Monday, 15 August 2016

Wheel of Fortune

Aku dulu masa sekolah kira terer gak math dan sains. Mak aku teringin sangat anak dia sorang ni jadi doktor. Tapi hajat dia tak kesampaian. Nak belah katak dan tikus pun aku dah geli cane nak jadi doktor kih3. Jadi wpun buat sains masa matrik masuk pertengahan semester aku drop bio dan ganti dgn ekonomi. Masuk UKM aku buat akaun. Bila aku jadi bapak teringin pulak nak anak2 aku buat akaun. Bukan nak suruh jadi pensyarah macam aku tapi jadi akauntan profesional. Tapi anak2 aku pulak tak pandai bab kira mengira ni. Dia orang pandai apa yang aku lemah dulu, bahasa inggeris dan kebolehan bercakap. Jadi anak no. 1 dan no. 2 dua2 buat program BI. Strategic communication dan english for professional. Yang no. 3 pun sama nampak gaya cenderung ke arah seni pulak. Tak apelah janji mereka belajar betul2 dan jadi insan berguna untuk agama bangsa dan negara. Amin

posted from Bloggeroid

Sabar dan Syukur

Manusia dan sifat tamak sukar sangat nak dipisahkan. Dah dapat betis bersyukurlah dulu. Bawa bertenang dan nikmati anugerah diberikan. Nanti sama2 kita usahakan untuk dapatkan peha pulak. Nak pusat bagai pun boleh. Mana sifat sabar dan bersyukur kamu wahai insan2 hebat...

posted from Bloggeroid

Bila Direnung

Bila direnung. Aku bersyukur tidak dianugerahkan kepetahan berbicara. Kerana aku sering resah melihat gelagat dan mendengar kata dan janji diungkapkan mereka yang hebat berpidato. Bila direnung. Aku juga bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang susah. Kerana mengelakkan aku dari sifat tamak dan pentingkan diri. Juga kerana menjadikan aku lebih mudah bersyukur dengan apa yang ada. Bila direnung. Aku juga bersyukur kerana tidak bijak menyembunyikan rasa. Kerana mengelakkan aku dari senyuman kepuraan. Bila direnung...apa yang dicari? Selamat malam

posted from Bloggeroid

Saturday, 13 August 2016

Solek

Cerita petang semalam

Sampai hotel terus mandi dan solat. Tengok baju berkedut pulak sikit. Malas nak menggosok tapi takpa sebab pakai kot orang tak nampak he3. Kasut ada (simpan dlm kereta). Seluar ok. Belt ada. Rambut dah sikat (pakai tangan). Minyak rambut yilek. Perfume ada dah sembur wangi semerbak. Pastu conteng2 sikit nak cakap apa. Malas nak baca sebab nota depa sediakan panjang sangat. Naik kereta mula mengarang dalam kepala. Sampai wisma RTM terus kena solek. Jurusolek sapu make up punya lah tebal. Pastu tolong boh minyak rambut dan sikat lagi. Haa kan dah nampak kemas, bebel akak solek tu. Makacih kak. Akak tu real tau. Masa kat 1News dulu dapat akak tak real auw auw. Nanti dalam tibi akan nampak 10kg lebih gemuk, pesan akak tu pulak. Haa kalau aku nampak tembam malam tadi tu make up punya pasal lah. Kat luar masih maintain tau he3. Kejap lagi sampai rumah nak gi kedai gunting. Mamak kasi no 3 tepi no 2 wokeh

posted from Bloggeroid

Ketam

Lumrah ketam asal berjalan jer mesti nak senget. Asal senget jer mesti tengah berjalan. Tapi senget ketam bukan bermaksud ketam tu sewel. Kalau terkejut ketam mungkin boleh berjalan betul macam orang jugak. Kalau tak percaya boleh lah cuba. Tengok sapa sewel ketam ke kamu hi3. Cerita ketam ni sama lah dengan aku. Asal bercakap jer mesti nampak serius. Asal serius jer mesti dok bercakap. Jadi kata lah apa pun muka ketat ke serius ke muka aku memang macam tu. Mak aku dengan beanie aku takde masalah pun dengan pesen aku sebab dia orang tahu dalam hati aku ada taman. Jenis bunga apa yang ada dalam taman tu pun dia orang tau he3. Nak bagi aku senyum atau gelak mudah je cuba lah buat kelakar. Bagi aku orang yang asyik senyum dan gelak tak tentu pasal tu mungkin skru dia longgar sikit ha3. Apa pun aku ucapkan berbanyak terimakasih kepada rakan2 yang bagi pujian semangat nasihat komen dan kutukan tak langsung. Aku ok ja. Yang penting anak bongsu aku kiki kata abah dia haibat. Dan dia masih lagi pelik dan hairan dok tanya camana abah dia boleh masuk dalam tibi ha3

#kesianketam

posted from Bloggeroid