupan kita. Suka atau tidak ia tetap berubah dan berkembang. Tapi aku bukan nak cerita pasal IT atau CIMB tutup 23 cawangan. Aku pun dah agak lama tak mengajar. Bidang AIS pun dah hampir 10 tahun aku tinggal. Tugas ni dah diambil alih oleh adik2 aku di TISSA. Depa lebih hebat.

Isu yg aku nak sentuh sikit kali ni psl dunia yg semakin berubah termasuk juga pendidikan tinggi. Maka cara kerja kita juga perlu berubah seiring dgn perubahan dan tuntutan semasa. Teringat perbualan dgn Presiden NUS (nak tahu detail sila rujuk posting bbrp bulan lepas). Beliau berkongsi bagaimana NUS berubah dpd sebuah universiti biasa menjadi salah satu dari sepuluh universiti terbaik dunia. Ia tidak mudah dan perlukan pengorbanan besar. Dalam 'perang' ada yg terkorban katanya. Bagaimana pula kita? Sudah bersedia atau masih mencari pelbagai alasan dan menjerit marah pd tiang gol. Patut marah pd tiang gol yg sedikit berubah atau marah pd diri kita sendiri yang malar?

Di zaman mewah dulu kita hanya perlu pandai berbelanja. Itu tidaklah payah. Beza antara perbelanjaan dan pelaburan pun mungkin kita tidak ambil kisah. Kini kita sudah mula pandai bercakap psl OPEX, CAPEX, overhead dan ROI. Setiap pelaburan mesti ada pulangan. Peranan legal advisor semakin penting. Kalau tak boleh nak jimat kenalah pandai tambah hasil. Maka kena mula teliti dan faham apa pula sumber hasil, utama dan sampingan. Apa strategi nak tambah hasil dan kurangkan belanja. Universiti juga digalakkan berniaga utk tambah hasil. Maka kena faham juga psl investment analysis, payback period segala bagai.

Stakeholders juga sudah mula banyak tanya. Orang mula bercakap psl quadraple helix dan peranan universiti dlm membantu industri, kerajaan dan masyarakat. Apa hasil dari pelaburan besar dlm penyelidikan? Geran penyelidikan semakin mengecil manakala expected outcomes semakin membesar. Nak ke seminar dan konferen tidak lagi mudah dan disertai KPI pula. Bagaimana pula kualiti graduan kita? Jam mengajar makin bertambah bagi mengurangkan kos namun kualiti T&L perlu ditingkatkan. Executive training dan konsultansi juga dah jadi KPI penting utk bantu universiti tambah hasil. Banyak yg sudah berubah tapi alhamdulillah pd masa sama skim gaji juga semakin baik berbanding dulu. Namun masih ada yg malar dan mengeluh tidak mahu berubah. Adakah kita mahu mengalah kepada perubahan atau perubahan menjadikan kita lebih bersemangat, lebih kreatif dan lebih inovasi dlm mengatasi setiap cabaran bagi menggapai kecemerlangan. Sebelum ni saya pernah tulis kareer sebagai pensyarah adlh sgt noble dari sudut pandang dunia dan akhirat.

Banyak lagi nak tulis tapi berhenti dululah. Nak sembang2 minum kopi dgn beanie pulak. Satg dia merajuk susah.

Terimakasih sudi baca. Rakan2 akademik jgn marah dan kecam aku pula. Saja buat provokasi hari merdeka ha3.

Salam Kemerdekaan ke-59. Moga kita terus maju ke depan

posted from Bloggeroid

Accepting Challenges, Moving Forward

We are facing two main challenges in our pursuit for excellence.

Firstly, our researches are currently skewed towards academic. So, we need to find a right balance between academic rigour and practical relevance. The concept of quadraple helix could be used as a guiding principle. It is important for us to reflect how the existence of our institution, a management focused university could provide significant contributions to industry, government and community. It is timely for us to work hand-in-hand with our partners from industry, government and community; to synergise our resources and focus on long-term, disruptive and upstream researches and case studies that will change the way people live, behave and work for the well-being of our nation. If we could deliver this, opportunities for more training and consultation works will come naturally.

Secondly, while the number of academic researches and publications have increased dramatically over the last few years, there is still much work to be carried out to improve the quality of our research. In the first phase of our strategic plan, we want to increase the number of researches and publications. Alhamdulillah, we have achieved that. In the second phase, we want to increase the number of scopus-indexed publications. We are half-way through and we believe we can achieve that too. Next challenge is to increase the quality of scopus-indexed publications. We begin to focus on Q1 and Q2 journals. We also talk about increasing the number of citations, which could be achieved via quality publications, that come from high quality researches. Slowly, we would gain respect and recognition, not only from our local, but also regional and global academic peers.

Thus, the university believes one better way to achieve the agenda is via the establishment of CoE. We hope the new 22 S-CoEs and 31 RUs plus 6 U-CoEs would be able to assist UUM in achieving its vision to become an eminent management university.

Quote by Rumi:

"Yesterday I was clever, I wanted to change the world. Today I am wise, I am changing myself"

posted from Bloggeroid

Monday, 29 August 2016

Campus Orientation

Tadi sepetang daftarkan anak masuk universiti. Jalan biasa la jem. Masuk kampus hampir sejam lagi sangkut sebelum sampai tempat daftar. Dah sampai beratur pula ambil kunci. Hujan pula turun agak lebat. Kemudian kumpul dan daftar bagasi yang berat2 di satu tempat untuk diangkut naik lori. Sempat beli sandwich untuk alas perut yang dah mula berbunyi. Mak dan mak mertua yang ikut menghantar cucu aku minta tunggu dalam kereta saja. Barangan ringan bawa sendiri berjalan beberapa ratus meter ke dewan penginapan. Dah sampai kena berebut pula bersama ratusan pelajar dan waris naik lif. Orang kita memang tidak pandai beratur dan bertolak ansur. Sabar sajalah. Kemudian turun balik tunggu bagasi. Bila bagasi sampai berebut lagi untuk naik lif ke tingkat 9. Kali ni salah satu lif pula dah jem rosak tinggal 3 saja untuk direbut ratusan orang. Aku perasan ada kotak pelajar lerai terkena hujan kerana lori tidak bertutup. Terpaksa dikutip pakaian yang jatuh. Ibubapanya mungkin tak mampu beli beg besar yang berharga ratusan ringgit. Aku juga dapat hidu bau peluh pelbagai rasa. Nampak muka2 kepenatan terutama ibu bapa. Seorang pelajar pula aku nampak tercungap2. Bila ditanya katanya asma. Aduh kesian. Bila turun masih ramai lagi menunggu lif. Ikut jadual ada masa 30 minit saja lagi untuk solat dan mandi (kalau sempat) sebelum taklimat bermula. Habis taklimat ada sejam pula untuk berebut beli makanan di kantin dan solat maghrib sebelum berkumpul semula untuk taklimat malam pula. Anak bagitau dia sempat beli roti saja. Aku bagitau sabar sajalah. Itu sebahagian cabaran hidup di kampus. Cuma terfikir di zaman teknologi maklumat serba canggih begini masih perlukah pelbagai taklimat diadakan. Mungkin boleh dibangunkan mobile apps di mana pelajar boleh download untuk dapatkan info penting dan juga campus map sebelum hari daftar. Bolehlah rehat dan mengurus diri sebentar pada hari pendaftaran manakala orientasi bolehlah dimulakan esoknya. Jika niat mahu memudahkan tentu pelbagai idea datang. Apapun syabas kepada semua faci dan petugas yang aku lihat begitu bersemangat membantu. Wallahuaklam...

posted from Bloggeroid

Friday, 26 August 2016

Berjaya

Lepas signing ceremony petang tadi lama juga bersembang dengan Dato Noor Kamarul dan Nur Aminah, pengurusan Celcom dan Dato Eizlan Yusof mengenai beberapa isu semasa termasuk kualiti graduan. Mereka sepakat mengenai sikap dan keinginan yang tinggi sebenarmya mampu mengatasi kecerdikan dalam usaha seseorang untuk berjaya. Perbualan tersebut mengingatkan saya pada ceramah Tan Sri Nadzmi, bekas CEO PROTON di AKEPT awal tahun ini. Beliau bercerita mengenai kerjaya Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim, dua bakat besar badminton yang dicungkil dan digilap semasa beliau menjadi Presiden BAM lama dulu. Katanya dari segi bakat HH jauh lebih berbakat dari LCW. Bakat semulajadi HH turut diakui oleh LCW. Namun dari segi disiplin, dedikasi dan keinginan untuk berjaya, LCW jauh lebih tinggi berbanding HH. Katanya juga LCW seorang yang amat mematuhi dan menghormati arahan jurulatih. Hasilnya, selepas memenangi emas Sukan Komanwel 2002, HH terus tenggelam manakala LCW masih berbisa dan disegani pada usia 33 tahun. Selamat malam...

posted from Bloggeroid

Values

Discover Your True North, Chapter 5: Values - as we search for our True North, it is important to acknowledge just how easy it is to get pulled off course. The pressures to perform, our ingrained fear of failure, and the rewards for success can cause us to deviate from our values. By knowing our ethical boundaries and testing our values under pressure, we are able to stay on track.

"Leaders with principles are less likely to get bullied or pushed around because they can draw a clear line in the sand...the softest pillow is a clear conscience" - Narayana Murthy, Founder Infosys

posted from Bloggeroid