Masa saya di SM La Salle PJ dulu kalau ada masalah tak puashati sama2 member biasanya depa akan bertumbuk satu lawan satu. Kawan2 lain boleh tengok tapi tak boleh masuk campur. Lepas puas bertumbuk mereka akan salam dan berbaik2 semula. Masa di SDAR pun ada juga begitu. Bertumbuk di belakang kantin lepas prep malam. Silap haribulan merah pipi kena penampar dengan warden. Tapi hari ni saya bukan nak cerita atau galakkan orang bertumbuk kalau tak puashati. Itu cerita zaman budak2 hingusan yang rasa diri mereka langsing sangat walau kencing masih bercabang. Ceritanya masih isu tak puashati. Dua pihak gagal mencapai persetujuan. Masing2 mengadu dengan hujah masing2. Kita di tengah mula pening. Jalan mudah panggil kedua2 pihak bersemuka. Keluarkan saja segala apa yang terbuku dalam hati secara berdepan. Syarat satu saja jaga adab dan bahasa ketika berbincang. Saya tidak mahu komen siapa lebih betul dan siapa lebih salah. Punca utama tak puashati selalunya kerana salah faham dan ego. Bila diselidiki lebih mendalam kebanyakan salah faham berlaku disebabkan persepsi atau andaian semata2. Andaian seperti 'ramai' sebenarnya bila diselidik jadi tidak ramai dan 'selalu' jadi jarang2 saja. Jarang yang dapat kemukakan bukti secara jelas. Lepas melemparkan apa yang terbuku kedua2 pihak perlu berlapang dada dan melihat ke dalam diri sendiri. Kalau masih mahu menuding jari masalah tidak akan selesai. Moga kedua2 pihak berpuashati dan keadaan akan lebih baik. Saya moderator saja yang sekali sekala teruji juga kesabaran 😎
posted from Bloggeroid